Beri Ikan Atau Beri Joran


 

Sekarang lebih ramai orang miskin di negara ini. Dalam erti kata lain, jumlah orang miskin bertambah. Akibat pandemik. Juga akibat pandemik lebih setengah juta isi rumah yang dahulunya hidup agak “selesa” (bukan kaya) sekarang sudah jadi “tidak selesa”.
Ini hakikat sedih berdasarkan pengakuan Perdana Menteri sendiri.
Pendedahan itu dibuat dalam jawapan bertulisnya di Parlimen 21 Sept lalu, ketika memberi respon kepada pertanyaan Ahli Sungai Siput, Kesavan Subramaniam, dan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.
Kata Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 20% atau 580,000 isi rumah daripada kumpulan M40 jatuh ke kumpulan B40 susulan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan atau PKP.
Menurut Perdana Menteri, kumpulan M40 terbabit berpendapatan antara RM4,850 hingga RM10,850 sebulan.
Kata beliau, berikutan pandemik Covid 19 dan PKP kerajaan membuat kajian terhadap kesannya ke atas sosio ekonomi rakyat. Kajian itu merangkumi simulasi kepada data daripada Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah, dan Kemudahan Asas 2019 serta profil isi rumah 2019 yang kemudiannya disesuaikan dengan corak taburan isi rumah 2020.
Fokus kajian, kata beliau, bagi melihat kesan pandemik ke atas pendapatan isi rumah dan kemiskinan bagi 2020.
“Berdasarkan kajian ini insiden kemiskinan mutlak telah meningkat kepada 8.4% daripada 5.6% pada tempoh sama,” kata Ismail.
Rakyat biasa seperti saya (yang bercakap tanpa manfaat kajian saintifik sebagai sandaran), pun tahu ada ramai orang miskin dan jumlah mereka kian bertambah sehingga hari ini. Kita boleh lihat dengan mata kepala sendiri kemiskinan dan kesengsaraan ada di mana-mana.
Jadi, selain mengkaji (dan sudah dapat jawapannya), apa kerajaan sudah buat dan akan terus buat untuk menangani masalah besar ini?
Tetapi sebelum itu, ingin saya tampilkan satu lagi jawapan bertulis Perdana Menteri di Parlimen pada hari yang sama iaitu 21 Sept.
Kali ini menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, mengenai butiran Menteri dan Timbalan Menteri yang melakukan pengubahsuaian pejabat mereka pada 2020 atau 2021 termasuk pembelian perabot baharu.
Pertanyaan ini amat penting kerana kerap kedengaran “tuduhan” bahawa setiap kali Menteri atau Timbalan Menteri yang baharu dilantik masuk pejabat, “renovation” dilakukan dan perabut digantikan mengikut citarasa mereka selaku penghuni baharu. Betul atau tidak tuduhan itu waullahualam.
Namun pada hemat saya kebanyakan perabot dan premis Menteri dan Timbalan Menteri lazimnya dalam keadaan baik. Maksudnya tidak mengalami kerosakan yang memerlukan gantian dan pengubahsuaian.
Reaksi Ismail kepada pertanyaan Yeoh ialah lebih RM1 juta dibelanjakan untuk pengubahsuaian dan perabot sejak dua tahun lalu. Ini kos membabitkan pejabat Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sahaja. Bukan Menteri dan timbalan masing-masing di lain-lain kementerian.
Menurut beliau, pengubahsuaian dan penggantian perabot lama dilakukan mengikut garis panduan serta peraturan untuk perancangan bangunan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos di bawah Unit Perancangan Ekonomi bawah JPM.
Maknanya, semua dilakukan mengikut peraturan sedia-ada dan tidak menyalahi undang-undang. Cuma hati kecil saya bertanya adakah itu sesuatu yang mendesak? Perlu kah berbelanja lebih RM1 juta dalam keadaan negara dihimpit kesengsaraan?
Mungkin RM1 juta dianggap kecil. Tetapi ini hanya membabitkan kerja-kerja di JPM. Lagi pun bagi saya bila senang bolehlah belanja seperti orang senang, bila susah belanjalah seperti orang susah.
Keesokan hari yakni 22 Sept Perdana Menteri memberi jawapan bertulis lagi. Ini bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akhmal Nasrullah Mohd Nasir, yang mahu tahu kos keseluruhan membabitkan imbuhan, elaun, dan pejabat kakitangan yang berkhidmat untuk duta khas bertaraf menteri pada 2020 dan 2021.
Menurut pecahan perbelanjaan untuk gaji sahaja, yang dikemukakan, setiap duta khas disediakan lima staff merangkumi setiausaha peribadi kanan, setiausaha peribadi, pegawai khas, setiausaha pejabat, dan pemandu .
Kata Ismail, purata RM48,000 dibelanjakan setiap bulan untuk gaji kakitangan setiap duta khas. Ada tiga duta khas bertaraf menteri. Abdul Hadi Awang duta khas Timur Tengah, Tiong King Sing duta khas untuk China dan Richard Riot Jaem duta khas Jepun, Korea Selatan, dan Taiwan.
Ketiga-tiga ditempatkan di ruang pejabat sedia ada di Putrajaya “tanpa kos”, kata Perdana Menteri.
Walaupun kewujudan jawatan duta khas dipertikai ramai termasuk saya, kita sedia maklum pelantikan itu hak Perdana Menteri. Kita semua ada pendapat masing masing sama ada pelantikan itu wajar untuk negara atau ia suatu pembaziran.
Bagaimanapun yang kita tahu banyak yang mesti dilakukan oleh kerajaan untuk menjana ekonomi yang “sakit” dan menolong rakyat yang susah seperti yang dedahkan oleh Perdana Menteri sendiri di Parlimen tempoh hari.
Perlu kah kerajaan diingatkan juga 37,000 komputer riba masih belum sampai ke sasarannya iaitu pelajar keluarga B40? Soalan pembelajaran yang tergendala kita bincang pada lain waktu.
Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan tadi. Apa kerajaan sudah dan akan lakukan untuk membantu rakyat?
Tidak dinafikan memang ada bantuan dan pelbagai skim rangsangan. Pun begitu bantuan kewangan “one-off” tidak memadai.
Membolehkan rakyat mengeluarkan caruman KWSP walaupun melegakan buat seketika, ia bukan penyelesaian. Lagi pun wang itu kepunyaan rakyat sendiri, hasil titik peluh mereka untuk simpanan usia tua.
Kita baca laporan bahawa mengikut data KWSP, 46% pencarum berusia 55 tahun hanya ada simpanan kurang daripada RM10,000. Bak kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, rata-rata mereka hanya boleh bertahan selama tiga tahun selepas bersara secara purata dengan jumlah simpanan KWSP yang mereka ada itu.
Bukan dicadangkan negara menjadi ‘welfare state’. Tetapi yang diperlukan ialah kerajaan merangka rancangan bantuan jangka pendek dan jangka panjang. Benar kes Covid-19 menunjukkan penurunan. Tetapi realitinya wabak ini masih ada. Ia belum hilang.
Benar kerajaan ada Pelan Pemulihan Negara (PPN). Semalam, Ismail membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 dengan pembiayaan RM400 bilion yang dijanjikan akan mengubah nasib rakyat dan negara. Tetapi apakah PPN mahupun RMK12 akan mencapai matlamatnya. Sejauh mana ia akan dilaksanakan dengan efektif?
Malaysia mempunyai rekod agak kurang baik dalam memastikan apa yang dirancang dilaksanakan dengan berkesan. Laporan-laporan Ketua Audit Negara yang lampau menyerlahkan kenyataan ini.
Apa pun, pemberian ‘one-off’ wang selang beberapa bulan kepada jutaan rakyat tidak mampu mengeluarkan mereka daripada kancah kemiskinan. Mereka hanya mampu dibela dengan penyelesaian jangka pendek dan panjang yang berkesan.
Dasar-dasar jangka panjang hendaklah menjurus kepada sistem pendidikan yang lebih dinamik dan dasar-dasar yang boleh menarik pelaburan untuk menjana peluang pekerjaan sesuai dengan kelayakan anak-anak kita.
Membawa saya kepada peribahasa – “Beri orang ikan dia akan makan selama satu hari. Beri dia joran dia akan makan selama-lamanya”. Kita faham maksud peribahasa itu.
Yang mahu ditanya – adakah kerajaan mesti beri ikan kepada rakyat? Atau beri joran? Bagi saya dua-dua mesti beri. Terutama waktu ini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/beri-ikan-atau-beri-joran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikan Jepun Atau Ikan Sulig Goreng Tiga Rasa

Ikan Jepun Atau Ikan Sulig Goreng Tiga Rasa

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 229 hits
Assalamualaikum Hi korang Selamat tengahari happy lunch masak apa hari ni Hari ni Pak Zain masak ikan lampam which is SA and dania x makan dia dh tau org x makan dia buat untuk dia je ntah la dari ikan lampam baik ikan talapia hehe SA x suk...
Sumpahan Larangan Makan Ikan Kacang Ikan Kekacang Atau Ikan Baracuda

Sumpahan Larangan Makan Ikan Kacang Ikan Kekacang Atau Ikan Baracuda

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 914 hits
Alam melayu sememangnya kaya dengan kisah misteri lagenda mitos serta dongeng yang diceritakan sejak turun temurun unsur mistik pun wujud Salah satu lagenda yang menarik untuk diperkatakan adalah pantang larang terhadap sesetengah orang mel...
Seriawan Atau Ulser Tidak Pun Mata Ikan

Seriawan Atau Ulser Tidak Pun Mata Ikan

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 386 hits
SERIAWAN ATAU ULSER TIDAK PUN MATA IKAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Puncanya tergigit Tidak pun terodok berus gigi Ini yang PC sering alami Menjadi punca sakitnya tak boleh bawa bincang Ada or...
Anak Kenyang Atau Belum Elak Overfeed Ini Tanda Anak Sudah Cukup Susu

Anak Kenyang Atau Belum Elak Overfeed Ini Tanda Anak Sudah Cukup Susu

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 222 hits
Setiap bayi yang masih menyusu memerlukan amaun susu yang secukupnya bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mereka Oleh itu sudah menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan perkara ini terjamin Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk me...
Hukum Main Permainan Daun Terup Solitaire Secara Online Boleh Atau Tidak

Hukum Main Permainan Daun Terup Solitaire Secara Online Boleh Atau Tidak

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 496 hits
Hukum Main Permainan Daun Terup Solitaire Secara Online Boleh Atau Tidak Waktu pandemik banyak duduk kat rumah ni tak dinafikan ramai orang main permainan game online Game online ni pula ada bermacam jenis sampaikan tak tahu nak pilih yang ...
Isu Pindah Rm13 Juta Ke Kanada Buat Laporan Atau Minta Maaf Mukhriz Beritahu Sanusi

Isu Pindah Rm13 Juta Ke Kanada Buat Laporan Atau Minta Maaf Mukhriz Beritahu Sanusi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 243 hits
September 22 2021 Bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata disebabkan kenyataan Muhammad Sanusi Md Nor ramai beranggapan beliau di sebalik pemindahan RM13 juta ke akaun bank Kanada ALOR SETAR Mukhriz Mahathir menuntut Menteri Besa...
Tanda Tanda Paling Awal Kencing Manis Atau Diabetis Pada Lelaki Atasinya Sebelum Terlambat

Tanda Tanda Paling Awal Kencing Manis Atau Diabetis Pada Lelaki Atasinya Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 232 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dari Allah Boleh dikatakan rata rata rakyat Malaysia dan dunia masih lagi dalam kebimbangan terhadap pandemik Covid 19 dan hampir lupa akan masalah kesihatan lain yang sebenarny...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025