Berhenti Salahkan Kerajaan Lama Kata Daim Kepada Ph



KUALA LUMPUR, 8 Nov — Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, apa yang berlaku pada masa lalu adalah sejarah dan pentadbiran baharu perlu berhenti menyalahkan kerajaan sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun.

Loading... “Enam bulan sudah cukup. Kini, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada menunaikan janji. Rakyat tahu apa yang berlaku dan itulah sebabnya mereka mengundi untuk menyingkirkan  kerajaan terdahulu. Oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk tidak mengulangi kepimpinan (kesilapan) yang sama,” katanya kepada pemberita di Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018 di sini, hari ini.

Daim berkata, kerajaan harus berusaha untuk memulihkan keyakinan di kalangan pelabur untuk menarik mereka kembali ke negara ini.
Beliau berkata, 9 Mei menyediakan peluang keemasan kepada Malaysia di mana setiap orang secara bersama menentang kleptokrasi dan berjuang untuk kebebasan bersuara, keadilan untuk semua, ketelusan dan akauntabiliti.

“Dalam tempoh enam bulan yang lalu, kerajaan telah jelaskan apa yang perlu dilakukan dan telah mengambil pelbagai langkah kecil dan besar, bagaimanapun destinasi kita masih jauh,” katanya.

Daim menggesa rakyat Malaysia memberi sedikit masa kepada kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya, yang bekerja keras untuk mereformasi ekonomi, yang merupakan perkara paling penting untuk dilakukan sekarang.

“Orang ramai tidak sabar, mereka mengundi untuk perubahan dan mahu melihat keputusan dengan segera. Janji telah dibuat tetapi apabila kerajaan mengambil alih, tiba-tiba mendapati bahawa perbendaharaan itu kosong.

“Bagaimana mereka akan memenuhi janji-janji itu? Jadi ia akan mengambil masa,” katanya.

Ahli perniagaan kelahiran Kedah, ahli politik dan bekas Menteri Kewangan yang bersara 20 tahun yang lalu itu berkata, beliau bersyukur kerana beliau telah bersara.

“Saya tidak mahu berada di kedudukan itu, sebab itu saya bersara,” katanya.

Diminta mengulas mengenai Belanjawan 2019, beliau berkata, ia sejajar dengan perjalanan Malaysia baharu.

Pada 2 Nov, Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2019 dengan peruntukan sebanyak RM314.5 bilion, peningkatan sebanyak RM24.1 bilion berbanding RM290.4 bilion dalam Belanjawan 2018, manakala Belanjawan 2017 diperuntukkan RM260 bilion.

Daim menegaskan bahawa kawalan modal mungkin tidak berfungsi untuk Malaysia sekarang kerana keadaan pasaran telah berubah, berbanding krisis kewangan Asia 1997-1998.

“Dasar yang sama tidak akan berfungsi hari ini dan saya menasihat kerajaan untuk tidak melaksanakan kawalan modal sekarang,” katanya.

Daim berkata, pengumuman dividen khas Petronas RM30 bilion yang diumumkan dalam belanjawan baru-baru ini tidak akan menjadi masalah kerana syarikat minyak negara mampu membuat pembayaran itu kepada kerajaan. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/berhenti-salahkan-kerajaan-lama-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Najib Kata Kerajaan Mahu Malukan Ibu Bapanya

Anak Najib Kata Kerajaan Mahu Malukan Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 340 hits
Anak Najib kata kerajaan mahu malukan ibu bapanya Dikemas kini 47 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 14 Nov 2018 2 15PM
Setuju Tidak Lagi Salahkan Bn Tapi Tidak Boleh Halang Pimpinan Beri Pandangan Kata Anwar

Setuju Tidak Lagi Salahkan Bn Tapi Tidak Boleh Halang Pimpinan Beri Pandangan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 336 hits
November 12 2018 12 29 PMAnwar berkata beliau menyokong saranan Daim kerana percaya rakyat ingin tahu apakah perancangan PH untuk masa akan datang KUALA LUMPUR Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan Tun Daim Zainuddin yang...
Bn Tukar Nama Tawan Balik Kerajaan Ph Pada Pru15 Kata Zahid

Bn Tukar Nama Tawan Balik Kerajaan Ph Pada Pru15 Kata Zahid

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 539 hits
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar BN dijenamakan semula dengan nama baru sebagai langkah untuk menghadapi pilihan raya umum ke 15 melawan PH Saya cadangkan kita tukar nama BN Gagasan pembangkang yang ada sekara...
Kerajaan Jangan Asyik Salahkan Pentadbiran Dahulu Bn Najib

Kerajaan Jangan Asyik Salahkan Pentadbiran Dahulu Bn Najib

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap kerajaan berhenti daripada terus mencari kesalahan dirinya dan pentadbiran terdahulu sebaliknya memberi fokus untuk menyelamatkan ekonomi negara Najib berkata demikian mener...
Kerajaan Lama Kencing Dana Sekolah Tamil Ke Ni

Kerajaan Lama Kencing Dana Sekolah Tamil Ke Ni

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 505 hits
Ini projek era janji dicapati ka ni Kerajaan lama didakwa menjanjikan dana RM39 7 juta kepada 13 sekolah Tamil tanpa mendapat peruntukan dan kelulusan kabinet Dana dimaksudkan itu tidak berada di Kementerian Kewangan kata sumber Kementerian...
Klinik Kerajaan Dimaki Babi Doktor Perjelaskan Kenapa Tunggu Lama Semasa Menerima Rawatan

Klinik Kerajaan Dimaki Babi Doktor Perjelaskan Kenapa Tunggu Lama Semasa Menerima Rawatan

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 815 hits
Oleh KENAPA ADA KALANYA KENA TUNGGU LAMA SEBELUM DAPAT JUMPA DOKTOR DI KLINIK KERAJAAN Jadi pakcik kena betul betul jaga pemakanan ubat yang kita bagi ni selain untuk darah tinggi ia juga untuk Tak sempat habis ayat untuk nasihat pakcik pas...
Ekonomi Merosot Ph Tak Perlu Salahkan Saya Bn Lagi Kata Najib

Ekonomi Merosot Ph Tak Perlu Salahkan Saya Bn Lagi Kata Najib

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 392 hits
October 30 2018 11 02 PMPETALING JAYA Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pendekatan Pakatan Harapan yang sering menyalahkannya dan kerajaan Barisan Nasional tidak boleh digunakan lagi selepas 200 hari memerintah Beliau ber...
Najib Minta Pakatan Berhenti Salahkan Dirinya

Najib Minta Pakatan Berhenti Salahkan Dirinya

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 323 hits
Najib minta Pakatan berhenti salahkan dirinya Dikemas kini 2 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 30 Oct 2018 11 00PM middo
Sudah Sampai Masa Kerajaan Ph Kurang Bercakap Lebih Bekerja Kata Rafidah

Sudah Sampai Masa Kerajaan Ph Kurang Bercakap Lebih Bekerja Kata Rafidah

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 401 hits
Kerajaan Pakatan Harapan perlu kurangkan bercakap lebihkan bekerja dalam usaha meletakkan semula negara di landasan yang tepat kata Tan Sri Rafidah Aziz Beliau yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi tempoh 1...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Kedai Serbaneka Thailand Terbesar Di Kuala Lumpur Thai Street Mart

Urban Renewal Not A Dirty Term

Rafizi Aligned Pkr Women Challenger Wants Debate Invites Nurul Izzah

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening