Telefon Pertama Anak Erra Fazira Ajar Ibu Ayah Cara Didik Dengan Psikologi Perjanjian


Telefon pertama anak? Erra Fazira ajar ibu ayah cara didik dengan psikologi & perjanjian supaya anak bijak guna teknologi tanpa terdedah pada risiko negatif. Pendekatan primadona filem melayu ini sesuai dijadikan inspirasi buat ibu bapa moden.
Bila anak semakin membesar, salah satu permintaan yang biasa kita dengar ialah: “Mama, boleh tak saya nak telefon sendiri?” Inilah dilema besar buat ibu ayah zaman sekarang. Mahu penuhi permintaan anak, tetapi dalam masa yang sama risau soal keselamatan, pengaruh negatif dan ketagihan skrin.

Menariknya, pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira turut berdepan situasi ini apabila anaknya, Engku Aleesya, yang kini berusia remaja, mula diberikan kepercayaan untuk memiliki telefon pintar. Namun, seperti kata orang bijak, “Kepercayaan datang bersama tanggungjawab.”
Telefon Pertama Dengan Perjanjian: Kongsi Kata Laluan & Boleh Diakses Dalam satu temu bual bersama OhBulan!, Erra mendedahkan bahawa sebelum ini, Aleesya tidak memiliki telefon sendiri. Namun selepas selesai menduduki peperiksaan, dia akhirnya dibenarkan memiliki telefon pintar tetapi dengan syarat yang jelas dan dipersetujui bersama.
“Kami sama-sama buat perjanjian. Dia boleh ada telefon tetapi dalam waktu tertentu sahaja. Kata laluan pula kena dikongsikan dengan kami dan ia boleh diakses bila-bila masa,” jelas Erra.
Erra juga menegaskan, jika perjanjian dilanggar atau berlaku salah guna, telefon itu akan ditarik balik tanpa kompromi. Ini bukan soal menghukum, tetapi sebagai cara memantau dan membentuk disiplin sejak awal.

Bijak Didik Anak Remaja Dengan Psikologi & Empati Membesarkan anak yang bersifat introvert bukan mudah. Erra mengakui bahawa Aleesya seorang yang pendiam, dan dia perlu menggunakan pendekatan lembut tetapi bijak secara psikologi agar anaknya tidak menjauhkan diri.
“Saya dibesarkan oleh ibu bapa yang tegas. Tapi saya tak boleh buat begitu dengan anak sebab bapanya pun seorang yang tegas. Nanti ke mana anak kami nak pergi?” katanya jujur.
Erra memilih untuk lebih ‘sporting’, supaya Aleesya rasa selamat dan selesa untuk berkongsi. Malah, beliau turut mendedahkan, Aleesya kini mula terbuka bercerita termasuk soal ‘crush’, dan sebagai ibu, Erra berusaha kekal tenang supaya anak tidak mencari tempat lain untuk meluah.
“Di belakang dia saya takut, tapi di hadapan dia saya perlu bertenang.”
Tip Pa&Ma: Panduan Ibu Ayah Bila Anak Mahu Telefon Pertama Jika anak anda juga sudah mula minta telefon sendiri, berikut beberapa langkah bijak yang boleh diambil:
✅ Buat perjanjian bertulis atau lisan tentang had masa, aplikasi dibenarkan dan akses ibu bapa.
✅ Wajib kongsi kata laluan – bukan untuk mengintip, tetapi demi keselamatan.
✅ Pantau penggunaan dengan aplikasi parental control seperti Google Family Link.
✅ Bina komunikasi terbuka, galakkan anak cerita tentang apa yang mereka lihat dan alami.
✅ Jadi sahabat anak, bukan sekadar pengawal – ini kunci mereka terus percaya dan hormat kita.
Telefon pintar bukan musuh, tetapi ia boleh jadi senjata makan tuan jika disalah guna. Seperti yang ditunjukkan oleh Erra Fazira, pendekatan penuh kasih sayang, ketegasan dan komunikasi berkesan adalah kunci untuk mendidik anak zaman digital dengan lebih selamat.
Jadi, jika anak anda bakal dapat telefon pertama, jangan lupa: bukan sekadar beri, tetapi bimbing juga.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/telefon-pertama-anak-erra-fazira-ajar-ibu-ayah-cara-didik-dengan-psikologi-perjanjian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 188 hits
Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun Penyanyi dan pelakon terkenal Erra Fazira mendedahkan bahawa beliau tidak membenarkan anak tunggalnya Engku Aleesya memiliki telefon bimbit seawal usia remaja dan hanya memberikan kebe...
Lepas Tahu Ibu Zara Ada Rakaman Suara Anak Rupanya Ramai Baru Alert Fungsi Ni Wujud Dalam Telefon

Lepas Tahu Ibu Zara Ada Rakaman Suara Anak Rupanya Ramai Baru Alert Fungsi Ni Wujud Dalam Telefon

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 165 hits
Kes tragis yang menimpa adik Zara Qairina bukan sahaja menyayat hati malah mencetuskan trauma mendalam dalam kalangan ramai ibu bapa di Malaysia Segala bentuk perkongsian daripada pihak keluarga termasuk rakaman suara perbualan antara ibu d...
Anak Dibuli Peguam Ini Ajar Ibu Bapa Langkah Selamatkan Mereka Sebelum Terlambat

Anak Dibuli Peguam Ini Ajar Ibu Bapa Langkah Selamatkan Mereka Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 128 hits
Anak dibuli bukan sekadar kisah di sekolah ia boleh meninggalkan trauma yang mendalam merosakkan keyakinan diri dan mengganggu emosi mereka untuk jangka panjang Sebagai ibu bapa kita perlu peka terhadap tanda tanda anak dibuli dan tahu cara...
Nak Anak Masuk Mrsm Ini Panduan Pilihan Program Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Nak Anak Masuk Mrsm Ini Panduan Pilihan Program Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 189 hits
Nak Anak Masuk MRSM Ini Panduan Pilihan Program Yang Wajib Ibu Bapa Tahu Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan anak yang berjaya dalam pelajaran dan mampu membina masa depan yang cemerlang Sama ada dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat le...
Untuk Anak Anak Ibu Dengan Penuh Cinta

Untuk Anak Anak Ibu Dengan Penuh Cinta

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 179 hits
Anak anakku tersayang Saat ibu tulis ini hati ibu dipenuhi seribu satu rasa syukur sayang harapan dan juga sedikit kerisauan yang hanya seorang ibu dapat fahami Sejak hari pertama kalian hadir dalam hidup ibu segalanya berubah Ibu belajar m...
Hiburan 11 Bulan Sorokkan Wajah Anak Mk Akhirnya Dedah Buat Kali Pertama

Hiburan 11 Bulan Sorokkan Wajah Anak Mk Akhirnya Dedah Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 144 hits
Melalui laporan Kosmo penyanyi rap dikenali ramai iaitu MK akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya pada konsert Duo Terhangat McDonalds di McDonalds Putrajaya Presint 2 DT semalam Difahamkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin mel...
Saya Pilih Jaga Mak Ayah Cinta Seorang Suami Anak Saat Hidup Diuji Meruntun Jiwa Warganet

Saya Pilih Jaga Mak Ayah Cinta Seorang Suami Anak Saat Hidup Diuji Meruntun Jiwa Warganet

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 153 hits
Di sebalik penderitaan fizikal dan tekanan hidup yang mencengkam sebuah keluarga kecil membuktikan bahawa kasih sayang dan pengorbanan adalah kekuatan utama dalam menghadapi ujian Kisah menyayat hati ini tular di TikTok apabila seorang warg...
Anak Tantrum Ibu Jangan Tantrum Sekali

Anak Tantrum Ibu Jangan Tantrum Sekali

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 129 hits
Bila anak kecil tiba tiba menjerit meraung baring atas lantai dan mula hentak kaki ramai ibu bapa akan rasa malu panik dan marah serentak Situasi macam ni memang cukup menguji kesabaran Lagi lagi kalau berlaku di tempat awam ramai orang ten...
Hati Saya Tak Tenang Ibu Nekad Minta Kubur Anak Digali Semula Demi Cari Jawapan

Hati Saya Tak Tenang Ibu Nekad Minta Kubur Anak Digali Semula Demi Cari Jawapan

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 146 hits
Saya Mahu Kubur Zara Digali Ibu Mahu Tahu Kebenaran Apa Sebenarnya Berlaku Kehilangan seorang anak adalah episod paling pilu dalam hidup seorang ibu Namun apabila punca kematian tidak jelas dan penuh persoalan hati mana yang mampu tenang Be...
Penyakit Mental Isu Kesihatan Yang Perlu Kita Fahami

Kita Bukan Data

Ppim Tidak Iktiraf Gem Tiada Sebarang Hubungan Kerjasama Harian Metro 26 08 2025

Comment On Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran By Sabree Hussin

Comment On Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot By Faizul

Cryolipolysis Treatment Malaysia Non Surgical Fat Reduction That Works

Amazing Healthy Greek Recipes For Weight Loss

Sup Kosong Ala Gerai Tetap Sedap Walau Tiada Isi Nak Buat Sendiri Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Cencaru Bakar

Menang Kes Video Kelepok Raya Aliff Syukri Menangis Amp Mohon Maaf Pada Netizen Saya Janji Akan Buat Lagu Lebih Baik

2 Warga Thailand Maut Rumah Terbakar Di Pontian

Kelantan Wanita Berstatus Isteri Orang Didakwa Menjalin Hubungan Terlarang Dengan Seorang Doktor

Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

Chef Ini Raih Pujian Kongsi Resipi Guna Bahan Terhad Untuk Warga Gaza