Agong Berkuasa Untuk Panggil Sidang Parlimen Pada Bila Bila Masa Zahid


inforakyat.net
19/06/2021 5:30 PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa memanggil ahli Parlimen untuk kembali bersidang pada bila-bila masa.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berdasarkan Artikel 55 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda mempunyai kuasa mutlak untuk menghentikan atau membubarkan Parlimen berdasarkan undang-undang tersebut.

“Jika pun Ordinan Darurat telah mengatasi Perlembagaan Persekutuan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengarahkan Parlimen bersidang tanpa nasihat Perdana Menteri.

“Ini kerana apabila Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai, maka Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat kabinet juga tidak terpakai,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Ordinan Darurat turut memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen tanpa perlu menunggu nasihat Perdana Menteri.

“Seksyen 14 Ordinan Darurat memperuntukkan sidang Parlimen boleh dipanggil, diprorog dan dibubar pada satu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.

“Seksyen 15 Ordinan Darurat pula memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil, memprorog dan membubar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas berunding dengan Raja dan Yang di-Pertua Negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjelaskan bahawa secara umum semua pandangan itu mengilhamkan resolusi Yang di-Pertuan Agong sememangnya boleh memanggil sidang Parlimen diadakan pada bila-bila masa.

“Pandangan-pandangan itu dilihat selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari 2021 bahawa sidang Parlimen boleh diadakan sepanjang tempoh darurat dan terkini dalam titahnya agar kembali bersidang secepat mungkin,” katanya.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata, perkara itu perlu dilaksanakan bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/145134/BERITA/Nasional/Agong-ada-kuasa-panggil-ahli-Parlimen-bersidang-bila-bila-masa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/agong-berkuasa-untuk-panggil-sidang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Boleh Panggil Sidang Parlimen

Agong Boleh Panggil Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 221 hits
Polemik siapakah yang berhak memanggil sidang Parlimen sama ada Yang di Pertuan Agong atau pun Perdana Menteri tidak seharusnya terjadi sekiranya kerajaan Perikatan Nasional mempunyai maruah Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul K...
Beri Ruang Masa Kerajaan Tentukan Sidang Parlimen

Beri Ruang Masa Kerajaan Tentukan Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 257 hits
bharian com Jun 20 2021 3 35pmFOTO NSTPKUALA LUMPUR Pertubuhan Cendekiawan Negara mahu semua pihak memberi ruang dan masa sewajarnya kepada kerajaan berhubung isu perlu menyegerakan persidangan Parlimen Timbalan Presidennya Prof Dr Kamaruln...
Umno Beri 14 Hari Untuk Kerajaan Panggil Sidang Parlimen

Umno Beri 14 Hari Untuk Kerajaan Panggil Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 285 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno memberi 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional untuk memanggil sidang Parlimen susulan titah Yang di Pertuan Agong dan Raja raja Melayu supaya Dewan Rakyat bersidang semula secepat mungkin Presidennya Ahm...
Nazri Kerana Isu Sokong Anwar 25 Ahli Parlimen Bn Tak Mahu Zahid Jadi Wakil Bertemu Agong

Nazri Kerana Isu Sokong Anwar 25 Ahli Parlimen Bn Tak Mahu Zahid Jadi Wakil Bertemu Agong

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 240 hits
June 23 2021 PETALING JAYA Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz mendakwa 25 Ahli Parlimen BN daripada 41 orang tidak yakin dengan ketelusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai wakil mereka untuk menghadap Yang di Pertuan Agon...
Agong Titah Parlimen Bersidang Segera

Agong Titah Parlimen Bersidang Segera

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 292 hits
Oleh Mohd Nasaruddin ParziJun 16 2021 7 49pmIstana NegaraKUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin Datuk Pengelola...
Terkini Parlimen Perlu Bersidang Secepat Mungkin Agong

Terkini Parlimen Perlu Bersidang Secepat Mungkin Agong

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 157 hits
Parlimen perlu bersidang secepat mungkin AgongHasimi MuhamadJun 16 2021Perbincangan khas ini merupakan kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Al Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 pada 31 Jan ...
Tangguh Kongres Pkr Kerajaan Takut Rakyat Mahu Sidang Parlimen Maya

Tangguh Kongres Pkr Kerajaan Takut Rakyat Mahu Sidang Parlimen Maya

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 276 hits
Tangguh Kongres PKR kerajaan takut rakyat mahu sidang Parlimen maya Oleh June 06 2021Arahan penangguhan Kongres Nasional KEADILAN oleh Majlis Keselamatan Negara terus dipertikaikan Terbaharu Ketua Jawatankuasa Publisiti dan Media Kongres Na...
Bentuk Jawatankuasa Taktik Muhyiddin Lengah Sidang Parlimen Kata Dap

Bentuk Jawatankuasa Taktik Muhyiddin Lengah Sidang Parlimen Kata Dap

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 301 hits
June 21 2021 Lim Guan Eng berkata tiada keperluan untuk mengkaji sebaliknya Muhyiddin Yassin perlu mematuhi perintah Agong melaksanakan sidang Parlimen secepat mungkin PETALING JAYA DAP mendakwa jawatankuasa dianggotai wakil kerajaan dan pe...
Jawatankuasa Libatkan Wakil Kerajaan Pembangkang Dibentuk Teliti Sidang Parlimen Kata Pm

Jawatankuasa Libatkan Wakil Kerajaan Pembangkang Dibentuk Teliti Sidang Parlimen Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 220 hits
Keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Gambar Bernama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sebuah jawatanku...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik