Sepasang Kekasih Ditangkap Ketika Sedang Khayal



Pasangan suspek yang masing-masing berusia 19 dan 32 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk siasatan lanjut.

LANGKAWI: Sepasang kekasih ditangkap di sebuah rumah di Taman Dahlia, Kuah, di sini ketika sedang khayal dipercayai baru melampiaskan gian dadah.

Ketika serbuan kira-kira pukul 1 pagi Ahad itu dilakukan, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi terpaksa memecahkan pintu besi selepas pasangan itu enggan membuka pintu.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, sebaik memasuki rumah, suspek lelaki bertindak agresif dengan cuma melawan anggota yang ingin menangkapnya.

Katanya, pemeriksaan di atas katil menjumpai satu beg plastik bewarna biru yang mengandungi tiga paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 20.40 gram serta satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 5.35 gram.

Kedua-dua suspek berusia 19 dan 32 tahun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk siasatan lanjut.

Ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.(Mac2020)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Dari segi biologi, dadah termasuk dalam perkataan sesuatu yang memabukkan (al-Khamr). Terdapat tiga rujukan khusus mengenai al-Khamr dalam al-Quran dan perkataan al-Khamr pertama kali diturunkan di Madinah pada tahun pertama dan kedua Hijrah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Mereka bertanya kepada-Mu (Wahai Muhammad) mengenai ‘al-Khamr’ dan ‘judi’. Katakanlah, pada kedua-duanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, akan tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 219)

Dalam Surah al-Nisa’, ayat 43, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menunaikan sembahyang, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehinggalah kamu mengerti apa-apa yang kamu ucapkan.”Dalam hadis diriwayatkan Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ‘Setiap bahan yang memabukkan ialah khamr dan segala yang memabukkan adalah haram. Sesiapa meminum arak di dunia ini dan mati dalam meminumnya dan tidak memohon keampunan, tidak akan dapat meminumnya di akhirat.’

Tanpa merujuk kepada jenis atau bentuknya, apa jua bahan mengakibatkan seseorang itu hilang kewarasan akal adalah haram. Pengecualian dari peraturan itu hanya jika dadah dimakan sebagai ubat atau penawar sekiranya tiada pilihan lain.Meskipun dadah tidak disebut secara jelas dalam al-Quran, namun pengharamannya diqiaskan kepada pengharaman arak kerana kedua-dua mempunyai unsur memabukkan,” katanya. Akibat mabuk dan khayal seseorang itu boleh melakukan perkara di luar pertimbangan kewarasan akalnya. Sebab itulah Islam melarang keras pengambilan bahan yang memabukkan itu. 

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia disebabkan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Pada mulanya mungkin ia diambil bagi menghilangkan tekanan perasaan atau sekadar suka-suka, namun akhirnya menyebabkan ketagihan melampau. Pelbagai cara dilaksanakan untuk membendungnya, namun belum ditemui kaedah penyelesaian yang benar-benar berkesan.
Kesimpulan:

Menurut statistik PDRM pada 2011 menunjukkan, kira-kira 60 hingga 70 peratus kejadian jenayah ada kaitan dengan masalah dadah. Sementara itu, 45 peratus banduan yang terdapat di Malaysia disebabkan terbabit dengan dadah.Masalah itu dikatakan berpunca dari sikap agresif dalaman yang tidak dikawal, kurangnya penghayatan agama, pemberontakan emosi dan jiwa serta desakan mencari ketenangan. Justeru, kepincangan itu perlu ditangani segera dengan mengembalikan jiwa kepada keadaan fitrah manusia yang suci. 
Jiwa yang suci akan sentiasa berdamping dengan pencipta-Nya serta merasai ketenangan dan pembebasan daripada segala sifat mazmumah. Penyalahgunaan dadah juga membawa implikasi lain seperti menghidap HIV dan AIDS, jenayah ragut, pecah rumah serta ancaman terhadap kaum keluarga dan masyarakat. 
Sebab itu, dadah menyalahi maqasid syariah yang termaktub dalam syariah Islam. Hal itu diqiaskan dengan pengharaman arak yang juga memudaratkan akal. Manusia yang siuman tidak mahu akalnya tidak siuman.
Wallahu 'aklam.
Siri Cinta  Remaja:1.'Saya Cinta Sama Dia', Gadis Muda Serah Seks 4 Kali..2. Korban cinta yang tak direstui ayah.3. Cari Jodoh Melalui Gantung Poster, Akan Kahwin, In...
4. Sepasang kekasih ditangkap ketika sedang khayal

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/sepasang-kekasih-ditangkap-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Solat Itu Sebenarnya Sedang Menjalin Hubungan

Ketika Solat Itu Sebenarnya Sedang Menjalin Hubungan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 321 hits
Assalammualaikum wbtKETIKA SOLAT ITU SEBENARNYA SEDANG MENJALIN HUBUNGAN Bila sedang beribadah sangat jelas itu bererti seorang hamba sedang menjalinkan hubungan dan sedang juga berkomukasi dengan Allah SWT Khususnya ketika mendirikan dan m...
Hukum Bercakap Ketika Sedang Mengambil Wuduk

Hukum Bercakap Ketika Sedang Mengambil Wuduk

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 273 hits
Apakah hukum bercakap ketika sedang mengambil wuduk Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Ketika mengambil wuduk apakah hukumnya kalau orang bercak...
Mkl Crimedesk Geng Pejal Koya Ditangkap Pecah Kedai Ketika Pkp

Mkl Crimedesk Geng Pejal Koya Ditangkap Pecah Kedai Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 414 hits
KLANG 21 ahli Geng Pejal Koya yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan premis kedai ditangkap dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini serta Gombak Selangor sejak 2 Jun hingga semalam Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisio...
4 Hal Yang Sangat Diperhitungkan Oleh Ibu Ibu Ketika Sedang Belanja Ternyata Gini Banget Ya

4 Hal Yang Sangat Diperhitungkan Oleh Ibu Ibu Ketika Sedang Belanja Ternyata Gini Banget Ya

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 358 hits
Jangan ngeluh melulu kalau nemenin ibumu belanja karena kamu bisa belajar skill negosiasi dengan ahlinya D
Nibongtebal 15 Penagih Sedang Khayal Ditahan

Nibongtebal 15 Penagih Sedang Khayal Ditahan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 245 hits
SERAMAI 15 buruh ditahan polis dalam beberapa serbuan di daerah Seberang Perai Selatan ketika Op Tapis pada Sabtu dan Ahad lalu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Lee Chong Chern berkata semua lelaki ditahan itu berusia...
5 Cara Mengetahui Seseorang Berbohong Ketika Berbicara

5 Cara Mengetahui Seseorang Berbohong Ketika Berbicara

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 389 hits
Sumber Gambar Kompasiana zhemwel Hai sobat sobat sekalain mimin udah lama ga update blog lagi hehe Mimin mau kasih tau cara mendeteksi teman atau orang yang kamu ajak ngobrol dengan 5 cara This is a content summary only Visit my website for...
Sop Semasa Aidilfitri Diguna Ketika Sambutan Aidiladha Ismail Sabri

Sop Semasa Aidilfitri Diguna Ketika Sambutan Aidiladha Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 298 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata prosedur operasi standard bagi Aidilfitri akan diguna pakai ketika sambutan Hari Raya Aidiladha Beliau berkata sambutan Aidiladha hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja dengan jumlah maksimu...
Kulim Lelaki Ditahan Ketika Jinjing Baldi Berisi Air Ketum

Kulim Lelaki Ditahan Ketika Jinjing Baldi Berisi Air Ketum

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 560 hits
Seorang lelaki ditahan ketika sedang menjinjing sebuah baldi berisi 10 bungkus air ketum di sebuah rumah di Jalan Padang Serai Batu 6 Lunas di sini semalam Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata lelaki...
Bintulu Hilang Status Zon Hijau 1 Kes Baharu Pesakit Pernah Terima Kunjungan Saudara Mara Ketika Hari Raya

Bintulu Hilang Status Zon Hijau 1 Kes Baharu Pesakit Pernah Terima Kunjungan Saudara Mara Ketika Hari Raya

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 339 hits
Kuching Bintulu hari ini bertukar statusnya daripada kawasan hijau kepada kawasan kuning selepas mencatatkan satu kes positif baru COVID 19 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataannya berkata kes positif yang dilaporka...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer