Jiwa Saya Bukan Lagi Dalam Politik Kata Rafizi Di Sebalik Desakan Mahu Beliau Kembali


 
Penyokong Rafizi Ramli dilaporkan mahu beliau kembali aktif di arena politik terutama ketika PKR bersiap menghadapi pilihan raya umum ke-15.PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengakui agak keberatan untuk “terjun” semula ke gelanggang politik dengan berkata jiwanya bukan lagi dalam bidang itu.
Bagaimanapun, Rafizi memaklumkan terdapat desakan daripada akar umbi PKR yang mahu beliau masuk ke gelanggang politik sekali lagi selepas berehat panjang.
“Sebagai manusia biasa, saya tidak boleh lari daripada mendengar gesaan dan pendapat ini, terutama apabila datang daripada sahabat yang lama bersama saya dalam PKR.
“Saya sebenarnya agak keberatan sebab jiwa saya bukan dalam politik,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, penyokong Rafizi dilaporkan mahu beliau kembali aktif di arena politik, terutama ketika PKR bersiap menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau dilihat antara pemimpin berkemungkinan tampil bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menggantikan Mohamed Azmin Ali yang dipecat susulan “Langkah Sheraton” yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.
Dalam pada itu, Rafizi berkata buat masa ini beliau masih mempertimbangkannya dan akan membuat pengumuman kemudian sama ada mahu menyertai semula politik atau sebaliknya.
“Pada satu ketika saya perlu maklumkan sama ada saya memang tidak akan kembali langsung ke arena politik atau menyambut jemputan sahabat akar umbi dalam PKR untuk bertanding jawatan timbalan presiden,” katanya.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan pelbagai pihak termasuk pekerja dan keluarganya sebelum memutuskan untuk menyertai semula politik atau sebaliknya.
Rafizi berkata, matlamatnya sebagai ahli politik sebelum ini sudah tercapai sebaik pertukaran kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Katanya, hasil perubahan pada 2018, tidak ada parti yang boleh sombong mendabik dada dan angkuh dengan rakyat kerana mereka tahu akan “dihukum” melalui peti undi.
“Bagi saya, misi itu sudah dicapai pada 2018 dan saya ada peranan ke arah itu. Jadi, matlamat peribadi saya sebagai bekas orang politik telah tercapai,” katanya.
Pada Disember 2019, Rafizi mengumumkan “bersara” daripada politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.
Beliau sebelum itu dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Nov 2019 daripada sabitan dan hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC). - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/jiwa-saya-bukan-lagi-dalam-politik-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Istikharah Dulu Kata Rafizi Bila Diminta Aktif Politik Semula

Kena Istikharah Dulu Kata Rafizi Bila Diminta Aktif Politik Semula

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 268 hits
MALAYSIA DATELINEBekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau akan membuat solat istikhrah terlebih dahulu setelah digesa sesetengah pihak supaya beliau aktif semula dalam politik Menjawab ciapan reformis Rafizi menjelaskan beliau...
Rafizi Jiwa Saya Bukan Lagi Dalam Politik

Rafizi Jiwa Saya Bukan Lagi Dalam Politik

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 161 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Naib Presiden PKR Rafizi Ramli agak keberatan untuk terjun semula ke gelanggang politik dengan berkata jiwanya bukan lagi dalam bidang itu Bagaimanapun Rafizi memaklumkan terdapat desakan daripada akar umbi PKR ya...
Selebritis Terkenal Indonesia Kata Modal Politik Anwar Integriti

Selebritis Terkenal Indonesia Kata Modal Politik Anwar Integriti

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 174 hits
Artis terkenal Indonesia Ahmad Dhani yang pernah dipenjarakan kerana tuduhan menyebar mesej kebencian berkata beliau berminat untuk berkecimpung di dalam politik namun tidak punya modal Justeru katanya beliau harus ke penjara dahulu untuk m...
Seranglah Najib At Your Own Risk Kata Pakar Politik

Seranglah Najib At Your Own Risk Kata Pakar Politik

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 233 hits
Oleh Sirajuddin AhmadJika kita hendak pakir kereta di satu tempat ada papan tanda tertera kenyataan Park at your own risk bermakna kita boleh parkir kenderaan di situ tetapi apa apa terjadi kepada kenderaan kita ada lah tanggungjawap kita t...
Mujahid Alu Alukan Rafizi Aktif Semula Dalam Politik

Mujahid Alu Alukan Rafizi Aktif Semula Dalam Politik

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 143 hits
February 19 2022 Di sebalik tanggapannya bahawa ada pihak yang akan tidak senang dengan kemunculan semula dalam politik Amanah bahkan mengalu alukan Rafizi Ramli untuk berbuat demikian Naib Presiden Amanah Dr Mujahid Yusof Rawa berkata siap...
Rafizi Dan Nurul Akan Kembali Aktif Di Barisan Hadapan

Rafizi Dan Nurul Akan Kembali Aktif Di Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 145 hits
NORMAN RADZUANJika benarlah Rafizi dan Nurul Izzah akn aktif kembaliIA BERITA BAIK MENGAPA PERLU DIHINA Saya terpaksa menulis mengenainya kerana saya berasa sedih apabila di saat parti hendak berlawan dgn lawan iaitu BN PN Pejuang dan Waris...
Selamat Kembali Rafizi Semoga Memberi Lebih Manfaat Kepada Parti

Selamat Kembali Rafizi Semoga Memberi Lebih Manfaat Kepada Parti

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 115 hits
Welcome tapi tak maksud saya suka dia bekas setpol Anwar komen Rafizi kembali aktif February 17 2022 Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ketika ditanya berkaitan sikapnya terhadap Rafizi Ramli menganggap ia amat sensitif untuk dijawab PETAL...
Berdasarkan Sumber Diyakini Rafizi Berkemungkinan Akan Kembali Membantu Pkr Menjelang Pru Ke 15

Berdasarkan Sumber Diyakini Rafizi Berkemungkinan Akan Kembali Membantu Pkr Menjelang Pru Ke 15

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 127 hits
February 16 2022 Ketika pemilihan parti semakin menghampiri gesaan agar Rafizi Ramli kembali aktif dalam politik dan menawarkan diri untuk bertanding kedengaran semakin kuat Untuk rekod PKR akan mengadakan pemilihan pada April tahun ini Seb...
Hanya 1 Cara Halang Kluster Mahkamah Kembali Berkuasa Kalahkan Bn Di Johor Kata Muhyiddin

Hanya 1 Cara Halang Kluster Mahkamah Kembali Berkuasa Kalahkan Bn Di Johor Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 172 hits
freemalaysiatoday com February 11 2022 4 35 PMBekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata satu cara untuk menghalang kluster mahkamah kembali berkuasa adalah dengan mengalahkan Barisan Nasional pada PRN Johor PETALING JAYA Bekas Perdana ...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku