Bercuti Di Melaka 3 Hari 2 Malam Dengan Emak


Bercuti di Melaka, 3 Hari 2 Malam Dengan EmakMinggu lepas habiskan masa berkualiti hujung minggu teman emak bercuti di Melaka selama 3 hari 2 malam. Minggu pertama cuti sekolah bermula dan Isnin tu cuti umum Hari Keputeraan Agong. 
Seperti yang dijangka, Melaka memang sesak dengan kenderaan dan semua tempat penuh dengan orang ramai. 
Melaka ni kalau tak cuti sekolah atau cuti umum pun masih tetap dengan kesesakan lalu lintas dan jarang tempat tumpuan pelancong ni sunyi. 
Walaupun dah kerap sangat ke Melaka sebab balik rumah mentua, tetapi memandangkan permintaan adik nak bawa emak bercuti jadi kami turutkan. 
Aku pegang konsep selagi ada nyawa, ada rezeki Allah aturkan InshaAllah kita cuba sampai dapat untuk tunaikan. 
Mana tahu siapa mati dulu kan? Esok lusa bila dah tiada, kenangan manis sajalah akan jadi bekalan hingga hujung nyawa. 




Itinerary Bercuti Di Melaka 3 Hari 2 MalamBerbalik kepada cerita bercuti bersama emak, aku dapat simpulkan yang emak bahagia dan gembira sepanjang berada di Melaka. Terbukti apabila emak tak mengeluh bosan. 
Seperti biasa aku ditugaskan untuk rancang itinerary Melaka 3 Hari 2 Malam. Tema percutian kali ni adalah santai bersama warga emas. 
Ini semua idea adik bongsu. Dia yang bertanggungjawab bawa emak dari KL dan kemudian check in Hotel bersama anak buah. 
Memang aktiviti dan tempat kami pilih sesuai untuk emak yang sudah memasuki usia warga emas. Nak pilih tempat menarik di Melaka pun kena fikir banyak kali sesuai dengan kesanggupan meredah kesesakan jalan raya. 
Kami bertolak pagi Sabtu dan sampai menjelang waktu makan tengahari. Destinasi pertama kami tuju adalah Rumah Asam pedas Melaka. 
Pilihan yang tepat sebab masih tak ramai orang waktu kami makan. Jadi dapatlah makan dengan aman dan tidaklah terkejar-kejar. Jalan di lebuh raya dah mula sesak waktu tu. 
Suka makan di Rumah Asam pedas Melaka sebab makanan dekat sana dimasak on the spot dan rasa masakan kena dengan selera kami. 
Boleh cuba juga asam pedas antara yang sedap di Melaka Restoran Berkat Salam




Mencari Dodol Cair MelakaSelesai makan kami teruskan perjalanan mencari dodol cair. Tempat kami selalu singgah beli dodol dan barangan kraf Melaka adalah di Simpang Ampat. 
Kalau perasan sepanjang jalan tak jauh dari Tol Simpang Empat banyak gerai tepi jalan dibuka yang menjual dodol serta makanan tradisi Melaka. 
Selain dodol, Melaka juga terkenal dengan Kuih Bakar yang diangkat sebagai kuih tradisional rasmi Melaka. 
Tempat kesukaan kami adalah gerai sebelum stesen Petronas. Tempat tu meriah dengan barang-barang, banyak pilihan termasuklah gerai menjual Mango Float, dodol, dan barangan kraf. 
Paling penting rasa selamat sebab ada tempat untuk berhentikan kereta. Emak berjaya beli beg tangan anyaman, dodol, serta makanan tradisional Melaka. 
Waktu kami berhenti membeli belah tu cuaca memang tersangat panas. Rasa seperti matahari hanya beberapa jengkal dari kepala. 
Ikutkan rancangan asal kami nak ke Pantai Klebang untuk melihat keindahan laut, tetapi kami batalkan di saat akhir. Adik bawa emak terus ke hotel dan kemudian makan malam di kedai berhampiran. 
Aku pula teruskan perjalanan balik ke rumah mentua. Syukur sangat semua berjalan lancar. Malam tu kami sekeluarga tidur di rumah mentua dan janji berjumpa semula keesokkan harinya. 
Malam tu juga Airis meragam tak sedap badan. Suhu badan tiba-tiba naik. Tak mahu ambil risiko kami bawa dia ke klinik. 
Doktor kata ada tonsil di tekak tapi tidak terlalu besar. Selesai rawatan dan berikan dia ubat, akhirnya dia tidur sehingga pagi.  
Hari kedua kami teruskan jalan-jalan ke Masjid Selat. Seperti ada tarikan semulajadi, sejak dari KL lagi aku asyik beritahu suami teringin nak pergi Masjid Selat. 
Pertama kali jejakkan kaki ke Masjid Selat memang buat aku jatuh cinta dengan kawasan persekitaran masjid yang terjaga rapi. 
Seperti mana-mana masjid di Malaysia, Masjid Selat menerima tetamu tak kira agama, bangsa mahupun jantina dengan syarat berpakaian sopan dan berkelakuan senonoh. 
Cantik sungguh ciptaan Allah. Tenang sangat melihat keindahan alam semulajadi serta masjid terapung di atas air. Jangan lupa singgah Masjid Selat kalau datang Melaka. 





Makan Tengahari Di Malim Ikan Bakar MITC MelakaPlan asalnya nak makan dessert Cendol Kampung Hulu tapi ramai sangat orang. Jadi kami menuju restoran Malim Ikan Bakar MITC Melaka untuk makan tengahari. 
Selalu makan dekat Malim Ikan Bakar sebab pilihan lauk kampung dia banyak dan walaupun ramai orang tapi meja kosong InshaAllah ada dan tak perlu tunggu lama. 
Antara lauk yang menjadi hidangan kami hari tu gulai siput sedut, ikan pari bakar, gulai rebung,  sotong masak rempah, udang goreng tepung, ayam goreng, ulam dan cendawan goreng. 
Selepas makan perjalanan diteruskan balik ke rumah mentua. Emak teringin jumpa besan memandangkan dah sampai Melaka. 
Begitulah kalau nak jaga hubungan silaturrahim. Tak manis emak kata dah sampai tak tunjuk muka. Kita layankan sajalah. 
Petang tu sempat singgah minum petang di Restoran Mochee Dimsum. Sebaris dengan Mochee Dimsum ialah Kedai makan Asam Pedas Pak Man. 
Kedai dia penuh dengan pelanggan. Sehingga hari ini aku belum pernah cuba lagi asam pedas dekat sini. Mana-mana kedai yang aku masuk dekat kaunter mesti ada pes Asam Pedas Pak Man. Tak kira gerai buah, gerai jual barang kraf mahupun kedai makan.  
Kalau ikutkan percutian kali ni memang sangat santai dan banyak kenangan tercipta waktu kami makan. Nak buat aktiviti lain risau terlalu lasak dan tak kena dengan kudrat emak. 
Syukur semua mudah. Lepas penat berjalan kami ambil keputusan untuk check in hotel R dan rehatkan diri. Malam tu keluar mencari makan malam. 
Sebelum ni kami pernah menginap di Hotel The Straits Hotel And Suites Melaka
Esok hari selepas selesai urusan check out terus ke pantai Klebang penuhi permintaan anak-anak. Teringin nak main pasir katanya. 
Pantai Klebang seperti biasa panas sangat dan penuh dengan pengunjung yang nak naik kuda, main ATV, main layang-layang, dan berkelah. 
Pantai bersih dan kemudahan terjaga. Pukul 2 petang baru kami gerak balik ke rumah. Lebuhraya memang seperti dijangka sesak dan sekitar 6.30 petang kami selamat sampai rumah.  




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/06/bercuti-di-melaka-3-hari-2-malam-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Lokasi Pasar Malam Mengikut Hari Di Pulau Pinang

Senarai Lokasi Pasar Malam Mengikut Hari Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 416 hits
Aku dapat info ni dari group WhatsApp Orang yang forward message listkan senarai pasar malam yang terdapat di Pulau Pinang ni Bila aku check balik secara rawak pasar malam yang aku pernah pergi memang ada dan tetap mengikut hari So korang p...
Travelog Penang Perak Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam

Travelog Penang Perak Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 233 hits
Travelog Penang Perak Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Alhamdulillah niat nak bawa anak anak jauh sikit tercapai tahun ni Lama jugak dok plan nak bawa anak anak ni berjalan Kalau tak asyik balik Melaka dengan Kota Tinggi je Jadi ada rezek...
Masak Mi Segera Untuk Sarapan Makan Tengah Hari Amp Malam Isteri Akhirnya Diceraikan Suami

Masak Mi Segera Untuk Sarapan Makan Tengah Hari Amp Malam Isteri Akhirnya Diceraikan Suami

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 200 hits
GARA gara makanan sebuah mahligai runtuh di tengah jalan Itu kejadian yang berlaku di New Delhi India apabila seorang lelaki tergamak untuk berpisah dengan isterinya yang didakwa hanya pandai memasak mi segera untuk dijamah Kejadian itu did...
Bercuti Di Mersing Johor Hari Pertama

Bercuti Di Mersing Johor Hari Pertama

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 187 hits
Sementara anak anak tengah cuti ni Kita bawa la anak anak bercuti untuk cari pengalaman dan jalan jalan ke tempat orang Asyik duduk rumah main handphone tengok TV dan bergaduh Bawa la berjalan jalan sikit Tapi percutian kami percutian bajet...
Seronok Bercuti Di Taman Buaya Melaka Ayer Keroh

Seronok Bercuti Di Taman Buaya Melaka Ayer Keroh

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 490 hits
Tak tahu nak bawak anak anak ke mana masa cuti sekolah Recommended anda bawa mereka ke Taman Buaya Melaka di Ayer Keroh Melaka Tak jauh dari toll exit Ayer Keroh jadi tak perlu nak hadap jem di bandar Melaka jika anda tiada plan nak masuk k...
Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 3

Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 3

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 162 hits
Rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya Sejak itu Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak me...
Hari Lingkungan Hidup Internasional Bri Perkuat Komitmen Atasi Perubahan Iklim

Hari Lingkungan Hidup Internasional Bri Perkuat Komitmen Atasi Perubahan Iklim

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 138 hits
Direktur Kepatuhan BRI Ahmad Solichin Lutfiyanto mengungkapkan komitmen tersebut juga sejalan dengan implementasi Environmental Social dan Governance atau ESG
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba