Bercuti Dengan Anak Anak Biar Enjoy Jangan Paksa Anak Buat Itu Ini


Musim cuti sekolah ini, bawalah anak-anak bercuti bersama-sama untuk mencipta bonding dan kenangan ketika anak membesar. Semua ini bukan sahaja memberi keseronokkan bahkan anak-anak boleh belajar sesuatu dari percutian itu.

Pun begitu jangan biarkan anak merasa tertekan dengan setiap perjalanan yang kita cipta. Mengapa? Ikuti perkongsian lanjut dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini dan apa perlu mak ayah buat untuk menjadikan percutian lebih happening dan bermakna.
Ibu bapa tahu tak, bawa anak-anak pergi bercuti, bukan semestinya akan menguatkan “bonding” antara kita dan anak-anak
Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak
Tidak semestinya. Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak

 
Tidak semestinya. Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stress, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.
Contoh bercuti yang tidak merapatkan hati ahli keluarga.
Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.
Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.
Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.
Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.
Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.
Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.

Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.
Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibubapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.
Jadi bagaimana cara yang betul untuk bonding dengan anak-anak?

 
Nak bina “bonding”, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibubapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan semulajadi adalah:
■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)
■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)
■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)
■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.
■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.
■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb.
■ Membaca buku cerita yang menarik dan menjawab soalan mereka tentang cerita berkenaan. Kemudian bertanya apa mereka faham tentang cerita itu.
Dan banyak lagi. Di rumah, sedang bercuti, atau di mana-mana sekalipun, pastikan akan ada aktiviti ini. Barulah “bonding” yang sihat akan terbentuk.
Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Bercuti Dengan Anak-Anak Biar Enjoy, Jangan Paksa Anak Buat Itu & Ini! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bercuti-dengan-anak-anak-biar-enjoy-jangan-paksa-anak-buat-itu-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sepatutnya Anak Beranak Atau Menteri Jangan Langsung Terlibat Dalam Apa Apa Tander Ianya Menjadi Bebanan Pada Kerajaan

Sepatutnya Anak Beranak Atau Menteri Jangan Langsung Terlibat Dalam Apa Apa Tander Ianya Menjadi Bebanan Pada Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 171 hits
RESPON ANWAR MENGECEWAKAN MENGHAMPAKAN DAN TIDAK MENAMBAH KEYAKINAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN Berikut adalah respon Perdana Menteri berhubung itu kontrak pengangkutan daripada kerajaan negeri Selangor yang diperolehi oleh syarikat milik suami ...
Anak Suka Main Ugut Ugut Ibu Ayah Nak Pujuk Atau Biar Saja

Anak Suka Main Ugut Ugut Ibu Ayah Nak Pujuk Atau Biar Saja

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 219 hits
Anak suka main ugut ugut ibu ayah nak pujuk atau biar saja Dilema seperti ini sering berlaku pada ibu bapa walaupun anak masih di usia kecil Sebagai contoh Kalau mama tak sayang saya kalau mama tak beli mainan saya lari keluar biar kereta t...
Jangan Fitnah Kerana Itu Amat Tidak Baik

Jangan Fitnah Kerana Itu Amat Tidak Baik

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 374 hits
Abu Mishkat Perbuatan wanita Islam mengurut lelaki bukan mahram adalah haram tanpa ragu tiada khilaf ulama Tetapi mengaitkannya sebagai agenda kerajaan Madani adalah satu fitnah dan tuduhan sangat tidak berasas Membuat fitnah tanpa asas buk...
Jaksa Cecar Dirjen Kementan Awal Kenal Dekat Anak Cucu Syl Kok Bisa Tahu Sedetil Itu

Jaksa Cecar Dirjen Kementan Awal Kenal Dekat Anak Cucu Syl Kok Bisa Tahu Sedetil Itu

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 180 hits
Mulanya Jaksa KPK ingin mengkonfirmasi bagaimana Andi dapat mengetahui nama nama keluarga SYL mulai dari anak hingga cucu
Ibu Bapa Jangan Takut Takutkan Anak Dengan Hantu Kesannya Anak Jadi Penakut Tinggalkan Parut Psikologi

Ibu Bapa Jangan Takut Takutkan Anak Dengan Hantu Kesannya Anak Jadi Penakut Tinggalkan Parut Psikologi

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 208 hits
Ibu bapa jangan anak dengan hantu kesannya anak jadi boleh tinggalkan parut psikologi Kenapa masih ada yang masih menakutkan anak anak mereka dengan ada hantu semata mata untuk memudahkan urusan kekeluargaan Ibu Bapa Jangan Takut takutkan A...
Perlu Jadi Contoh Pada Adik Adik Emosi Terabai Jangan Beri Tekanan Pada Anak Sulung

Perlu Jadi Contoh Pada Adik Adik Emosi Terabai Jangan Beri Tekanan Pada Anak Sulung

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 333 hits
Lumrah dalam kehidupan anak sulung terpaksa beralah dalam segala hal malah lebih mudah berasa tersisih dan cemburu apabila menerima kehadiran adik beradik yang lain Hal ini kerana ibu bapa akan memberi perhatian yang lebih kepada anak anak ...
Tak Perlu Asyik Nak Suap Anak Makan Biar Anak Explore Gunakan Kaedah Baby Led Weaning

Tak Perlu Asyik Nak Suap Anak Makan Biar Anak Explore Gunakan Kaedah Baby Led Weaning

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 346 hits
Sudah terbiasa bagi kita untuk menyuapkan anak setiap kali makan Apa kata sesekali kita biasakan anak untuk makan sendiri Berikan bayi kecil kita sepenuhnya kepercayaan Salah satu cara yang mama wajib cuba adalah menggunakan kaedah Baby Led...
Anak Lelaki Sedegil Sekeras Mana Pun Mereka Mak Ayah Tegurlah Cara Lembut Biar Tembus Ke Hati

Anak Lelaki Sedegil Sekeras Mana Pun Mereka Mak Ayah Tegurlah Cara Lembut Biar Tembus Ke Hati

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 229 hits
sedegil dan sekeras mana pun mereka mak ayah tegurlah cara lembut biar tembus ke hati Selalunya kalau anak buat hal terus mak ayah tinggikan suara Maklumlah kalau lembut lembut tak makan saman mesti akan buat lagi Itulah yang selalu dalam f...
Pu Riz Kongsi Momen Bercuti Bersama Anak Isteri Bawa Anak Kecil Travel Memang Mencabar

Pu Riz Kongsi Momen Bercuti Bersama Anak Isteri Bawa Anak Kecil Travel Memang Mencabar

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 227 hits
kongsi momen bersama anak dan isteri bawa anak kecil travel memang mencabar Membawa anak kecil bercuti ke luar negara boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan tetapi juga mencabar PU Riz Kongsi Momen Bercuti Bersama Anak Isteri Perancang...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies