Berhenti Menjadi Budak Suruhan Ppbm Kalau Pemimpin Pas Benar Benar Ikhlas Dalam Perjuangan



Dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke 64, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, menyampaikan amanat Akidah Perjuangan PAS Mendapat Redha Allah SWT, antara amanat yang beliau uicapkan ketika itu adalah 
"Akar umbi organisasi PAS berasaskan aqidah perjuangan yang panjang, demi mendapat keredhaan Allah SWT, walau pun jauh perjalanannya daripada dunia sehingga akhirat."
"Berbeza degan mereka yang hanya berjuang untuk menegakkan teori atau ideologi impian manusia demi mengejar cita-cita yang difikirkan dan hanya berwawasan dalam kehidupan dunia sementara waktu."
Cukup mendalam amanat yang disampaikan oleh Presiden PAS itu dan bersesuaian dengan moto perjuangan PAS dalam dunia politik, 'ISLAM MEMIMPIN', amanat yang disampaikan beliau itu, sekiranya dijadikan panduan dalam perjuangan politik, In Sya Allah, akan mendapat bantuan dan keredhaan dari Allah SWT

Tetapi, apakah amanat yang Presiden PAS itu masih lagi digenggam erat oleh kepimpinan tertinggi PAS ketika ini

Mutakhir ini, kepimpinan tertinggi PAS sering menggunakan alasan penyatuan ummah sebagai penjelasan atas segala tindak tanduk dan keputusan yang mereka lakukan

Kepimpinan tertinggi PAS juga sering mendakwa mereka akan memainkan watak sebagai pendamai antara UMNO dan PPBM supaya masyarakat Melayu Islam di Malaysia dapat disatukan kembali setelah sekian lama berpecah belah

Tetapi sayangnya, majoriti rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu Islam melihat, apa yang didakwa oleh kepimpinan tertinggi PAS adalah jauh berbeza dengan apa yang sedang mereka lakukan sekarang ini

Kepimpinan PAS dilihat bukan sahaja tidak mencerminkan watak pendamai antara UMNO dan PPBM tetapi lebih malang lagi, kepimpinan PAS dilihat telah menjadi budak suruhan PPBM yang diperkudakan sesuka hati oleh PPBM


Dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang lepas, PAS bukan sahaja langsung tidak diberikan tempat untuk meletakkan calun, malah sikap PPBM terhadap PAS dengan jelas telah menghina dan memperlekehkan PAS yang telah lebih 6 dekad bertapak dalam dunia politik tanahair

Walau pun PAS secara terang-terangan telah menyatakan hasrat untuk meletakkan sekurang-kurangnya 10 calun dalam Pilihanraya Negeri Sabah 2020, PPBM yang merasakan diri mereka adalah 'abang besar' dalam Perikatan Nasional yang PPBM cipta, bukan sahaja tidak membenarkan PAS meletakkan calun, malah ketika Majlis Penamaan Calun Pilihanraya Negeri Sabah 2020, 'abang besar' Perikatan Nasional, PPBM, TIDAK MENJEMPUT PAS ke majlis tersebut

Tetapi akar umbi dan jentera pilihanraya PAS di Sabah tetap dikerahkan untuk berkerja bermati-matian membantu calun dari Perikatan Nasional terutamanya PPBM yang tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi, apa lagi jentera pilihanraya di Sabah

Penguasaan PPBM terhadap PAS semakin jelas kelihatan ketika menghadapi kemelut politik di Perak baru-baru ini


Apabila Menteri Besar Perak dari PPBM, Ahmad Faizal Azumu aka Peja, gagal mendapatkan majoriti sokongan dari ADUN Perak dalam usul undi percaya terhadap beliau yang telah dilakukan pada 4 Disember 2020, PAS telah diarahkan untuk mengeluarkan kenyataan TIDAK AKAN menyertai 'Kerajaan Negeri Perak yang baharu' di bawah kepimpinan UMNO

Walau pun ketika itu, PPBM belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu tersebut, namun PAS rela diperkudakan, walau pun amat menyedari kenyataan yang tergesa-gesa itu akan membawa risiko yang sangat besar kepada PAS

Lebih mengejutkan lagi, apabila DYMM Sultan Perak menitahkan supaya kesemua ADUN mengadap baginda sebagai usaha baginda untuk menyelesaikan kemelut tersebut secepat mungkin, PAS akur dengan arahan PPBM supaya ketiga-tiga ADUN PAS mengingkari titah baginda Sultan Perak dengan tidak pergi mengadap baginda Sultan Perak


Tetapi dalam masa yang sama, PPBM telah mengarahkan semua ADUN mereka untuk mengadap ke bawah DYMM Sultan Perak

Akibat dari terlalu menurut perintah PPBM, penderhakaan 3 ADUN PAS itu telah menimbulkan kemurkaan DYMM Sultan Perak

Bukan sahaja Sultan Perak tidak memperkenankan permohonan Menteri Besar Perak yang baharu, Datuk Haji Saarani Mohamad, untuk melantik salah seorang ADUN PAS sebagai Ahli Mesyuarat Negeri Perak (Exco Perak), malah permohonan Presiden PAS dan 3 ADUN PAS untuk mengadap tuanku Sultan Perak bagi meminta maaf juga masih belum mendapat sebarang maklum balas dari pihak Istana Perak

Sebagai sebuah parti yang meletakkan perjuangan Islam di hadapan serta ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin Melayu Islam, maruah dan kredibiliti PAS telah tercalar teruk

Pemimpin PAS dilihat sebagai golongan yang hipokrit

Mereka menanamkan sifat wala' kepada pemimpin ke atas penyokong PAS tetapi mereka sendiri tidak wala' kepada raja, malah derhaka terhadap raja

Sedang pemimpin PAS tersepit dan bergelut untuk meminta maaf kepada Sultan Perak dan dalam masa yang sama terpaksa berhadapan dengan penyokong PAS yang mula mempersoalkan tindakan mereka, pemimpin PPBM dilihat tersenyum puas melihat kesetiaan dan ketaatan pemimpin PAS dalam mematuhi semua perintah yang mereka berikan

Kepada pemimpin PAS, kalau sudah menyedari tersesat di hujung jalan, kembalilah semula ke pangkal jalan

Tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan, namun apa yang penting, jadikanlah pengalaman semalam sebagai panduan untuk menghadapi hari esok

Janganlah disalah gunakan ketaatan dan kesetiaan penyokong PAS demi untuk memenuhi kehendak dan aspirasi individu tertentu

Kalau benar-benar ikhlas dalam perjuangan yang meletakkan Islam di hadapan, berhentilah menjadi budak suruhan PPBM yang sememangnya diketahui dipenuhi dengan pengkhianat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/12/berhenti-menjadi-budak-suruhan-ppbm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Has To Decide Between Umno And Ppbm It Cannot Have Both

Pas Has To Decide Between Umno And Ppbm It Cannot Have Both

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 213 hits
So where do we go from here Perpaduan Ummah is no longer the priority The priority is political hegemony You are either with me or you are against me says Umno You cannot declare you remain neutral and that you are not taking sides in the U...
Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan

Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 186 hits
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata parti itu tidak perlu membuang masa bercakap soal masa depan dengan PAS tanpa terikat dengan PPBM Dalam catatan di Facebook selepas wawancara dengan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin Shahr...
Pas Won T Ditch Ppbm Let S Respect That Says Umno Info Chief

Pas Won T Ditch Ppbm Let S Respect That Says Umno Info Chief

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 219 hits
Umno information chief Shahril Hamdan says the party should not waste time speaking about a future with PAS that does not include PPBM In a Facebook post after an interview with PAS Youth chief Khairil Nizam Khirudin Shahril said it was cle...
Penganalisis Beri 3 Sebab Pas Lebih Selesa Dengan Ppbm Berbanding Umno

Penganalisis Beri 3 Sebab Pas Lebih Selesa Dengan Ppbm Berbanding Umno

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 481 hits
December 5 2020 Penganalisis berkata PAS hanya mahu kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan PETALING JAYA Walaupun ia bermula dengan kerjasama dengan Umno dalam Muakafat Nasional PAS dilihat lebih selesa bekerja dalam Perikatan Nasional ...
Ppbm Pas Leaders Seek Coalition Solution To Perak Impasse

Ppbm Pas Leaders Seek Coalition Solution To Perak Impasse

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 209 hits
PPBM president Muhyiddin Yassin and PAS chief Abdul Hadi Awang are engaged in a meeting to discuss the Perak crisis PETALING JAYA As fissures appear to be showing in Umno s relationship with its allies PPBM and PAS senior leaders of the two...
Dua Pemimpin Pas Perak Dilantik Semula Sebagai Exco

Dua Pemimpin Pas Perak Dilantik Semula Sebagai Exco

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 236 hits
IPOH Kedua dua bekas exco PAS dalam pentadbiran Ahmad Faizal Azumu dilantik semula oleh kerajaan Perak bawah Saarani Mohamad daripada UMNO Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan ADUN Selama Akmal Kamaruddin mengangkat sumpah jawatan di ha...
Tiada Parti Kekal Dominan Dalam 2 Dekad Ini Kata 2 Pemimpin Ppbm

Tiada Parti Kekal Dominan Dalam 2 Dekad Ini Kata 2 Pemimpin Ppbm

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 164 hits
freemalaysiatoday com December 2 2020 9 43 AMSeorang pemimpin PPBM mengakui Umno dan PAS mempunyai pengaruh kuat di pantai timur Semenanjung tetapi bukannya di negeri lain termasuk Sabah serta Sarawak oleh itu mereka memerlukan PPBM KUALA L...
Adakah Benar Untuk Dilantik Menjadi Mb Dan Pm Perlukan Sokongan Umno

Adakah Benar Untuk Dilantik Menjadi Mb Dan Pm Perlukan Sokongan Umno

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 227 hits
HAMDAN TAHASebenarnya politik hari penentu siapa boleh jadi PM ke atau MB ke nampaknya terletak di parti umno dan presidennya Apa pun pandangan orang terhadap zahid dan najib mereka boleh ubah keadaan politik negara apa pun umno sebenarnya ...
Hubungan Pas Bersatu Lebih Ikhlas Berbanding Umno Yang Bermuka Muka

Hubungan Pas Bersatu Lebih Ikhlas Berbanding Umno Yang Bermuka Muka

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 291 hits
Sekarang ni hubungan politik antara PAS dan BERSATU dilihat lebih ikhlas berbanding dengan UMNO Buktinya baru baru ini UMNO Perak telah bersengkongkol dengan DAP dan PKR untuk menjatuhkan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu melalui undi usul p...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live