Bukan Fokus Utama Beberapa Selebriti Korea Ini Mengaku Tak Pernah Bercinta
Seorang selebriti pastinya tidak akan dapat lari dari pelbagai khabar angin percintaan.
ARTIKEL BERKAITAN
Pengarah Kongsi Mereka Bercinta? Kim Sohyun Jawab Khabar Angin Percintaan Dengan Minhyun
Meskipun terpalit dengan banyak spekulasi yang dibuat netizen namun, 6 selebriti Korea ini mengaku bahawa mereka tidak pernah bercinta sepanjang kehidupan mereka.
Jom lihat senarai di bawah!
Rosé BLACKPINK
Sebelum ini dalam program “Party People”, Rosé mendedahkan bahawa dia tidak pernah bercinta. Meskipun begitu, dia berkongsi bahawa lelaki idamannya adalah seseorang dengan suara yang bagus dan boleh bermain gitar.
Pada April 2023, wanita itu telah didakwa bercinta dengan pelakon Kang Dong-won selepas mereka dilihat keluar makan bersama. Namun, YG Entertainment terus menafikan dakwaan berkenaan.
Kim Sohyun
Sudah beberapa kali berlakon dalam drama romantik namun, Kim So-hyun akui bahawa dia tidak pernah menjalinkan hubungan percintaan. Kongsinya dalam satu temu bual sebelum ini,
Saya masih percaya berada dalam perhubungan adalah sangat sukar. Saya juga berpendapat bahawa penggambaran sudah memakan banyak emosi saya, jadi saya tidak benar-benar merasakan keperluan yang kuat untuk bercinta. Sekiranya saya bertemu seseorang yang cukup saya sukai untuk mengatasi semua faktor itu, saya fikir saya akan mula bercinta.
Hwang Minhyun
Merupakan seorang pelakon yang semakin meningkat naik kini, Hwang Min-hyun pernah berkongsi dalam program “Happy Together 4” bahawa dia pernah mempunyai hubungan secara dalam talian namun, tidak pernah mempunyai teman wanita sebenar.
Nam Jihyun
Peminat K-Drama pastinya akan kenal dengan pelakon wanita bernama Nam Ji-hyun. Meskipun tidak pernah bercinta, dia mengaku bahawa dia sepertinya sudah tahu bagaimana rasanya berada dalam hubungan kerana sudah beberapa kali melakonkannya dalam drama.
Selain itu, Nam Ji-hyun juga berharap agar hubungannya di masa depan akan menjadi selesa dan semula jadi.
Yeo Jingoo
Seterusnya adalah Yeo Jin-goo. Yeo Jin-goo memberitahu bahawa antara sebab dia tidak pernah bercinta adalah kerana dia debut sebagai pelakon pada usia yang sangat muda, iaitu 8 tahun.
Dalam satu temu bual, lelaki itu akui dia tidak mempunyai keinginan untuk bercinta atas sebab tertentu, tetapi dia percaya cara terbaik untuk bertemu seseorang adalah dengan secara semula jadi dan organik.
Jeon Somi
Mula dikenali menerusi program “Produce 101”, Jeon So-mi juga pernah mendedahkan sebelum ini,
Saya ingin teman lelaki. Saya tidak pernah bercinta dengan seseorang dalam hidup saya. Saya pernah bercinta sewaktu di tadika. Di sekolah rendah saya pernah dating sebanyak 2 kali tetapi saya tak pernah ada teman lelaki yang serius.
Dah tiba waktunya nanti, pasti akan ada pasangan yang sesuai buat mereka!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Bukan Fokus Utama, Beberapa Selebriti Korea Ini Mengaku Tak Pernah Bercinta! first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/bukan-fokus-utama-beberapa-selebriti-korea-ini-mengaku-tak-pernah-bercinta/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bukan-fokus-utama-beberapa-selebriti-korea-ini-men