Berhenti Mendera Anak Dalam Senyap


 


Berhenti ‘Dera’ Anak Dalam Senyap. Besar Nanti Boleh Jadi Punca Anak Kurang Hormat Ibu Ayah
Pesanan untuk yang bergelar ibu bapa, berhenti ‘dera’ anak dalam senyap. Rupanya itu antara punca anak kurang rasa hormat pada kita bila besar nanti

Abah, rama-rama ni nak warna apa?”

“Warna je la apa-apa pun Izni,” sambil tangan sibuk scroll Facebook

Sedar tak kita sedang ‘dera’ anak dalam senyap

Ya, memang kita tidak dera melalui fizikal. Tidak rotan, tidak sebat dengan tali pinggang mahupun hanger, tidak menggunakan getah paip atau batang pokok betik untuk mendera, tapi dalam tak sedar ada ‘penderaan’ yang maha dasyat kita telah lakukan terhadap anak kita. Apakah penderaan itu

Dari segi emosi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lapisan minda seseorang itu dan terganggu untuk jangka masa pendek mahu pun panjang. Antara contoh yang paling mudah:
1. Mengabaikan anak

“Eh, mana ada saya abaikan anak saya. Makan minum dan pakaian semua cukup. Siap lebih lagi,”. Itu kata anda. Apa pula kata anak anda

Cuba tengok situasi ini

Anda balik kerja waktu petang. Seharian anda di pejabat, anak anda pula di tadika/sekolah. Waktu bersama anak dan isteri hanya sebelah malam

Dan waktu malam inilah anak-anak nak bercerita dengan anda. Nak beritahu apa yang berlaku di tadika/sekolah. Betul? Tapi anda perasan tak, sewaktu anak anda bercerita, apa yang anda lakukan? Tengok muka anak anda? Atau anda lebih fokus pada televisyen? Atau Facebook? Whatsapp? Handphone di tangan?Anda sedar tak anda telah mengabaikan perasaan anak anda

Bila anak ajak anda main, anda beri alasan penat, tak larat, walhal anda malas nak layan. Nak main handphone, game dan sebagainya. Betul

2. Tidak memuji anak, tak beri sokongan

Anak dapat no. 7, no. 9, no. 19, adakah anda memuji anak? Beri kata-kata semangat? Atau anda langsung tak ambil tahu

3. Jangan jadi batu/ dinding

Anak hampiri kita, tanya kita tentang warna apa yang sesuai untuk warna lukisan rama-rama. Kita pula sibuk melayan video di Facebook. Tak menjawab persoalan anak kita, sehinggakan anak kita berlalu pergi. Punyalah batu kita ni. Tak bolehkah kita ‘Pause’ sebentar video tersebut dan bagi perhatian pada anak? Video tu akan hilangkah? Atau anda lebih rela perasaan anak anda hilang? Ya, ni kesilapan yang kita sedang buat

4. Terlalu cerewet, teliti

Jangan kita terlalu cerewet jika anak dalam situasi seperti ini:
Anak nak pakai selipar tak boleh, kena pakai kasut
Anak nak pakai baju warna kuning tak boleh, kena pakai baju merah
Anak dapat no.5, marah

Kita nampak benda ini remeh, tapi hakikatnya penderaan ini boleh mengganggu emosi dan peribadi anak-anak

5. Biar anak buat keputusan sendiri

Ya, sesekali biarkan anak buat keputusan sendiri. Biar tahap ‘confident’ anak lebih tinggi. Jadi dia akan lebih berdikari dan tidak dibuli

Anak tanya, “Abah, nak pakai baju ultraman ke baju upin ipin?”. Abah pun jawab, “Ikut suka Izni la nak pakai baju apa pun,”

Betul ke jawapan kita? Salah

Cuba begini, ” Malam ni Izni nak jadi ultraman ke upin ipin?” Jadi mereka boleh berfikir dan buat keputusan dari soalan kita itu. Semuanya kena bermain dengan kata-kata. Kita perlu lebih kreatif melayan kerenah anak-anak

6. Merendah-rendahkan anak
Pernah kita rendah-rendahkan anak depan orang? Tidakkan? Tapi sedar tak, kadang-kadang kita tak perasan yang kita sebenarnya dah rendahkan anak-anak

Contohnya, bila orang puji anak kita ” Rajinnya Amni tolong angkat pinggan mangkuk dan siap basuh,”

Tapi kita pula jawab, “Biasalah tu, kat rumah orang dia rajin la sikit. Kalau kat rumah tu, pinggan lepas makan tinggal sahaja dalam sinki”. Pernah tak alami situasi ni? Dalam tak sedar kita dah lukakan emosi anak kita. Daripada nak jadi baik, terus tak baik-baik

Alangkah lebih elok kita memuji anak kita, supaya pujian itu boleh dibawa ke rumah seandainya betul sekalipun anak kita malas

7. Tidak memperjuangkan atau ‘back up’ anak

Anak cakap, Abu curi pemadam dia. Kita hanya balas, “Tak apa lah, kita beli baru nanti,”

Kita boleh sahaja balas, ” Mana boleh macam itu, itu hak Izni. Izni kena laporkan kepada guru. Tuntut semula hak Izni,”. Anak kita akan lebih rasa dihargai dan lebih berkeyakinan. Jangan biarkan anak kita jadi mangsa buli fizikal dan mental

8. Sikap penolakan terhadap permintaan

Tak semua benda kita boleh terima dan tak semua benda juga kita boleh tolak. Begitu juga dengan anak-anak

Sesekali kita tunaikan permintaan anak. Jika kita tidak mampu, kita cuba berikan dalam bentuk/perkara yang lebih menyenangkan kita

Tapi ingat, bukan selalu kita boleh penuhi. Jika tidak, nanti akan naik lemak pula. Kena tahu cara untuk atasi permintaan

Kesimpulannya jangan merungut tiada masa untuk anak. Cuba bahagikan masa untuk mereka kerana mereka lahir dari darah daging kita. Kita yang mencorakkan mereka. Jika kita corakkan hitam, hitamlah jadinya.tions:arifuddin AzizLikeCommentSharewww.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2025/08/berhenti-mendera-anak-dalam-senyap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Bapa Maut Dipercayai Dipukul Dengan Kerusi Oleh Anak

Kelantan Bapa Maut Dipercayai Dipukul Dengan Kerusi Oleh Anak

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 269 hits
Hazira Ahmad Zaidiam hmetro com myKuala Krai Lelaki warga emas maut dipercayai dipukul oleh anaknya menggunakan kerusi di Kampung Kuala Gris di sini pagi tadi Dalam kejadian kira kira 6 30 pagi itu mangsa berusia 74 tahun meninggal dunia di...
Weaponising Disability An Assault On Dignity Zaid Torches Akmal

Weaponising Disability An Assault On Dignity Zaid Torches Akmal

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 568 hits
Zaid Ibrahim has launched a scathing condemnation of Umno Youth chief Dr Akmal Saleh for mocking critics by likening them to persons with disabilities The former law minister described the remark not only as deeply offensive but as a glarin...
Bukan Bising Biasa Ini Bingit Fila Amir Naik Angin Bila Anak Terkejut Bunyi Ekzos

Bukan Bising Biasa Ini Bingit Fila Amir Naik Angin Bila Anak Terkejut Bunyi Ekzos

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 221 hits
Bila tinggal di kota besar bunyi bising memang dah jadi perkara biasa Tapi macam mana kalau bunyi tu sampai buat anak kecil terkejut dan gelisah Itulah yang dilalui pempengaruh dan usahawan terkenal Fila Amir apabila anaknya Assara Adama Ca...
Janji Dengan Anak Dia Boleh Guna Telefon Waktu Tertentu Je

Janji Dengan Anak Dia Boleh Guna Telefon Waktu Tertentu Je

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 222 hits
SUBANG JAYA Berwaspada dengan penggunaan gajet penyanyi dan penyanyi Erra Fazira hanya memberikan akses penuh telefon bimbit kepada anaknya Engku Aleesya selepas berusia 16 tahun dengan syarat tertentu Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan C...
Lepas Tahu Ibu Zara Ada Rakaman Suara Anak Rupanya Ramai Baru Alert Fungsi Ni Wujud Dalam Telefon

Lepas Tahu Ibu Zara Ada Rakaman Suara Anak Rupanya Ramai Baru Alert Fungsi Ni Wujud Dalam Telefon

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 417 hits
Kes tragis yang menimpa adik Zara Qairina bukan sahaja menyayat hati malah mencetuskan trauma mendalam dalam kalangan ramai ibu bapa di Malaysia Segala bentuk perkongsian daripada pihak keluarga termasuk rakaman suara perbualan antara ibu d...
Telefon Pertama Anak Erra Fazira Ajar Ibu Ayah Cara Didik Dengan Psikologi Perjanjian

Telefon Pertama Anak Erra Fazira Ajar Ibu Ayah Cara Didik Dengan Psikologi Perjanjian

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 407 hits
Telefon pertama anak Erra Fazira ajar ibu ayah cara didik dengan psikologi perjanjian supaya anak bijak guna teknologi tanpa terdedah pada risiko negatif Pendekatan primadona filem melayu ini sesuai dijadikan inspirasi buat ibu bapa moden B...
Badan Anak Penuh Lebam Balik Pusat Jagaan Ibu Kecewa Kes Ditutup

Badan Anak Penuh Lebam Balik Pusat Jagaan Ibu Kecewa Kes Ditutup

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 364 hits
Bila anak kecil balik dengan badan penuh lebam ibu mana yang tidak menangis Tapi lebih menyedihkan apabila laporan dibuat siasatan diminta akhirnya kes ditutup tanpa sebarang tindakan Inilah yang terjadi kepada ibu muda Syaza Syamimi yang m...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Pas Berates Petronas Ceo For Champagne Shower Podium Celebrations At Singapore F1 Gp

Mastering Fire Water Shelter Essential Wilderness Survival Skills For 2025

Printing Kotak Packaging Premium Sesuai Untuk Produk Anda Tak Kira Besar Atau Kecil

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Tiba Tiba Dia Ketawa Rider Cabut Lari Lepas Sapa Wanita Berbaju Merah

Plane Carrying 23 Malaysians From Global Sumud Flotilla Touches Down At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garlic Butter Salmon Untuk Makan Malam

From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Jalan Jalan Di Kebun Teruja Merpati Mendekati Mematuk Jari Jemari

Jemput Tok Mak Dan Tok Ayah Dari Bandung

Rasa Sunyi Bila Anak Dah Besar Hati Ibu Yang Tak Pernah Sedia Untuk Sepi

Khalil Gibran