Kongsi Pelbagai Manfaat Ikuti 5 Pempengaruh Korea Ini Expert Tentang Kecantikan
Kalau korang nak tahu ada beberapa pempengaruh di Korea, popular disebabkan oleh kerajinan mereka berkongsi tentang produk kecantikan.
ARTIKEL BERKAITAN
Nak Berfesyen Seperti Artis K-Pop? Ikuti 5 Laman Instagram Pempengaruh Korea Ini
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pempengaruh Korea yang boleh diikuti untuk korang mengetahui tentang produk kecantikan yang berkesan.
Elisa Lee
View this post on Instagram
A post shared by Elisa Lee • Skincare Tips & Reviews (@sokobeauty)
Elisa Lee sangat digemari ramai kerana selalu memberi ulasan tentang sesuatu produk secara jujur. Dia mula memuat naik konten di laman blog pada tahun 2012 dan telah memperoleh peminat setia sehingga ke hari ini. Di laman Instagramnya sekarang padat mengenai rutin penjagaan kulit serta banyak mencadang produk kecantikan kepada pengikutnya.
Pony Syndrome
View this post on Instagram
A post shared by PONY 포니 (@ponysmakeup)
Jika korang peminat K-Pop, wajib mengikuti laman Instagram Pony Syndrome, dikemas kini dengan gaya terkini terutama untuk gadis remaja. Hampir semua gambar di Instagramnya dipenuhi dengan penjagaan kulit dan alat solek K-Beauty. Selain itu, dia adalah salah seorang blogger kecantikan yang paling popular serta sangat terkenal kerana mencipta semula rupa selebriti seperti Kylie Jenner dan Taylor Swift. Tambahan, cara solekan yang dikongsinya juga sangat mudah untuk diikuti oleh semua orang.
Lamuqe
View this post on Instagram
A post shared by 라뮤끄 LAMUQE (@lamuqe_magicup)
Pempengaruh kecantikan Korea ini mempunyai pengikut yang ramai di laman YouTube dan juga Instagram. Dia memberi petua terbaik tentang teknik solekan seperti solekan mata, kontur dan macam-macam lagi. Dia juga mempunyai satu siri istimewa yang dipanggil ‘Pembedahan Plastik Bersama Lamuqe’, di mana dia menjemput kawan-kawan atau pengikut setianya dan memberi mereka ubah suai. Hasilnya sangat menakjubkan sehingga ia akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membuat beberapa perubahan pada rutin penjagaan kulit muka dan solekan.
Charlotte Cho
View this post on Instagram
A post shared by Charlotte Cho 샬롯조 (@charlottejcho)
Jika korang sedang mencari ulasan tentang produk penjagaan kulit, Charlotte Cho ialah pempengaruh kecantikan Korea yang terbaik untuk diikuti. Dia berkongsi ulasan tentang alat solek dan penjagaan kulit yang sangat penuh dengan maklumat bermanfaat. Selain itu, segala info yang diberikan Charlotte Cho pasti akan membantu pengikutnya membuat keputusan tentang apa yang perlu dibeli dan apa yang tidak perlu.
Michelle Choi
View this post on Instagram
A post shared by MICHELLE CHOI
(@michellechoii)
Pempengaruh ini banyak bercakap tentang kecantikan dan solekan semula jadi Korea dalam videonya. Salah satu video yang paling banyak ditonton di YouTube ialah “Cara Mendapatkan Kulit Licin/Rutin Kulit Korea”, dengan lebih dua juta tontonan. Rutin hariannya sebagai seorang gadis muda berdikari yang tinggal di New York memberi inspirasi, dan seterusnya mendorong orang ramai untuk menerapkan rutin kecantikan baharu selepas menonton videonya.
Follow sekarang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Kongsi Pelbagai Manfaat, Ikuti 5 Pempengaruh Korea Ini ‘Expert’ Tentang Kecantikan first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kongsi-pelbagai-manfaat-ikuti-5-pempengaruh-korea-ini-expert-tentang-kecantikan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kongsi-pelbagai-manfaat-ikuti-5-pempengaruh-k