Sahabat Luar Biasa Ini Antara 5 Pasangan Selebriti Korea Telah Lama Berkawan Baik
Kawan baik merupakan keluarga kedua bagi kehidupan seseorang.
ARTIKEL BERKAITAN
Kawan Baik, IU Akan Nyanyi Lagu Ucapan Tahniah Di Majlis Perkahwinan Jiyeon T-ARA
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 selebriti Korea yang merupakan kawan baik dalam kehidupan sebenar.
Park Seojoon & Choi Wooshik
Kedua-dua artis yang sangat berbakat ini mula menjadi kawan apabila mereka membintangi bersama dalam sit-kom Korea “Shut Up Family” pada tahun 2012. Semasa tahun 2021 dalam episod rancangan realiti “Summer Vacation”, Choi Woo-shik ada bercakap tentang persahabatannya dengan bintang “Dream” itu. Mereka sangat rapat dan kadang-kala ada sesi meluah perasaan serta bercerita tentang masalah hidup.
Tambahan, Park Seo-joon juga pernah menjadi kameo sebagai watak Min-hyuk iaitu kawan rapat kepada Choi Woo-shik dalam “Parasite”.
Lee Minho & Jung Ilwoo
Jika ada anugerah untuk persahabatan paling lama dalam dunia selebriti Korea, pasangan ini pasti akan memenanginya. Pasangan kawan baik ini telah mengenali antara satu sama lain sejak mereka di sekolah menengah. Walaupun Lee Min-ho dan Jung Il-woo tidak bersekolah di sekolah yang sama, mereka menjadi kawan melalui kawan yang mereka kenali.
Jung Il-woo ada menyatakan bahawa dia pernah mendengar tentang populariti Lee Min-ho kerana ketampanannya.
Ketika kami di sekolah menengah, dia berada di sekolah sebelah saya dan dia memang terkenal di kalangan pelajar. Dia terkenal dengan ketampanannya, jadi saya mendengar tentangnya sebelum saya kenal dengannya.
Walaupun mereka masih remaja ketika bertemu, pelakon itu mendedahkan bahawa persahabatan dan ikatan mereka semakin kukuh dari masa ke masa.
Hyeri & Rosé
Dua wanita cantik ini bertemu di rancangan “DoReMi Market” dan menjadi kawan selepas Hyeri meminta nombor Rosé. Tambahan, Rosé berkata bahawa dia gugup untuk menyertai rancangan itu kerana dia adalah peminat tegar Hyeri. Kedua-duanya berkongsi ikatan yang erat di mana Hyeri mendedahkan bahawa mereka berdua kerap bertemu dan apabila mereka tidak mempunyai masa untuk itu, mereka akan membuat panggilan video antara satu sama lain.
Selain itu, saluran YouTube Hyeri dan akaun media sosial kedua-dua artis ini juga ada menampilkan banyak video serta foto mereka sedang menikmati makanan di restoran serta kafe. Rosé juga ada menghantar trak makanan ke set penggambaran drama Hyeri sebagai kejutan Malam Krismas untuknya.
IU & Yoo Inna
Kedua-dua bintang itu bertemu di sebuah rancangan realiti “Heroes” dan mereka telah melekat antara satu sama lain sejak itu. Daripada melancong bersama, mendapatkan cincin sepadan dan juga tinggal di bangunan yang sama, persahabatan antara penyanyi IU dan pelakon Yoo In-na adalah sesuatu yang diidamkan.
IU mendedikasikan gelaran ‘my muse, my star’ kepada Yoo In-na apabila dia menerima anugerah Album Terbaik di Anugerah Muzik Melon 2017, dan menulis lagu “You”. Di mana lagu ini menceritakan tentang kehilangan kawannya ketika dia menjalani penggambaran drama di lokasi tanpa sebarang isyarat telefon atau internet.
Dalam satu temu bual pada tahun 2018 dengan akhbar Chosun, Yoo In-na juga berkata bahawa IU adalah seseorang yang penting dalam hidupnya, sambil menambah bahawa kedua-duanya bergantung antara satu sama lain.
Park Bogum & V BTS
‘Bromance’ antara Park Bo-gum dan V pernah mencetuskan kontroversi pada satu ketika dahulu. Namun, mereka berdua hanyalah kawan baik dan tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa. Peminat tidak terlepas untuk melihat gambar mereka berdua menaiki kereta api bawah tanah bersama-sama dan gambar ketika Park Bo-gum menghadiri konsert BTS untuk memberikan sokongan kepada kawan baiknya itu.
Dua rakan baik ini juga dilihat telah pergi ke Pulau Jeju bersama sama. Tambahan, korang juga boleh lihat di media sosial BTS, ada juga dimuat naik gambar dua rakan itu bersama.
Comelnya diorang ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Sahabat Luar Biasa, Ini Antara 5 Pasangan Selebriti Korea Telah Lama Berkawan Baik first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/sahabat-luar-biasa-ini-antara-5-pasangan-selebriti-korea-telah-lama-berkawan-baik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sahabat-luar-biasa-ini-antara-5-pasangan-se