Siapa Mandikan Jenazah Nabi Saw Ramai Tak Tahu Ini Jawapan Mufti Wilayah



Pasti kita pernah tertanya-tanya siapa dari kalangan sahabat yang mandikan jenazah baginda Rasulullah SAW. Ini penjelasan Mufti Wilayah
SOALAN SIAPAKAH MANDIKAN JENAZAH NABI SAW

Assalamualaikum WBT. Semoga ustaz sihat-sihat belaka. Saya dah lama ingin bertanya.Siapakah di antara para sahabat yang memandikan jenazah Nabi SAW. Saya ingin tahu sangat ustaz. Mohon pencerahan dari ustaz

Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat

Antara kewajipan seorang muslim adalah mengetahui hal perihal berkaitan Nabi SAW. Daripada setiap pergerakan, percakapan, akhlak ketika Baginda hidup sehinggalah kewafatan Baginda SAW


Sebelum membincangkan dan menjawab persoalan yang dikemukakan, suka kami bentangkan berkenaan kisah akhir detik kehidupan Nabi SAW seperti yang diceritakan oleh Anas Bin Malik. Kata beliau :

Maksudnya :” Sesungguhnya Abu Bakar mengetuai solat orang ramai ketika Nabi SAW sakit yang mana ia adalah kesakitan yang menyebabkan Rasulullah SAW wafat. Sehingga tiba hari isnin, orang ramai pada ketika itu berada di dalam saf. Kemudian Rasulullah SAW menyingkap tirai biliknya dan melihat kepada kami. Ketika itu, Baginda SAW sedang berdiri dan wajah Baginda seakan-akan seperti kertas mushaf.[1]
[1] Iaitu ibarat yang menggambarkan bahawa wajah Rasulullah SAW yang lawa, suci putih dan bercahaya

Kemudian Baginda tersenyum. Anas berkata : Maka kami pun terkejut dan berasa gembira apabila Rasulullah SAW keluar. Pada ketika itu kami sedang dalam solat. Lalu Abu Bakar pun ke belakang sedikit untuk menyambungkan saf yang ada. Abu Bakar berbuat demikian kerana beliau menyangka Rasulullah SAW keluar untuk solat bersama

Lantas Rasulullah SAW memberi isyarat kepada orang ramai untuk menyempurnakan solat. Anas berkata lagi : Kemudian Rasulullah SAW masuk semula ke rumahnya dan menurunkan tirainya. Rasulullah SAW wafat pada hari tersebut.”
Riwayat Muslim (874)
Menurut riwayat ini, Rasulullah SAW wafat pada hari isnin. Kemudian berlakulah satu perbincangan di kalangan para sahabat berkenaan siapa yang bakal menggantikan Rasulullah SAW sebagai ketua yang akan menguruskan urusan umat islam. Akhir perbincangan itu membawa satu resolusi iaitu memilih Abu Bakar sebagai khalifah bagi umat islam

Jenazah Rasulullah mula untuk diuruskan pada hari selasa. Ada beberapa orang para sahabat yang bertanggungjawab untuk memandikan jenazah Rasulullah SAW. Ini berdasarkan riwayat sirah yang dinyatakan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya :

Maksudnya :” Kata Ibnu Ishak : ketika mana Abu Bakar R.anhu telah dibaiah, orang ramai mula untuk menguruskan jenazah Rasulullah SAW pada hari selasa. Abdullah bin Abu Bakar,Husain bin Abdullah dan selain dari keduanya menceritakan kepada aku Ali bin Abi Talib, Abbas Bin Abdul Muttalib, Al-Fadhl Bin Abbas, Qutham Bin Abbas, Usamah Bin Zaid dan Syuqran Maula Rasulullaj adalah orang yang bertanggungjawab memandikan jenazah Nabi

Aus Bin Khauli salah seorang daripada Bani Auf Bin Khazraj berkata kepada Ali : Demi Allah wahai Ali, kami juga ada bahagian untuk menguruskan Rasulullah SAW. Aus merupakan sahabat Rasulullah dan juga di antara ahli Badar. Kata Ali : masuklah

Maka Aus pun masuk, duduk dan turut memandikan Rasulullah SAW. Kemudian Ali menyandarkan jenazah Baginda ke dada beliau. Abbas, al-Fadhl dan Qutham memusingkan tubuh Baginda manakala Usamah Bin Zaid dan Syuqran kedua-duanya mencurahkan air. Pada masa yang sama Ali memandikan jenazah Rasulullah SAW

Beliau menyandarkan tubuh Baginda ke dadanya dan pada tubuh Baginda ada qamis yang beliau gunakan untuk menggosok bahagian belakang Baginda. Tangan beliau langsung tidak menyentuh tubuh Baginda. Lalu Ali berkata : Demi ayah dan ibuku, engkau ketika hidup mulia dan ketika wafat pun mulia. Dan tidak dilihat pada jenazah Rasulullah sesuatu (yang buruk) yang ada pada jenazah orang lain.”
Rujuk Sirah Ibnu Hisyam (4/451)
Kesimpulannya ,berdasarkan riwayat ini, ada 7 orang yang terlibat dalam memandikan jenazah Nabi SAW. Mereka itu ialah :
Ali Bin Abi TalibAbbas Bin Abdul MuttalibAl-Fadhl Bin AbbasQutham Bin AbbasUsamah Bin ZaidSyuqran Maula kepada RasulullahAus Bin Khauli
Semoga pencerahan yang diberikan menjawab persoalan yang dikemukakan. Semoga kita lebih mencintai Nabi SAW dengan membaca sirahnya dan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk mengikut sunnahnya. Wallahu’alam. JANGAN LUPA UNTUK SHARE ARTIKEL NI

Sumber: Mufti KL via Salam.my

from Sehinggit Media News https://ift.tt/32PsYHj
via IFTTT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2019/11/siapa-mandikan-jenazah-nabi-saw-ramai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5493 Aktiviti Majlis Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1441h 2019m Ppim 15 11 2019

5493 Aktiviti Majlis Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1441h 2019m Ppim 15 11 2019

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 519 hits
PPIM menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Puan Hajah...
Setelah Jenazah Dikuburkan Ini Perintah Nabi Yang Sering Dilupakan

Setelah Jenazah Dikuburkan Ini Perintah Nabi Yang Sering Dilupakan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 199 hits
Islam menganjurkan kepada umatnya untuk saling memupuk kepedulian antar sesama umat manusia khususnya kepada sesama muslim Ini tercermin saat ada muslim yang meninggal dunia Sebagian mereka berkewajiban untuk mengurus jenazahnya Bahkan sete...
Bergambar Di Tanah Perkuburuan Kristian Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Bergambar Di Tanah Perkuburuan Kristian Ini Penjelasan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 377 hits
TINDAKAN seorang wanita berpakaian pengantin menjalani penggambaran di sebuah tanah perkuburan Kristian mengundang perdebatan panjang dalam kalangan netizen sejak beberapa hari lalu Sebilangan besar netizen mengecam tindakan yang disifatkan...
Menag Fachrul Razi Ajak Masyarakat Meneladani Sikap Nabi Muhammad Saw

Menag Fachrul Razi Ajak Masyarakat Meneladani Sikap Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 287 hits
Ia juga menyinggung bagaimana kuatnya prinsip Rasulullah selama hidupnya Rasul selalu berani menunjukkan kebenaran walaupun ia kerap mengalami cemoohan dan hinaan Prinsip ini layak diteladani oleh para pemimpin di dunia
Semua Nabi Berada Di Bawah Panji Rasulullah Saw

Semua Nabi Berada Di Bawah Panji Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 548 hits
SOALAN Apakah benar di hari Akhirat kelak semua Nabi Nabi akan berada di bawah panji Nabi Muhammad SAW JAWAPAN Hari Akhirat merupakan tempat semua manusia akan dihisab oleh Allah SWT berdasarkan kepada amalan mereka sewaktu di dunia Firman ...
Status Agama Kedua Ibu Bapa Nabi Saw

Status Agama Kedua Ibu Bapa Nabi Saw

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 582 hits
SOALAN Apakah agama kedua ibu bapa Nabi SAW kerana mereka tidak sempat dengan kerasulan Nabi kita JAWAPAN Tersebut pada himpunan fatwa negeri Mesir Bermula pendapat dengan selamatnya kedua ibu bapa Nabi SAW ialah pendapat yang sebenar yang ...
Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Saw

Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 2050 hits
Original Content Sebagai umat Islam banyak kelebihan yang diperolehi jika kita berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW Ini kerana kita sangat memerlukan syafaat apabila dihimpunkan di Sumber Dilarang Plagiat Tanpa Kebenaran
Maulid Nabi Muhammad Saw Inilah Kumpulan Sholawat Dan Manfaatnya Saat Diamalkan

Maulid Nabi Muhammad Saw Inilah Kumpulan Sholawat Dan Manfaatnya Saat Diamalkan

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 375 hits
Sebagai bentuk cinta kita pada Rasul berikut kumpulan Sholawat Nabi yang bisa kita bacakan Sebagian umat muslim pun saat ini tengah bersiap untuk memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW Umat muslim pun dianjurkan untuk perbanyak membaca shola...
Ribuan Warga Mulai Memadati Monas Hadiri Peringatan Maulid Nabi Muhammad Saw

Ribuan Warga Mulai Memadati Monas Hadiri Peringatan Maulid Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 342 hits
Dengan meneladani kisah hidup Rasulullah dan sifat sifatnya umat muslim pasti akan bersatu memiliki karakter yang baik dan tangguh secara moral maupun ekonomi ujar Habib Nabiel Almusawa
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction