Bercuti Dan Menginap 3 Hari 2 Malam Di Gbw Hotel Johor Bahru


Bercuti Dan Menginap 3 Hari 2 Malam Di GBW Hotel Johor Bahru | Assalamualaikum semua.. Weehuuuu, ke Johor lagi bulan ni. Tengok tajuk kemain bercuti kannnn tapi sebenarnya idok la bercuti sangat pun. Ada misi yang perlu diselesaikan tapi dalam masa yang sama nak rehatkan minda sambil golek-golek atas katil hotel. Ahakkk kemain kan.  Ha, meh sini sis kongsikan pengalaman sis bercuti dan menginap selama 3 hari 2 malam bersama kawan-kawan di GBW Hotel Johor Bahru yang dulu dikenali sebagai Grand BlueWave Hotel Johor Bahru.


Perjalanan kami bermula pada pukul 10.30 pagi. Agak lewat kan tapi kami tak rushing sangat jadi just relax-relax je. Macam biasa sis la drivernya tapi sis tak kisah pun sebab sis memang suka drive. Perjalanan kami ambil masa 8 jam juga nak sampai ke Johor Bahru sebab jalan agak jem. Lagipun Isnin tu cuti sempena Maulidur Rasul kan. Jadi ramai la yang nak balik kampung. Tu yang jem tuuu.


Sampai je di GBW Hotel terus kami makan dulu. Laparrrr beb.. Nasib baik dinner ada disediakan di sini iaitu di Restoran D'Mezzanine. Dinner kami malam ni adalah Super Value Western Set dan untuk berkongsi rasa masing-masing pilih menu yang berbeza. Ha, orang kata sharing is caring kannn. Tapi mujur la pilih menu yang berbeza sebab setiap portion dia memang besar-besar. Kalau nak tau lebih detail mengenai menu Super Value Western Set yang kami makan boleh klik link di bawah ni 👇

Bila dah habis je makan, terus masing-masing merangkak cari katil sebab kekenyangan dan keletihan (bab merangkak tu tipu je.. ekekeke). Eh, alamak lupa la yang kami belum Check-In. Waktu check-in GBW Hotel ni biasanya pukul 3pm tapi nasib baik la boleh Check-In lewat. Bila dah settle dapat bilik masing-masing apalagi.. terus kami heret beg masuk bilik


Bila melangkah je masuk ke bilik, perghhhh tergamam beb. Mana taknya, bilik yang kami duduk besar giler. Masa tu sis pandang Kak Min partner tido sis malam ni. Dia sengih-sengih je tengok muka sis sebab yang uruskan booking hotel ni dia. Saje lettew nak surprisekan sis, terus hilang penat sis sebab teruja tengok bilik. Haaaa, korang nak tengok tak rupa bilik sis?? Kalau korang jawab taknak pun sis tetap nak share... Ahakkkk..


Menurut kata Kak Min, bilik yang kami stay di GBW Hotel ni adalah jenis Executive King/Queen Room dengan keluasan 77 sqm. Dalam bilik ni ada 4 bahagian iaitu dapur, ruang tamu + tempat makan + ruang bekerja, bilik tidur dan bilik air. Ha, bilik air tu siap ada bathtub yeeee. Ala, rugi tak bawa bath bomb, kalau tak boleh berendam ala-ala dugong.. eh duyung 😛.. Setiap bahagian pula ada dinding pemisah, dah macam sebiji rumah dah. Memang selesa sangat la. 






Gambar bonus duyung terdampar dalam bathtub 😝
Dari segi kemudahan pun memang lengkap. Sebut je nak apa, semua ada dalam bilik. Eh, jangan la korang sebut yang pelik-pelik memang takde la. Maksud sis kemudahan untuk bilik hotel macam TV (ada 2 TV ye), iron, laundry bag, selipar, bath robe, hair dryer, alatan membuat air (kettle, teh, nescafe, air mineral), sinki (sinki dapur ye bukan sinki toilet), microwave, mini fridge, peti keselamatan, wifi, toiletries dan untuk muslim ada penunjuk kiblat dan juga sejadah








Amacam?? lengkap kan semua kemudahan kat sini. Jujur sis cakap sis tak pernah stay bilik sebesar ni. Almaklum la selalu stay hotel berdua je dengan kawan so memang tak pernah la dapat bilik besor macam ni. View bilik kami pun best sebab bukan setakat nampak Malaysia malah boleh nampak sampai ke Singapura. Lagi sekali rasa rugi tak bawak teropong, tak dapat teropong jodoh.. ehh lagiiii 😛

Bagi sis memang berbaloi sangat la stay kat sini sebab kalau ikutkan harga takde la mahal sangat. Untuk bilik kami ni lebih kurang RM200+ satu malam. Harga ni siap termasuk dengan sarapan untuk 2 orang. Oh ya, untuk breakfast kami makan di D'Mezzanine. Kat sini waktu untuk breakfast adalah dari  6.30am to 10.00am. So, boleh la turun anytime dalam lingkungan masa tu. Sis macam biasa la akan turun dalam pukul 9am gitu sebab biasanya lepas makan sis akan pusing-pusing keliling hotel




Lepas je siap makan terus kami semua tour dalam hotel. Almaklum la kan time kami sampai dah malam. Tak sempat nak tengok rupa hotel ni. So, lepas breakfast dapat la kami tengok sekitar kawasan hotel. Sempat juga tengok kemudahan untuk pelanggan hotel seperti kolam renang, gymnasium dan surau






Masa kat lobi pula sis ternampak satu bunting mengenai 'Free Daily Shuttle Service' untuk ke City Square dan juga Mid Valley. Wah menarik ni.. eh, jap.. ni bukan Mid Valley kat Bangsar tu tau.. jauh bebenor tu, hahahhaha.. ni Mid Valley Southkey kat JB. hehe... 

By the way, GBW Hotel ni juga terletak berhampiran dengan banyak Attraction Places kat Johor Bahru seperti :
✔ Shopping, Office complexes (City Square, JBCC, Galleria @Kotaraya and Mid Valley)✔ CIQ Complex & R&F Shopping Mall – accessible via pedestrian overhead bridge✔ Johor Bahru Cultural Street & Bazaar Karat✔ Grand Palace and Royal Museum✔ Sultan Ibrahim Building✔ Sultan Abu Bakar Mosque✔ Johor Art Gallery✔ Dataran Bandaraya✔ Arulmigu Sri Rajakaliamman Glass Temple✔ Johor Bahru Old Chinese Temple Town Area✔ Istana Bukit Serene Jalan Skudai
So, kalau korang berkenan nak jenjalan kat sekitar Johor Bahru ni boleh la stay di GBW Hotel. Nah sis kongsikan jenis-jenis bilik yang ada di GBW Hotel ni. 
Deluxe Queen Room👉 Saiz: 33.5 meter persegi👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa👉 Dilengkapi dengan perabot seperti bar mini penuh, meja tulis dan katil Queen yang indah

Deluxe Twin Room👉 Saiz: 33.5 meter persegi
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa👉 Ruang tamu yang ideal untuk pengembara, dengan kemudahan seperti meja tulis dan bar mini penuh, bilik ini direka untuk memastikan segala keperluan pelanggan dipenuhi
Studio Twin Room👉 Saiz: 49.97 meter persegi
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa👉 Dengan kemudahan tambahan seperti dapur kecil dan ruang makan

Studio Room Queen👉 Saiz: 49.97 meter persegi
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa👉 Bilik yang luas ini direka bentuk dengan katil bersaiz Queen, tab mandi, dapur kecil dan ruang makan, bilik studio ini juga sesuai untuk keluarga kecil yang mencari keselesaan di rumah

Executive King/Queen Room👉 Saiz: 77 meter persegi
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa👉 Bilik Executive Queen direka khas untuk memastikan tetamu boleh menikmati ruang yang luas dan berfungsi semasa penginapan mereka

Executive Twin Room👉 Saiz: 77 meter persegi
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa👉 Bilik Executive Twin menunjukkan perhatian GBW Hotel terhadap perincian melalui kemudahan unik yang dikhaskan untuk salah satu bilik yang paling luas. Para tetamu akan dapat menikmati kemewahan di dalam bilik yang mempunyai keluasan yang akan menjadikan penginapan mereka lebih istimewa dengan penambahan ruang duduk

Premier Room👉 Saiz: 66.3 meter persegi
👉 Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa👉 Bilik Premier benar-benar peluang untuk berehat mewah. Dilengkapi dengan segala keperluan yang diperlukan oleh pelanggan

Lagi satu kalau untuk penduduk sekitar JB yang nak cari lokasi untuk dewan perkahwinan, kat sini pun ada menyediakan pakej Keraian. Masa sis duduk sini kan cuti Maulidur Rasul, ada 3 majlis kahwin kat sini. Tu belum campur pasangan yang hanya menyewa bilik untuk persiapan sahaja. Masa nak turun lift pun sampai 3 pasangan pengantin kami jumpa. 

Ok la, ni la serba sedikit mengenai pengalaman sis menginap di GBW Hotel Johor Bahru ni. Secara keseluruhan memang puas hati dan kalau ada ke sana lagi pasti akan memilih hotel ni untuk next percutian. Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai GBW Hotel ataupun promosi yang mereka tawarkn boleh layari www.gbwhotel.com.my





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2022/10/menginap-di-gbw-hotel-johor-bahru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian 3 Hari 2 Malam Di Ames Hotel Melaka Cuti Cuti Santai Kami Sekeluarga Di Melaka

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Ames Hotel Melaka Cuti Cuti Santai Kami Sekeluarga Di Melaka

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 299 hits
hai assalammualaikumPercutian 3 Hari 2 Malam di AMES Hotel Melaka Cuti Cuti Santai Kami Sekeluarga Bila anak anak dah seru mommy bila kita nak tidur hotel terus mommy buka website cari hotel mana menarik untuk kami sekeluarga menginap Anak ...
Video Kawan Ameena Mar4h Shakilla Khoriri Kongsi Pengalaman Ser4m Menginap Di Hotel Bersama Anak Perempu N

Video Kawan Ameena Mar4h Shakilla Khoriri Kongsi Pengalaman Ser4m Menginap Di Hotel Bersama Anak Perempu N

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 214 hits
Pada penghujvng tahun lalu pelakon Shakilla Khoriri dan penyampai radio Fizi Ali sah bercer4i setelah tiga tahun bersama Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurul Ameena Sofea 2 dan sepakat antara mereka berd...
Percutian Di Riveira Bay Condominium Melaka 4 Hari 3 Malam

Percutian Di Riveira Bay Condominium Melaka 4 Hari 3 Malam

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 262 hits
PERCUTIAN DI RIVEIRA BAY CONDOMINIUM MELAKA 4 HARI 3 MALAM Dah alang alang ada urusan di sana kita bercutilah sekali bawa anak anak Yang penting wajib ada kolam renang Babah booking melalui airbnb untuk 4 hari 3 malam dengan kos hanya rm600...
Nizar Bekas Aktivis Dap Jadi Tumpuan Program Umno Jerantut Malam Tadi

Nizar Bekas Aktivis Dap Jadi Tumpuan Program Umno Jerantut Malam Tadi

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 147 hits
KUANTAN Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan Datuk Mohd Nizar Najib akan membuat kemunculan dengan berceramah di Felda Padang Piol Jerantut malam tadiKehadiran anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu sudah pasti men...
Lepak Makan Malam Aneka Menu Di Bangi Square 2

Lepak Makan Malam Aneka Menu Di Bangi Square 2

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 253 hits
Nii kali kedua kak ana ke Bangi selepas Kak Long bernikah Kami ke rumah Kak Long bawa tok pula kali ni sekali dengan adik kak ana sekeluarga Memang dah plan nak cari baju untuk majlis resepsi Kak Long hujung bulan nanti Orang kata Bangi lah...
Rp3 5 Juta Per Malam Ini Penampakan Kabin Penginapan Saat Piala Dunia 2022 Qatar

Rp3 5 Juta Per Malam Ini Penampakan Kabin Penginapan Saat Piala Dunia 2022 Qatar

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 149 hits
Para penggemar sepak bola dari seluruh dunia akan berdatangan ke Qatar untuk menyaksikan langsung Piala Dunia 2022 Berbagai penginapan mewah disiapkan untuk menyambut kedatangan mereka Namun ada yang unik salah satu penginapan mewah di Qata...
The Colours Of Life Malam Titian Kasih Npqel Ambilan 2022

The Colours Of Life Malam Titian Kasih Npqel Ambilan 2022

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 228 hits
The Colours of Life Malam Titian Kasih NPQEL Ambilan 2022 Meriah baq ang malam Titian Kasih ni Majlis di Kota Seriemas Golf Country Club OK juga la Macam biasa Pakat posing dulu Selepas ucapan dari pengarah majlis penyerahan sijil pengharga...
Jiran Puaka Siang Malam Pegang Parang Depan Rumah Sampai Takut Orang Nak Keluar

Jiran Puaka Siang Malam Pegang Parang Depan Rumah Sampai Takut Orang Nak Keluar

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 186 hits
Tular satu rakaman litar tertutup memaparkan seorang lelaki tempatan bertindak mengganggu jirannya sehingga membuatkan mereka takut untuk keluar rumah Rakaman yang tular di media sosial TikTok itu menarik perhatian ramai kerana menyangkakan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya