Bercuti Di Pulau Tuba Kedah




Saya sering bercuti ke Pulau Langkawi namun tidak pernah menjejakkan kaki ke Pulau Tuba yang berjarak sekitar 10 minit menaiki bot dari jetty di Bandar Kuah. Kali ini saya dan dua teman bercuti di pulau nelayan ini selama tiga hari dua malam dan menginap di Tuba Beach Resort. Kami menaiki bot dari Jetty Pekan Rabu, Kuah pada jam 13:00 petang dan turun di Jetty Selat Lubuk Cempadak. 

Terdapat banyak jetty di Pulau Tuba dan kita boleh bertanya penduduk tempatan jetty mana yang sesuai kita  berlabuh dan berhampiran tempat penginapan yang kita tempah. Selain Jetty Pekan Rabu kita juga boleh ke Pulau Tuba dari Jetty Dato Syed Omar di Kuah dan bot dari dua jetty ini singgah di Pulau Tuba di jetty yang berbeza, jadi bertanyalah dari orang tempatan bot mana yang sesuai kita naik. Jadual bot dari Pulau Langkawi ke Pulau Tuba berlepas tepat masa setiap dua jam bermula jam 09:00 pagi dan berakhir jam 19:00 malam setiap hari begitu juga masa dari Pulau Tuba ke Pulau Langkawi. Namun jika kita tersalah pilih jetty semasa mendarat di Pulau Tuba, tiada masalah kerana di jetty terdapat banyak  motosikal untuk disewa dan saiz Pulau Tuba tidak begitu besar. Setibanya kami di Jetty Selat Cempedak kami menaiki van yang telah kami hubungi untuk ke Tuba Beach Resort. 


Petang itu kami bersiar di kawasan resort, pantai dan berjalan ke hujung jetty. Jetty simen yang dibina ini menganjur jauh hingga ke tengah laut disebabkan pantainya yang cetek. Di waktu petang ramai penduduk kampung memancing di jetty ini sambil berehat. Malam itu pemilik resort menjemput kami menyertai majlis hari jadi anaknya





Hari kedua kami menyewa motosikal dan mengambil seorang guide untuk memandu kami menerokai Pulau Tuba. Rencana pertama kami mendaki Bukit Batu Licin. Bukit ini mempunyai keistimewaan tersendiri bila mendaki melalui jalur yang dihiasi akar-akar yang melingkar-lingkar sehingga ada yang menyerupai  pintu gerbang. Dari atas puncak Bukit Batu Licin kami melihat pemandangan Pulau Dayang Bunting, Selat Bagan Nyior yang memisahkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting, jambatan simen yang mengikat Pulau Tuba dan saudaranya Pulau Dayang Bunting, jetty, Chalet Bestuba yang terapong di Selat Bagan Nyior, Noba Resort, mukim dan perkampungan Pulau Dayang Bunting. Menurut guide, Tasik Dayang Bunting tidak dapat dilihat dari atas Bukit Batu Licin kerana kedudukannya di sebelah sana pulau terlindung oleh bukit-bukit di Pulau Dayang Bunting



Setelah turun kami dibawa ke Pulau Dayang Bunting dan menyeberangi jambatan simen yang kami lihat tadi. Kami bersiar di perkampungan Pulau Dayang Bunting sehingga ke Air Terjun Selat Bagan Nyior. Kami mandi manda di air terjun ini dan kemudian meneruskan penerokaan Pulau Tuba



Seterusnya kami ke Gua Wang Buluh. Laluan ke Gua Wang Buluh agak jauh. Setibanya di kaki gua, kami memakir motosikal dan mula mendaki anak-anak tangga dan pelantar kayu yang telah dibina untuk ke gua ini. Pelantar kayu ke gua ini ada yang telah reput kerana jarang dilalui dan diselenggara disebabkan wabak covit yang melanda dunia. Kami mendaki sehingga sampai di sebuah wakaf rehat. Di sini terdapat dua persimpangan, ke kiri untuk melihat  pemandangan hutan dan dinding batu gua dan kami meneruskan pendakian menyusuri jalur kanan yang menghala ke Gua Wang Buluh. Sampai di pintu gua, kami disambut dengan hiasan sekawan kelawar bergantungan di dinding dan siling gua. Kawasan Gua Wang Buluh tidak sebesar mana namun batu-batu di dalamnya bersinar cantik. Di hujung muka gua terdapat "batu berdoa" yang bila dipandang dari sudut tertentu ia kelihatan seperti orang berdiri yang sedang menadah tangan berdoa. 


Selesai melawat Gua Wang Buluh kami pulang ke resort untuk berehat. Di sebelah petangnya pula kami dibawa bersiar di kawasan perkampungan Pulau Tuba dan melawat Desa Keda yang telah diwarnai dengan cat berbagai warna di setiap rumah. Desa Keda telah siap sedia menerima tetamu dan menjadi salah satu tempat lawatan istimewa Pulau Tuba bila wabak covit menghancuran percaturan pelancongan pulau ini. Di kampung ini juga terdapat bengkel kraf tangan dan kami singgah sebentar di bengkel keropok lekor




Kemudian kami ke Pulau Dayang Bunting lagi, melawat Noba Resort yang kami lihat dari puncak Batu Licin. Di resort ini terdapat sebuah bot tersadai yang dijadikan tempat penginapan dan bot ini juga menjadi spot berphoto para pelancong. Kami akhiri lawatan hari ini bersantai di Pantai Tanjung Pandan, menikmati mie udang dan ketam. 



Keesokkan harinya kami berangkat ke Pulau Langkawi dari Jetty Teluk Bujur yang merupakan jetty utama Pulau Tuba pada jam 11:00 pagi dan berlabuh di Jetty Dato' Syed Omar Kuah, Pulau Langkawi


Nota:Van dari jetty ke resort: Ghani 011 10721664Guide: Aswad 013 7905025Tuba Beach Resort: 0122309201, 01110183454, 0175825324



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2021/12/bercuti-di-pulau-tuba-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Bercuti Di Kedah Amd Resort Kem Perik Kuala Nerang

Tempat Bercuti Di Kedah Amd Resort Kem Perik Kuala Nerang

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 679 hits
Tonton Video Menarik di Jika anda inginkan percutian yang tenang di tepi sungai sambil menikmati keindahan alam anda kena cuba menginap di AMD Resort Camp Perik Kuala Nerang Kedah Dikelilingi dusun durian yang luas serta sangat sesuai untuk...
Mendaki Bukit Batu Licin Di Pulau Tuba

Mendaki Bukit Batu Licin Di Pulau Tuba

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 1026 hits
Terdapat banyak tempat hiking yang telah popular dan sedang dirintis untuk diperkenalkan kepada pengunjung pulau nelayan ini Saya dan dua orang teman bercuti di Pulau Tuba dan bermalam di Tuba Beach Resort Kami merancang mendaki ke Bukit Ba...
7 Perkara Menarik Di Pulau Tuba

7 Perkara Menarik Di Pulau Tuba

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 414 hits
Pulau nelayan yang semakin popular dan menjadi pilihan kedua selain Pulau Langkawi ini dikunjungi dari jetty di Bandar Kuah melalui bot sekitar 10 hingga 20 minit perjalanan dengan tambang Rm5 00 sehala Terdapat banyak chalet dan resort pen...
Hiburan Ingin Bercuti Di Pulau Pinang Ini 5 Destinasi Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi

Hiburan Ingin Bercuti Di Pulau Pinang Ini 5 Destinasi Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 432 hits
Pulau Pinang menjadi salah satu destinasi utama pelancongan domestik pada musim cuti ini kerana ramai orang yang masih risau untuk melancong ke luar negara lebih lebih lagi dengan kemunculan varian baharu virus Covid 19 6 jam laluBerkabus D...
Fasilitas Pengelolaan Limbah Pertama Di Pulau Sumatera Diresmikan Erick Thohir

Fasilitas Pengelolaan Limbah Pertama Di Pulau Sumatera Diresmikan Erick Thohir

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 235 hits
Peresmian yang dilakukan oleh Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir ini adalah Fasilitas Pengelolaan Limbah Terpadu FPLT di Kawasan Industri Medan milik ADHI
Harga Sayur Naik 8 Notis Dikeluarkan Kepada Peniaga Pulau Pinang

Harga Sayur Naik 8 Notis Dikeluarkan Kepada Peniaga Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 318 hits
Oleh KHUZAIRI ISMAIL PPDNHEP Pulau Pinang mengeluarkan lapan notis kepada pengimport pengeksport dan pemborong sayur sejak Rabu lalu sehingga semalam untuk memberikan maklumat berkenaan kenaikan harga barang tersebut GEORGETOWN Pejabat Perd...
Trip Percutian Ke Pulau Kapas 2021

Trip Percutian Ke Pulau Kapas 2021

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 367 hits
Trip Percutian ke Pulau Kapas pergi dan balik hari Alang alang kami bercuti ke Terengganu kami usahakan juga untuk menakluki Pulau Kapas Jadi barulah cuti lebih bermakna Ini bot yang membawa kami dari Jeti Marang ke Pulau Kapas Trip paling ...
Kedah Declares Jan 18 Next Year As Occasional Holiday For Thaipusam

Kedah Declares Jan 18 Next Year As Occasional Holiday For Thaipusam

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 196 hits
The Kedah government has declared Jan 18 next year as an occasional holiday in conjunction with Thaipusam Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor said the matter was approved at the state exco meeting today The occasional holiday is not given ...
Santai Santai Minum Kopi Dan Western Food Di Bricklin Cafe Bar Jalan Gurdwara George Town Pulau Pinang

Santai Santai Minum Kopi Dan Western Food Di Bricklin Cafe Bar Jalan Gurdwara George Town Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 294 hits
Bricklin Cafe BarBricklin Cafe BarPeminat kopi boleh la nak terjah di Bricklin Cafe Bar ni yang terletak di Jalan Gurdwara George Town Pulau Pinang Cafe ni buka dari jam 9 pagi hingga jam 7 malam pada setiap hari kecuali hari Selasa Cafe ni...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco