Berdasarkan Sumber Diyakini Rafizi Berkemungkinan Akan Kembali Membantu Pkr Menjelang Pru Ke 15


 

February 16, 2022 Ketika pemilihan parti semakin menghampiri, gesaan agar Rafizi Ramli kembali aktif dalam politik dan menawarkan diri untuk bertanding kedengaran semakin kuat.
Untuk rekod, PKR akan mengadakan pemilihan pada April tahun ini.
Sebelum berundur sepenuhnya daripada politik pada penghujung 2019, Rafizi merupakan watak yang berpengaruh dalam PKR dan dianggap salah seorang penasihat yang paling diyakini Anwar Ibrahim.
Bekas ahli parlimen Pandan itu juga dikenali sebagai individu yang mendedahkan beberapa skandal melibatkan kerajaan BN sebelum ini.
Kini penyokong Rafizi mendesak agar dia kembali aktif. Namun kata Rafizi, ada banyak pertimbangan yang perlu diambil kira sebelum dia bersedia memenuhi gesaan tersebut.
“Saya belum buat keputusan, tetapi saya memang memberi perhatian kepada orang ramai dan parti yang mahu saya membuat pertimbangan.
“Saya akan pertimbangkan dan berunding dengan semua pihak yang berkaitan, termasuk Tuhan,” katanya kepada Malaysiakini semalam.
Perlu pastikan bermanfaat
Antara pertimbangan yang diambil kira, kata Rafizi, ialah jika kemunculan semula dalam politik itu berbaloi kepada PKR dan rakan partinya yang mungkin kurang senang dengan pendekatan “radikalnya”.
“Saya mahu pastikan (pembabitan saya semula dalam politik) memberi kesan ke arah pembinaan negara, dan masa serta pengorbanan yang dibuat itu berbaloi.
“Saya perlu bersikap realistik, iaitu saya sangat radikal dalam pemikiran dan kebanyakan pemimpin PKR sekarang serta sekutunya tidak akan selesa dengan pendekatan serta idea saya,” katanya.
Tambahnya, beliau juga perlu realistik sama ada dia boleh mempengaruhi kebuntuan arah yang dialami PKR dan sekutu parti itu kerana wujudnya beberapa halangan yang berstruktur.
Dengan landskap politik sebegitu, katanya, dia berasa perlu membuat pertimbangan dengan penuh teliti bagi memastikan keputusan itu nanti membawa manfaat.
Hal itu kerana tambah Rafizi tenaganya juga boleh digunakan untuk membangunkan negara melalui cara lain.
“Saya tidak pernah berminat dengan jawatan awam. Apabila saya mahu melakukan sesuatu, saya mahu melakukan kerja yang baik.
“Jika secara realistiknya saya tahu ada isu struktur yang kesan akhirnya boleh diabaikan berbanding membuat perbezaan dalam cara lain untuk membina negara, itu adalah sesuatu yang saya perlu pertimbangkan dengan teliti,” katanya.
Menurut Rafizi sepanjang tempoh 10 tahun memberikan komitmen kepada politik – di antara 2009 hingga 2019 – dia mengorbankan kerjaya yang baik, membelanjakan berjuta-juta wang simpanannya dan hampir dipenjara untuk tempoh yang lama.
Walaupun tidak menyesali tindakan itu kerana yakin ia membawa perubahan kepada negara, kini Rafizi berasa, suasana politik sudah banyak berubah, khususnya berkaitan hal-hal dalaman PKR dan Pakatan Harapan.
“Untuk membuat komitmen pada waktu ini bermakna saya perlu kehilangan segala-galanya sekali lagi dan mempertaruhkan segala-galanya semua ketika saya sendiri tak pasti sama ada wujud kesediaan dalam kalangan elit PKR dan sekutunya untuk hidup dengan pendekatan dan intensiti kempen saya yang dirasakan ramai golongan elit sebagai mungkin mengancam status quo mereka.
“Lebih mudah bagi ahli politik lain (untuk mempertimbangkan untuk menyertai semula politik) kerana mereka akan diberi ganjaran.
“Pertimbangan itu sedikit berbeza untuk saya,” tambah Rafizi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/berdasarkan-sumber-diyakini-rafizi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naib Presiden Tidur Rafizi Bingkas Jawab Pkr

Naib Presiden Tidur Rafizi Bingkas Jawab Pkr

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 195 hits
Rafizi menjelaskan beliau telah menyerahkan surat penarikan diri dan peletakan jawatan dalam PKR kepada Anwar 2 Oktober 2019 Gambar kecil Rafizi SHAH ALAM Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli menafikan dakwaan beliau tidak...
Saifuddin Rafizi Farhash Expected Tussle For Pkr No 2 Post Sources

Saifuddin Rafizi Farhash Expected Tussle For Pkr No 2 Post Sources

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 214 hits
The PKR party election that is set to take place in April is expecting to see a three cornered fight for the deputy president role said party sources According to sources from the PKR leadership the competition is heated between secretary g...
Selamat Kembali Rafizi Semoga Memberi Lebih Manfaat Kepada Parti

Selamat Kembali Rafizi Semoga Memberi Lebih Manfaat Kepada Parti

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 154 hits
Welcome tapi tak maksud saya suka dia bekas setpol Anwar komen Rafizi kembali aktif February 17 2022 Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ketika ditanya berkaitan sikapnya terhadap Rafizi Ramli menganggap ia amat sensitif untuk dijawab PETAL...
Rafizi Dan Nurul Akan Kembali Aktif Di Barisan Hadapan

Rafizi Dan Nurul Akan Kembali Aktif Di Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 175 hits
NORMAN RADZUANJika benarlah Rafizi dan Nurul Izzah akn aktif kembaliIA BERITA BAIK MENGAPA PERLU DIHINA Saya terpaksa menulis mengenainya kerana saya berasa sedih apabila di saat parti hendak berlawan dgn lawan iaitu BN PN Pejuang dan Waris...
Pkr Tak Semudah Itu Untuk Menerima Kembali Masuk Pun Tak Halang Nak Keluar Lebaih Baik Cepat Cepat

Pkr Tak Semudah Itu Untuk Menerima Kembali Masuk Pun Tak Halang Nak Keluar Lebaih Baik Cepat Cepat

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 199 hits
AHMAD SHAHRIL SHAHRILPkr ada dlm hati dia sorry la pkr dah takde hati kat dia bayor jea la saman tu
Harapan Allies Say No Issue With Rafizi S Pkr Comeback

Harapan Allies Say No Issue With Rafizi S Pkr Comeback

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 181 hits
Pakatan Harapan allies have indicated that they have no issue with PKR vice president Rafizi Ramli returning to active politics and possibly contesting in the upcoming party polls in April This was after Rafizi said he was weighing his opti...
Jiwa Saya Bukan Lagi Dalam Politik Kata Rafizi Di Sebalik Desakan Mahu Beliau Kembali

Jiwa Saya Bukan Lagi Dalam Politik Kata Rafizi Di Sebalik Desakan Mahu Beliau Kembali

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 162 hits
Penyokong Rafizi Ramli dilaporkan mahu beliau kembali aktif di arena politik terutama ketika PKR bersiap menghadapi pilihan raya umum ke 15 PETALING JAYA Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengakui agak keberatan untuk terjun semula ke gelangga...
Pkr Confirms Napsiah For Kempas Not Ceding Larkin To Muda

Pkr Confirms Napsiah For Kempas Not Ceding Larkin To Muda

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 188 hits
JOHOR POLLS PKR has confirmed that Johor women s chief Napsiah Khamis will be contesting in the state seat of Kempas during its unveiling of the party s candidates for southern Johor today Napsiah had gone on a after Amanah surrendered the ...
Pkr Sahkan Napsiah Tanding Di Kempas Muda Terlepas Larkin

Pkr Sahkan Napsiah Tanding Di Kempas Muda Terlepas Larkin

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 170 hits
PKR sahkan Napsiah tanding di Kempas Muda terlepas Larkin PKR mengesahkan Ketua Wanita PKR Johor Napsiah Khamis akan bertanding di kerusi DUN Kempas semasa majlis pelancaran calon parti itu untuk selatan Johor hari ini Napsiah mengkritik se...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord