Beri Inspirasi 5 Selebriti Korea Ini Kongsi Idea Untuk Lelaki Mencantikkan Diri


Kecantikan diri bukan sahaja penting bagi wanita, malah lelaki juga perlu ambil serius tentang penjagaan diri.

ARTIKEL BERKAITAN Mesti Cuba! Ini 5 Petua Penjagaan Rambut Cantik Dari Selebriti Popular Korea Selebriti Korea banyak dijadikan inspirasi untuk memecahkan stereotaip ‘dandanan hanya untuk wanita’ dan menyebarkan kesedaran tentang lelaki juga perlu menjaga kulit muka.
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 selebriti Korea, yang bagi petua untuk lelaki dapatkan kulit muka bersih dan cantik.
Song Joongki 
Pelakon dan penyanyi Korea Selatan ini ada menulis buku tentang penjagaan kulit yang dipanggil ‘Projek Kulit Cantik’. Song Joong-ki berkongsi cara dia menjalani rutin penjagaan kulit yang sempurna. Bintang utama drama “Descendants of the Sun” ini mempunyai cara tersendiri membersihkan muka dengan susu segar setiap malam.
Menurutnya, ia dijadikan sebagai pencuci muka semulajadi yang membuang segala kotoran dari dalam pori yang tersumbat sekaligus mengelakkan jerawat dan bintik hitam di muka.
V BTS
Penyanyi dan penari K-Pop dari kumpulan BTS ini terkenal dengan kulitnya yang jernih seakan permata kaca serta penampilannya yang sangat bergaya. Penyanyi ini nampaknya sangat mementingkan kesihatan kulit muka. Oleh sebab itu, V ada berkongsi bahawa dia akan sentiasa mengekalkan kulitnya lembap. Dia hanya melembapkan pad kapas dengan toner penyegar dan memakai losyen sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Park Seojoon
Pelakon utama filem “Dream” ini sentiasa kelihatan seperti berumur 20-an sedangkan pada tahun ini dia sudah mencecah 34 tahun. Pelakon segak bergaya ini ada berkongsi sebab di sebalik kulit licinnya. Dia akan memastikan untuk memakai topeng muka kecantikan pada setiap malam.
Selain itu, dia juga akan menyapu serum sebelum pakai topeng muka dan dengan cara ini ia akan menenangkan dan menyegarkan kulit. Tambahnya, lebih baik beli produk yang mengandungi bahan semula jadi seperti minyak pokok teh, lidah buaya, kayu manis, dan asid salisilik. Kesemua bahan ini boleh membantu dalam mencegah jerawat serta memberikan kesan penyejukan yang terbaik, terutamanya semasa musim panas.
Hyun Bin 
Hyun Bin merupakan pelakon Korea Selatan yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia kerana penampilan dan bakat lakonan mengagumkan. Dia melakukan beberapa rutin mudah namun berkesan untuk kulit yang sihat sempurna. Hyun Bin hanya akan memastikan untuk melembapkan kulit muka setiap hari. Dia menggunakan produk seperti topeng muka kecantikan dan produk minyak pati yang mempunyai unsur pelembap berkesan.
Katanya, pelembap muka membantu untuk melambatkan tanda-tanda penuaan, menenangkan dan memulihkan kulit sensitif serta mencegah kekeringan yang boleh menyebabkan kulit menggelupas.
Nam Joohyuk 
Nam Joo-hyuk merupakan seorang model sebelum menjadi pelakon. Salah satu cara penting untuk memastikan kulit muka sihat ialah dengan memakai produk pelindung matahari. Tambahnya, semua perlu tahu tentang kepentingan menggunakan pelindung matahari kerana ia boleh membuat kulit lebih cerah, bercahaya dan kelihatan cantik secara semula jadi.
Model Korea itu tegas tentang rutin pelindung matahari dan menggunakannya setiap hari malah, setiap jam. Memakai produk pelindung matahari SPF juga membantu dalam mencegah hiperpigmentasi, kemerahan dan dapat mengelakkan kedutan di muka.
Menarik!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Beri Inspirasi, 5 Selebriti Korea Ini Kongsi Idea Untuk Lelaki Mencantikkan Diri first appeared on KimchiDaily.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/beri-inspirasi-5-selebriti-korea-ini-kongsi-idea-untuk-lelaki-mencantikkan-diri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=beri-inspirasi-5-selebriti-korea-ini-kongsi-i

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fokus Kerjaya Ini Antara 4 Sebab Utama Kenapa Selebriti Korea Tak Kahwin

Fokus Kerjaya Ini Antara 4 Sebab Utama Kenapa Selebriti Korea Tak Kahwin

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 142 hits
Korang perasan tak jarang sekali kita dapat melihat percintaan umum antara selebriti Korea ARTIKEL BERKAITAN Mesti korang ingin tahu tentang rahsia gelap di sebalik hubungan percintaan selebriti Korea kan Kali ini KimchiDaily nak kongsikan ...
Sahabat Luar Biasa Ini Antara 5 Pasangan Selebriti Korea Telah Lama Berkawan Baik

Sahabat Luar Biasa Ini Antara 5 Pasangan Selebriti Korea Telah Lama Berkawan Baik

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 131 hits
Kawan baik merupakan keluarga kedua bagi kehidupan seseorang ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 selebriti Korea yang merupakan kawan baik dalam kehidupan sebenar Park Seojoon Choi Wooshik Kedua dua artis yang sangat berb...
Bakat Diwarisi Ini Antara 5 Selebriti Korea Merupakan Anak Kepada Artis Popular

Bakat Diwarisi Ini Antara 5 Selebriti Korea Merupakan Anak Kepada Artis Popular

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 116 hits
Orang cakap bakat sebenarnya tidak boleh diwarisi kerana lain orang lain minatnya ARTIKEL BERKAITAN Namun ada beberapa selebriti Korea yang suka untuk mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka untuk menceburi dunia seni hiburan Kali ini Kimch...
Tak Educated Langsung 5 Selebriti Korea Ini Dikecam Sokong Israel

Tak Educated Langsung 5 Selebriti Korea Ini Dikecam Sokong Israel

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 197 hits
Kini isu mengenai kekejaman Israel yang menyerang rakyat Palestin sedang hangat diperkatakan seluruh dunia ARTIKEL BERKAITAN Umum mengetahui bahawa rakyat Palestin sudah sekian lama menentang pendatang itu yang sudah berabad cuba mengambil ...
Bukan Fokus Utama Beberapa Selebriti Korea Ini Mengaku Tak Pernah Bercinta

Bukan Fokus Utama Beberapa Selebriti Korea Ini Mengaku Tak Pernah Bercinta

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 200 hits
Seorang selebriti pastinya tidak akan dapat lari dari pelbagai khabar angin percintaan ARTIKEL BERKAITAN Meskipun terpalit dengan banyak spekulasi yang dibuat netizen namun 6 selebriti Korea ini mengaku bahawa mereka tidak pernah bercinta s...
Kongsi Pelbagai Manfaat Ikuti 5 Pempengaruh Korea Ini Expert Tentang Kecantikan

Kongsi Pelbagai Manfaat Ikuti 5 Pempengaruh Korea Ini Expert Tentang Kecantikan

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 250 hits
Kalau korang nak tahu ada beberapa pempengaruh di Korea popular disebabkan oleh kerajinan mereka berkongsi tentang produk kecantikan ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pempengaruh Korea yang boleh diikuti untuk korang me...
Hampir 40 000 Belia Bunuh Diri Di Korea Selatan Dalam 3 Tahun

Hampir 40 000 Belia Bunuh Diri Di Korea Selatan Dalam 3 Tahun

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 151 hits
BernamaSEOUL Kadar bunuh diri dalam kalangan generasi muda di Korea Selatan menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun lalu dengan 39 453 belia maut akibat membunuh diri menurut data Kementerian Kesihatan serta Agensi Kawalan dan Pence...
Tempat Persinggahan Artis Cuba 4 Salon Ini Jika Ingin Penampilan Seperti Selebriti Korea

Tempat Persinggahan Artis Cuba 4 Salon Ini Jika Ingin Penampilan Seperti Selebriti Korea

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 133 hits
Trend kecantikan Korea sering menekankan penampilan solekan yang minimum dan ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari penampilan mudah dan kelihatan semula jadi ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 4 salon di Korea jika k...
Bukan Pergi Haji Balik Hari Gadis Ini Kongsi Pengalaman Pergi Korea Balik Hari Buat Ramai Seram

Bukan Pergi Haji Balik Hari Gadis Ini Kongsi Pengalaman Pergi Korea Balik Hari Buat Ramai Seram

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 259 hits
Sebelum kita memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi terutama sekali luar negara kita perlu pastikan pasport kita dalam tempoh yang sah dan menyediakan pelbagai dokumen untuk memastikan kelancaran apabila berdepan pihak imigresen sesuatu ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord