Badan Anak Penuh Lebam Balik Pusat Jagaan Ibu Kecewa Kes Ditutup


Bila anak kecil balik dengan badan penuh lebam, ibu mana yang tidak menangis? Tapi lebih menyedihkan apabila laporan dibuat, siasatan diminta… akhirnya kes ditutup tanpa sebarang tindakan.
Inilah yang terjadi kepada ibu muda, Syaza Syamimi, yang masih setia menuntut keadilan buat anaknya, Syakir Ali, yang dipercayai menjadi mangsa dera di pusat jagaan kanak-kanak.
Ibu Terkilan, Usaha Lapan Bulan Gagal Bawa Keadilan Segalanya bermula pada 17 Januari 2025, apabila Syaza menjemput anaknya dari pusat jagaan. Ketika mahu memandikan anak, dia terkejut melihat kesan lebam panjang dan kemerahan di belakang badan si kecil.

Esoknya, Syaza dan suami ke klinik swasta, tetapi doktor hanya memberikan ubat gatal. Tidak berpuas hati, mereka ke Hospital Sultanah Aminah dan doktor di sana mengesahkan lebam tersebut bukan disebabkan alergi, tetapi berkemungkinan besar akibat dipukul atau jatuh atas objek panjang.
Laporan Polis, Laporan Hospital – Tapi Masih Tiada Tindakan Laporan polis dibuat segera di Johor Sentral, dan kes kemudian dipindahkan ke Balai Polis Iskandar Puteri. Pada 25 Februari 2025, laporan perubatan rasmi menyatakan bahawa memang wujud unsur penderaan.
Syaza juga telah:
✅ Menyerahkan bukti bergambar
✅ Menjalani pemeriksaan penuh X-ray
✅ Membuat laporan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
✅ Berulang-alik ke balai polis untuk bantu siasatan
✅ Bertanya perkembangan kes setiap bulan
Namun, tiada perkembangan diterima daripada pihak berwajib — sehingga 8 bulan berlalu.
Alasan CCTV Rosak & Tiada Saksi  Lebih menyakitkan, Syaza dimaklumkan bahawa rakaman CCTV tidak dapat diberikan kerana kononnya rosak akibat ribut petir dan sedang diselenggara.
Akhirnya, pada 5 Ogos 2025, Syaza menerima surat melalui PDF. Kandungan surat itu menyatakan:
“Tiada saksi untuk menyokong dakwaan. Tiada bukti kukuh. Tiada unsur jenayah. Oleh itu, kes ditutup dan tiada tindakan lanjut akan diambil ke atas mana-mana pihak.”

“Saya Dah Buat Semua Yang Termampu” Syaza yang kecewa menyatakan bahawa dia sudah mengambil semua langkah berjaga-jaga sebelum memilih pusat jagaan untuk anaknya.
“Saya bukan main pilih. Saya buat lawatan, semak ulasan, dan tengok latar belakang pusat itu. Tapi sekarang, tiada satu pihak pun yang nak bertanggungjawab. Selama lapan bulan saya menunggu dengan penuh harapan. Tapi akhirnya anak saya tak dapat pembelaan.”
“Mohon doa semua. Semoga ada keadilan untuk Syakir Ali kami. Kalau bukan di dunia, semoga Allah balas dengan setimpalnya buat mereka yang zalim pada anak kecil yang tak mampu bersuara ini.”
Lebam Bukan Perkara Biasa, Ibu Bapa Wajib Peka Kes Syakir Ali ini membuka mata ramai ibu bapa. Anak kecil tidak mampu bercakap sepenuhnya untuk ceritakan apa yang berlaku. Tetapi tubuh mereka tak pernah menipu. Lebam bukan perkara biasa.
Sebagai ibu bapa, kita perlu:
✅ Sentiasa pantau keadaan fizikal anak selepas balik dari penjagaan
✅ Peka dengan perubahan tingkah laku anak
✅ Buat laporan segera jika ada tanda-tanda penderaan
✅ Simpan bukti (gambar/video) dan ambil laporan doktor
✅ Gunakan saluran rasmi dan sosial jika kes dipandang sepi
Setiap anak adalah amanah dan nyawa yang perlu dilindungi. Hari ini mungkin anak orang lain, esok mungkin anak kita. Jangan biarkan kes seperti ini terus berulang.
Buat semua ibu bapa, jangan takut bersuara. Jangan penat tuntut keadilan. Suara kita, perlindungan untuk anak-anak yang belum mampu bersuara.
Pa&Ma menyeru agar semua pihak bertanggungjawab lebih serius dalam isu penderaan kanak-kanak. Jangan tunggu sehingga nyawa melayang, baru kita ambil tindakan.
📞 Jika anda syak berlaku penderaan terhadap kanak-kanak, segera hubungi:
➡️ Talian Kasih 15999
➡️ Lapor kepada JKM atau balai polis terdekat
Sumber: Syaza Syamimi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/badan-anak-penuh-lebam-lepas-balik-pusat-jagaan-ibu-kecewa-kes-anak-didakwa-didera-ditutup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Ibu Mana Yang Tahan Badan Anak Penuh Luka Cengkaman Kuku Pengasuh Gen Z Pula Nafi

Hati Ibu Mana Yang Tahan Badan Anak Penuh Luka Cengkaman Kuku Pengasuh Gen Z Pula Nafi

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 182 hits
Badan anak penuh luka cengkaman kuku pengasuh nafikan perbuatan ibu pula trauma melihat keadaan si kecil yang ditatang bagai minyak yang penuh Kisah ini tular di media sosial dan mengundang kemarahan ramai ibu bapa terutamanya mereka yang p...
Kesan Lebam Belakang Badan Zara Ketika Jenazah Dimandikan Ibu Buat Laporan Polis Baharu Hari Ini

Kesan Lebam Belakang Badan Zara Ketika Jenazah Dimandikan Ibu Buat Laporan Polis Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 162 hits
Kesan lebam belakang badan Zara ketika jenazah dimandikan ibu buat laporan polis baharu hari ini Laporan polis dibuat Noraidah selepas teringat semula kesan lebam pada belakang badan Zara yang dilihatnya ketika memandikan jenazah di Hospita...
Untuk Anak Anak Ibu Dengan Penuh Cinta

Untuk Anak Anak Ibu Dengan Penuh Cinta

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 179 hits
Anak anakku tersayang Saat ibu tulis ini hati ibu dipenuhi seribu satu rasa syukur sayang harapan dan juga sedikit kerisauan yang hanya seorang ibu dapat fahami Sejak hari pertama kalian hadir dalam hidup ibu segalanya berubah Ibu belajar m...
Ibu Anak You Dah 4 Tahun Shuib Sebak Kenang Detik Cemas Kelahiran Ayash

Ibu Anak You Dah 4 Tahun Shuib Sebak Kenang Detik Cemas Kelahiran Ayash

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 167 hits
Ayash si kecil yang hadir dalam duka kini membesar penuh kasih sayang Pelawak dan usahawan ternama Shuib Sepahtu sekali lagi menyentuh hati warganet apabila memuat naik satu hantaran menyentuh perasaan di Instagram sempena ulang tahun kelah...
Resipi Ikan Bawal Hitam Masak Kicap Lauk Tengah Hari Yang Buat Anak Angkat Ibu Jari

Resipi Ikan Bawal Hitam Masak Kicap Lauk Tengah Hari Yang Buat Anak Angkat Ibu Jari

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 187 hits
Resipi ikan bawal hitam masak kicap ini memang ringkas tapi boleh jadi kegemaran keluarga Dengan kombinasi rasa manis pedas dan masin yang seimbang selain tumisan bawang dan halia yang menggoda selera bila dimakan dengan nasi memang masing ...
Lepas Tahu Ibu Zara Ada Rakaman Suara Anak Rupanya Ramai Baru Alert Fungsi Ni Wujud Dalam Telefon

Lepas Tahu Ibu Zara Ada Rakaman Suara Anak Rupanya Ramai Baru Alert Fungsi Ni Wujud Dalam Telefon

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 165 hits
Kes tragis yang menimpa adik Zara Qairina bukan sahaja menyayat hati malah mencetuskan trauma mendalam dalam kalangan ramai ibu bapa di Malaysia Segala bentuk perkongsian daripada pihak keluarga termasuk rakaman suara perbualan antara ibu d...
Telefon Pertama Anak Erra Fazira Ajar Ibu Ayah Cara Didik Dengan Psikologi Perjanjian

Telefon Pertama Anak Erra Fazira Ajar Ibu Ayah Cara Didik Dengan Psikologi Perjanjian

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 150 hits
Telefon pertama anak Erra Fazira ajar ibu ayah cara didik dengan psikologi perjanjian supaya anak bijak guna teknologi tanpa terdedah pada risiko negatif Pendekatan primadona filem melayu ini sesuai dijadikan inspirasi buat ibu bapa moden B...
Bimbang Keselamatan Anak Ibu Bapa Di Sabah Fobia Hantar Ke Asrama Bung Moktar

Bimbang Keselamatan Anak Ibu Bapa Di Sabah Fobia Hantar Ke Asrama Bung Moktar

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 130 hits
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mendakwa ramai ibu bapa di Sabah kini semakin gusar dan fobia untuk menghantar anak anak mereka ke sekolah berasrama susulan insiden berkaitan kes buli yang didakwa semakin berleluasa ...
Hiburan Anggun Di Usia 40 An Sharifah Sofia Kini Bahagia Besarkan Dua Anak Meskipun Bergelar Ibu Tunggal

Hiburan Anggun Di Usia 40 An Sharifah Sofia Kini Bahagia Besarkan Dua Anak Meskipun Bergelar Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 157 hits
Wajah ayu sememangnya pernah mencuri tumpuan peminat industri hiburan tempatan khususnya pada era kegemilangan sitkom dan drama televisyen Malaysia Mula dikenali ketika berusia 15 tahun menerusi sitkom popular Spanar Jaya bintang wanita ini...
Penyakit Mental Isu Kesihatan Yang Perlu Kita Fahami

Kita Bukan Data

Ppim Tidak Iktiraf Gem Tiada Sebarang Hubungan Kerjasama Harian Metro 26 08 2025

Comment On Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran By Sabree Hussin

Comment On Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot By Faizul

Cryolipolysis Treatment Malaysia Non Surgical Fat Reduction That Works

Amazing Healthy Greek Recipes For Weight Loss

Sup Kosong Ala Gerai Tetap Sedap Walau Tiada Isi Nak Buat Sendiri Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Cencaru Bakar

Menang Kes Video Kelepok Raya Aliff Syukri Menangis Amp Mohon Maaf Pada Netizen Saya Janji Akan Buat Lagu Lebih Baik

2 Warga Thailand Maut Rumah Terbakar Di Pontian

Kelantan Wanita Berstatus Isteri Orang Didakwa Menjalin Hubungan Terlarang Dengan Seorang Doktor

Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

Chef Ini Raih Pujian Kongsi Resipi Guna Bahan Terhad Untuk Warga Gaza