Beri Ruang Masa Kerajaan Tentukan Sidang Parlimen


bharian.com
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi 
[email protected]
- Jun 20, 2021 @ 3:35pm

FOTO NSTP
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Cendekiawan Negara mahu semua pihak memberi ruang dan masa sewajarnya kepada kerajaan berhubung isu perlu menyegerakan persidangan Parlimen.

Timbalan Presidennya, Prof Dr Kamarulnizam Abdullah, berkata pihaknya yakin kerajaan juga mahu sidang Parlimen diadakan segera.

Namun katanya, kerajaan juga bertanggungjawab untuk memastikan persidangan diadakan dengan selamat dan teratur selain mengikut peraturan.

"Seperti kerajaan negeri diberi ruang untuk menetapkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), bagi memenuhi undang-undang dan peraturan, berilah juga ruang sama kepada kerajaan Pusat demi maslahat bersama," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kamarulnizam berkata, pihaknya kesal dengan hujah dilemparkan segelintir pihak untuk mengaburi mata rakyat seolah-olah negara sedang terjerumus dalam krisis Perlembagaan.

Katanya, ia berikutan ada ahli akademik dan peguam berpendapat dengan termaktubnya Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 pada 11 Januari 2021, maka Perkara 40(1) dan 40(1A) Perlembagaan mengenai kewajipan Yang di-Pertuan Agong menerima dan bertindak mengikut nasihat tidak lagi terpakai dan baginda tidak lagi terikat dengan nasihat.

Beliau berkata, pihak terbabit turut mendakwa ia merangkumi kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen yang dikatakan termaktub di dalam Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen perlu dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh baginda.

"Begitu juga dengan pendapat pelik mendakwa Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang dibuat di bawah Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan prosedur untuk memanggil sidang Parlimen, termasuk pemberian notis sekurang-kurangnya 28 hari, tidak lagi terpakai berikutan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

"Selain itu ada hujah berkaitan Seksyen 18 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan peruntukan Ordinan ini hendaklah mengatasi mana-mana peruntukan undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak, selaras dengannya bagi menafikan kewajipan Yang di-Pertuan Agong menerima dan bertindak mengikut nasihat dalam tempoh darurat.

"Justeru tidak sewajarnya ahli akademik dan peguam mengeluarkan pendapat begini sedangkan asas penentangan golongan yang tidak bersetuju dengan Proklamasi Darurat dulu pun kerana ia akan memberi kuasa sewenang kepada Perdana Menteri, bukan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

"Sebab itulah apa yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai 'dekri' ini hanya dinyatakan Yang di-Pertuan Agong sendiri sebagai 'pandangan'.

"Malah baginda sendiri pernah pada 24 Februari lalu menzahirkan pandangan penentuan tarikh sidang Parlimen ketika tempoh darurat berkuatkuasa terletak kepada nasihat Perdana Menteri," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/beri-ruang-masa-kerajaan-tentukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Berkuasa Untuk Panggil Sidang Parlimen Pada Bila Bila Masa Zahid

Agong Berkuasa Untuk Panggil Sidang Parlimen Pada Bila Bila Masa Zahid

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 337 hits
inforakyat netYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa memanggil ahli Parlimen untuk kembali bersidang pada bila bila masa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berdasarka...
Umno Beri 14 Hari Untuk Kerajaan Panggil Sidang Parlimen

Umno Beri 14 Hari Untuk Kerajaan Panggil Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 285 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno memberi 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional untuk memanggil sidang Parlimen susulan titah Yang di Pertuan Agong dan Raja raja Melayu supaya Dewan Rakyat bersidang semula secepat mungkin Presidennya Ahm...
Jawatankuasa Libatkan Wakil Kerajaan Pembangkang Dibentuk Teliti Sidang Parlimen Kata Pm

Jawatankuasa Libatkan Wakil Kerajaan Pembangkang Dibentuk Teliti Sidang Parlimen Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 220 hits
Keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Gambar Bernama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sebuah jawatanku...
Parlimen Beri Ruang Kepada Kerajaan

Parlimen Beri Ruang Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 247 hits
KENYATAAN media Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin pada 16 Jun lalu berkaitan keprihatinan tinggi Yang di Pertuan Agong terhadap usaha menangani wabak Covid 19 dan memulihkan ekonomi negara mence...
Sidang Parlimen Istana Beri Peringatan Ulangan Pada Kerajaan

Sidang Parlimen Istana Beri Peringatan Ulangan Pada Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 287 hits
Sidang Parlimen Istana beri Peringatan Ulangan Pada Kerajaan Istana Negara sebentar tadi memuat naik satu status dalam media rasmi facebook Istana Negara mengenai titah Agong sebelum ini yang mahu parlimen perlu bersidang segera atau secepa...
Segerakan Sidang Parlimen Secara Kendiri

Segerakan Sidang Parlimen Secara Kendiri

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 165 hits
Segerakan sidang Parlimen secara kendiri Pejuang menggesa sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat dijalankan segera secara kendiri dengan mematuhi syarat ketat pencegahan Covid 19 seperti yang diadakan tahun lalu Setiausaha Agung Penaja Pejuan...
Fokus Minggu Depan Menjayakan Sidang Parlimen Hibrid

Fokus Minggu Depan Menjayakan Sidang Parlimen Hibrid

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 347 hits
Pelaksanaan sidang Parlimen secara hibrid merupakan peluang terbaik untuk set semula prosiding Itu pandangan Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang menyifatkan ia memudahkan speaker mengawal perjalanan dewan SU...
Dua Sidang Parlimen Mengelirukan

Dua Sidang Parlimen Mengelirukan

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 341 hits
Keputusan kerajaan untuk mengadakan sidang khas parlimen dan sidang parlimen hibrid mengelirukan kata veteran Umno Shahrir Abdul Samad Bekas ahli parlimen Johor Bahru itu merujuk kenyataan Jawatankuasa Khas Pemandu Persidangan Parlimen Seca...
Mageran Langkah Ke Belakang Negara Ketika Ini Lebih Memerlukan Kerajaan Baharu Yang Berani Buka Parlimen

Mageran Langkah Ke Belakang Negara Ketika Ini Lebih Memerlukan Kerajaan Baharu Yang Berani Buka Parlimen

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 243 hits
Apa masalah kita di negara ini sekarang Jika boleh dihurai pendekkan antara masalah pokok negara kita sekarang ialah kegagalan PN sebagai kerajaan dan ketidakmampuan Mahiaddin Md Yasin selaku Perdana Menteri dalam mengurus negara memerangi ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik