Kerajaan Lama Kencing Dana Sekolah Tamil Ke Ni
Ini projek era janji dicapati ka ni..
Malaysiakini | Kerajaan lama didakwa menjanjikan dana RM39.7 juta kepada 13 sekolah Tamil tanpa mendapat peruntukan dan kelulusan kabinet.
“Dana dimaksudkan itu tidak berada di Kementerian Kewangan," kata sumber Kementerian Pendidikan kepada Malaysiakini.
Menurut sumber, pemeriksaan Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Kewangan mendapati kabinet BN tidak pun meluluskan sebarang peruntukkan yang diumumkan seorang bekas timbalan menteri itu.
"Namun, Kementerian Pendidikan juga mendapati kerajaan terdahulu mengadakan majlis penyerahan replika cek kepada sekolah-sekolah ini“Pada asasnya, ini adalah satu janji kosong yang tiada kelulusan," tambahnya lagi.
Malaysiakini difahamkan bantuan itu diumumkan secara berasingan pada tahun ini sebelum pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
Perkara itu sebelum ini dibangkitkan oleh Majlis Lembaga Sekolah-sekolah Tamil Malaysia (MAST) setelah peruntukan itu masih belum diterima.
Pengerusinya Guruu Ramasamy berkata dana itu “umpama misteri” selepas Kementerian Pendidikan didakwa enggan membuat sebarang penjelasan berkenaan status terkini peruntukkan itu.
Menurutnya, dana RM39.7 juta itu diletakkan bawah dua skim bantuan iaitu skim peruntukkan bangunan tambahan dan skim peruntukkan tapak baharu.
Katanya, enam sekolah—tiga di Perak dan masing-masing satu di Kedah, Negeri Sembilan dan Johor menerima dana RM11.7 bawah skim bangunan tambahan.
Tujuh sekolah lagi dikatakan menerima RM4 juta melibatkan dana keseluruhan RM28 juta.
Guruu juga meminta kerajaan baru Pakatan Harapan membantu merungkai masalah itu dan tidak menuding jari kepada kerajaan lama semata-mata.
"Sudah lima bulan, Pakatan Harapan memerintah negara. Apakah mereka masih nak salahkan BN berkaitan dana ini? "Atau mereka tidak berminat menunaikan janji BN?" soal Guruu lagi.
Menurut sumber itu, Kementerian Pendidikan kini berusaha untuk mendapatkan peruntukkan yang dijanjikan itu, termasuk menulis surat kepada Kementerian Kewangan.
Sementara itu, pejabat timbalan menteri berjanji akan membuat satu kenyataan berkenaan isu dana ini dalam masa terdekat.
Ketika dihubungi, mereka berkata akan menyediakan satu kenyataan terperinci mengenai isu ini.
Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan reaksi menteri dan timbalan menteri pendidikan di era BN bagi mendapatkan penjelasannya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bankami.blogspot.com/2018/10/kerajaan-lama-kencing-dana-sekolah.html