Percutian 3 Hari 2 Malam Di Ames Hotel Melaka Cuti Cuti Santai Kami Sekeluarga Di Melaka


 hai assalammualaikum
Percutian 3 Hari 2 Malam di AMES Hotel Melaka, Cuti-Cuti Santai Kami Sekeluarga - Bila anak-anak dah seru 'mommy, bila kita nak tidur hotel', terus mommy buka website cari hotel mana menarik untuk kami sekeluarga menginap. Anak-anak cakap macam tu sebab diaorang dah lama betul tak menginap di hotel. Mommy pun sama, tengok orang bercuti stay dalam hotel hati dah membuak nak juga..hahaa. Rasa tidur dekat hotel ni lain tau dengan kat rumah..hehee. Lagi satu sebab nak merehatkan diri sekejap dari segala hal. Jadi, kami cadang nak bercuti di Melaka, dan memilih AMES Hotel sebagai tempat penginapan 3 hari 2 malam kami sekeluarga

AMES Hotel hanya ambik masa 5 minit sahaja dari tol Ayer Keroh di luar Lebuhraya Utara Selatan, dan lokasinya jauh dari kesibukan bandar dan lokasinya yang strategik berdekatan dengan pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi


Sebelum datang sini, nad memang dah baca review dan tengok biliknya dekat website. Semua bagi review yang bagus dekat hotel ni. Jadi, bila dah sampai tu, terus rasa tak sabar nak masuk bilik dan tengok sendiri. Lagi satu kalau boleh nak cari hotel yang ada swimming pool dan bathub, baru anak-anak seronok dan AMES Hotel ada kemudahan semua tu. Taknak bagitau anak dulu, kita bagi kejutan kat diaorang..hehhee

Percutian 3 Hari 2 Malam di AMES Hotel Melaka
Macam biasalah check in pukul 3 petang. Kami sampai pun awal, taknak kelam kabut.Tengok dari luar macam biasa je, tapi bila masuk dalam, pergh!! Exclusive betul tempat ni, cantik sangat dekorasinya. Semua interior dalamannya nampak mewah



Tengok lobby dia pun dah nampak gah ye. Ruang yang luas, tempat menunggu yang cantik, lampu hiasan yang buat nad ternganga kejap..hehee. Teruja betul bila masuk dalam AMES Hotel ni


Masa sampai hotel, staff terus sambut dan bantu nad angkat beg semua. Dari daftar sampaila masuk ke dalam bilik, semuanya berjalan lancar. Suka dengan layanan staff dekat sini, sangat mesra dan friendly

Parking dekat AMES hotel ni banyak, boleh parking dekat luar sekitar hotel atau basement. Tak susah nak dapatkan parking


Deluxe King dan Deluxe Twin Room
Ok, masing-masing dah tak sabar nak masuk ke dalam bilik. Rindu bau hotel, rindu nak baring katil dalam bilik hotel..hehee. Lagi best nak berendam dekat bathub. 

Penginapan kali ni, nad tempah bilik connecting room, dua bilik berlainan tapi masih boleh nampak anak-anak. Nad tempah Deluxe King dengan Deluxe Twin. Anak-anak dah besar kan, dah kena belajar tidur asing..eh..hahaa. Bagila peluang mommy dan daddy nak berdua, kami belum pernah honeymoon lagi, gitu

Anak-anak masuk dalam bilik terus menjerit, hehe, suka sangat diaorang, lagi-lagi bila nampak bathub tu. Terus cakap dengan nad 'mommy, ada kolam'..haha. Bathub dipanggil kolam



Bagi bilik Deluxe King, satu katil dengan ruang bilik besar dan sangat selesa. Dekat tengah ada pintu connecting room denagn bilik Deluxe Twin anak-anak




Bilik deluxe Twin, ada dua katil, hah, bolehla anak-anak tidur sorang satu katil. Belajar tidur sendiri-sendiri






Kedua-dua bilik  menyerlahkan  suasana  mewah dan lengkap dengan Flat-screen TV dengan pelbagai channels, aircond, meja kerja, coffee/tea maker, almari, bathrob, selipar, peti besi, seterika, iron board mini bar, IDD telefon, penimbang berat dan lampu suluh, sekiranya berlaku kecemasan. rasanya semua ada, datang sini bawak pakaian dan bawa diri sahaja..hehee



Dalam bilik ada disediakan sejadah untuk sembahyang dan mempunyai arah kiblat dalam setiap bilik. Jadi tak risau bila nak sembahyang fikir arah kiblat

Paling penting mestilah ada WIFI..hehee. Nad punya line memang langsung tak dapat, connection low, nasib baik ada WIFI dekat sini, laju takda tersangkut-sangkut. Biasalah kita suka kongsi apa kita buat kan, jadi internet tu sangat membantu





Suka nginap dekat hotel bukan sahaja suka suasana bilik, tapi suka dengan bilik mandi yang mewah macam ni..hehe. Lagi suka bila ada bathub, boleh berehat dalam bathub dan berendam lama. cermin pun berlampu, memang kalau boleh nak duduk je dalam bilik mandi ni..haha. 
Bathub tu kalau korang nampak ada cermin, jadi orang luar boleh nampak bila korang berendam. Nak tutup pun boleh, ada je tirai dekat cermin tu..hehe. 
Bilik mandi dengan  bahagian  atas  meja  solek  marmar  Carrera lengkap dengan AMES Toiletries, hairdryer, shower, shower ada panas dan sejuk dan tuala

Boleh dikatakan, dalam bilik ni penuh dengan cermin. Memang asal ada cermin mesti nak tengok, hahaha


Dekat meja kerja ni ada diletakkan channel TV dan menu makanan. Kalau korang nak makan dalam bilik, bolehla order makanan yang disenaraikan ni



Puas hati dengan kemudahan dan bilik ni semua. 

Jenis-Jenis Bilik Di AMES Hotel
AMES Hotel mempunyai 298 bilik tamu dan suite dengan Merchant Lounge yang memberi keselesaan kepada tetamu. Setiap bilik berlainan bagi memberi keselesaan dan keinginan tetamu. Yela kalau bilik sama je mana best kan

Jenis-jenis Bilik di AMES hotel- Deluxe King- Deluxe Twin- Deluxe Garden King- Deluxe Garden Twin- Presidential Suite- Merchant Lounge
1) Deluxe King dan Deluxe Twin
Untuk Deluxe King dan Deluxe Twin tu bilik nad dengan anak-anak. Macam tu la rupa dia. Jom nad tunjuk bilik lain

2) Deluxe Garden King Dan Deluxe Garden Twin
Bilik Deluxe Garden Kind dan Deluxe Garden Twin ni berlainan bilik. Samalah macam bilik nad dengan anak-anak




 Bilik ni istimewanya dekat luar ada ada kerusi meja untuk kita duduk santai-santai. Sebab tu namanya Garden



Bilik dilengkapi Katil, Private Garden, WIFI, TV, AMES Toiletries, Aircond, IDD Telephone, Shower, Hairdryer, In-Room Safe, Tea/Coffee makin facilities, Percuma 2 botol air minuman mineral, Minibar, In-room Bathrobes dan Selipar, meja kerja, almari, seterika dan iron board, dan penimbang berat

3) Merchant Lounge Suite
Bilik ni dah macam rumah pun ada ye..hehe. Cantik gila ok. Bilik ni siap ada ruang makan, ruang untuk meeting dan senangkatannya





Bilik ni saiz 62 sqm, mempunyai - 1 Katil King- Akses ke Merchant Lounge- WIFI



- Separate Living Hall Area- TV - AMES Toiletries- Aircond- IDD Telefon- Bathtub- Hairdryer- In-Room Safe- Tea/Coffee making facilities- Percuma 2 Botol Air minuman- Minibar- Bathrobe dan selipar- Meja kerja- Almari- Seterika dan iron board- Penimbang berat
4) Presidential Suite
Tersepona bila masuk bilik Presidential Suite AMES Hotel Melaka ni. Anggun, luas, bergaya, Presidential Suite menjanjikan pengalaman yang benar-benar luar biasa. Hidup seperti bangsawan di dalam bilik tidur dengan ruang makan dan ruang tamu yang megah






Bilik ni kalau nad duduk, nad tak jalan guna kaki, tapi mengesot ye..hahaa. Kalau boleh tidur dekat semua tempat. Bilik paling mewah ni, harga pun boleh tahan. Tapi kalau korang mampu, tempah je bilik ni, mesti jadi staycation yang tak dapat dilupakan


Bukan biasa-biasa bilik ni, bilik mandi dilengkapi dengan jakuzi dan bilik sauna, serta bilik personal spa massage untuk memanjakan diri dan berehat


Ada bilik office juga ye. 




Lengkap dengan bilik gym, permainan snuker dan bilik karaoke


Untuk bilik karaoke, dibuka kepada public juga yang nak sewa bilik karaoke ni

Kalau duduk bilik Presidential Suite ni jawabnya memang tak keluar bilik la..haha

Menarik kan semua bilik yang ada di AMES Hotel ni. 

The Laze Lounge


Laze Lounge ni di Lobby area.  Nampak elegan kan. 

The Munch All Day Dining

The Munch, restoran terletak di tingkat bawah hotel merupakan restoran halal santapan sepanjang hari yang menyajikan pilihan hidangan tempatan dan hidangan dan minuman antarabangsa. Dekat sini la sarapan, makan petang dan makan malam




Restoran yang sangat elegan, kalau tengok interior di tengah-tengah tu la simboliknya. Cantik kan

Nikmati hidangan minum petang hujung minggu sambil menghabiskan waktu petang santai dengan pelbagai  hidangan  lazat  yang  disajikan, atau makan tengah hari bersama rakan sekerja

Masa nad makan dekat sini, banyak kali juga orang sambut harijadi dekat sini, Menarik ya, boleh sambut majlis untuk yang tersayang

Sarapan di The Munch





Ni nad sekeluarga sarapan dekat The Munch. Menu pun ada macam-macam. 
Untuk bulan Oktober ni, AMES Hotel ada menyediakan masakan Peranakan & BBQ Buffet Dinner, dan sehingga November ada Sembang-sembang Petang Tunch Buffet ( Lunch + Hi Tea). Sempatla nad merasai semua makanan tu. Korang boleh tengok menu tu di entry seterusnya. Bolehla bawak keluarga dan kawan-kawan datang ke sini


The Moonbar 
Best dekat AMES Hotel, di bahagian Rooftop ada Moonbar


Moonbar ialah persekitaran yang sempurna untuk korang buat apa-apa majlis dan perayaan pra & selepas acara. Waktu petang atau malam boleh pergi ke Moonbar. 
Ada bar untuk non muslim menikmati minuman dan makanan yang disediakan. Berhibur dengan muzik yang memukau dan nikmati tawaran  Happy Hour. Dekat sini ada Private Room untuk majlis tertutup


Moonbar ni ada ruang open space, boleh la duduk relaks, tenang melihat bulan dan bintang..hehe. 


Ni suasana waktu siang. Nad hanya lepak dekat luar je. 
Nad tak tengok bahagian dalam, kalau korang nak tengok bahagian dalam bagaiman rupanya bolehla ke website AMES Melaka


Swimming Pool (Scenic Pool)
Salah satu yang nad selalu pilih untuk menginap di hotel ialah swimming pool. Tarikan untuk anak-anak, yela, takdala bosan duduk dalam bilik je, sekurangnya diaorang dapat buat aktiviti lain dekat luar hotel. Swimming pool ni berada di tingkat satu. 





Swimming pool ni ada area untuk kanak-kanak dan dewasa. Boleh je bawa pelampung ke sini. Vie pulak lawa, ada pokok-pokok macam tu. 


Nad suka swimming pool dekat sini, ada tempat rehat, tempat basuhan, tandas. Lagi satu bagusnya, selesai mandi, sebelum masuk bilik disediakan tuala untuk keringkan badan. Kemudian tuala tu dimasukkan dalam bakul khas. Jadi datang sini memang takyah risau la bawak tuala ke tak, pastikan kering masa nak masuk bilik. Kadang sesetangah hotel takda sediakan tuala


Gym

Dekat sini pun ada Gym. Nak bersenam, buang lemak segala, bolehla datang sini

AMES Hotel akan ada spa santai yang akan dibuka tidak lama lagi. Sekarang tenagh renovation..hehe. Best kan semua ada

Grand Ballroom
AMES Hotel mempunyai Grand Ballroom tanpa tiang dengan kapasiti 600 orang, mengandungi skrin LED bersaiz besar, merupakan salah satu yang terbesar di Melaka, dan empat (4) bilik mesyuarat menjadikannya tempat yang sesuai untuk acara, mesyuarat seminar, persidangan dan perkahwinan








Memang luas ballroomnya. Setiap ballroom mengikut saiz sesuai dengan acara apa. Kalau macam perkahwinan, ruang lagi besar. Smeua perkahwinan boleh buat dekat sini, perkahwinan Chinese, Indian, Melayu, perkahwinan berkonsepkan Moonbar pun boleh


Nad pasti semua acara atau majlis yang korang buat dekat Grand ballroom AMES Hotel berjalan dengan lancar. Staff bekerjasama antara satu sama lain untuk membantu korang dalam memudahkan dan menjayakan majlis. 
Bagus kan, semua ada dekat AMES Hotel ni. Dahla cantik. 



Apa nad perhatikan, AMES hotel semua lampu-lampunya cantik dan mewah


Berdekatan Dengan Tarikan Pelancong
Kalau korang nak tau, AMES Hotel ni dikelilingi oleh pelbagai tarikan pelancong seperti Melaka Zoo dan Night Safari , Taman Burung Melaka, Ladang Buaya dan Reptilia, Muzium Lebah, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka dan 20 minit pemanduan dari tapak warisan UNESCO E. Memang tersangat strategik lokasi AMES hotel ni. Hotel ini merupakan lokasi yang ideal untuk lihat pemandangan bandar bersejarah Melaka yang indah

Masa ni nad tak dapat pergi sebab leka dengan suasana hotel..hehe. Takpa, lain kali boleh check in lagi sebab hotel ni best gila. Lepas tu bolehla pergi tempat kawasan menarik yang nad bagitau tu. Bawa anak-anak tengok binatang..hehee

Hah apa lagi yang takda, semuanya cukup lengkap tau. Hotel eksklusif, bilik selesa, lawa, staff friendly dan professional. 

Percutian nad 3 hari 2 malam dekat AMES Hotel memang puas hati dengan bilik, kebersihan dan service dekat sini. Makanan dekat sini pun semua sedap, memang tak mengecewakan

Hotel ini merupakan ahli LSL Hotel Group, yang merupakan cabang hospitaliti Sheng Tai International Sdn Bhd, sebuah syarikat pembangunan hartanah terpelbagai, hartanah, pengurusan pelaburan dan hospitaliti dengan kepakaran khusus dalam bidang pelancongan hartanah. 
Sheng Tai International ialah pembangun yang memenangi anugerah yang telah bercabang merentasi pelbagai bahagian Asia, menawarkan rangkaian luas produk hartanah, perkhidmatan dan jenama yang memenuhi pasaran mewah, kelas atas dan ekonomi. AMES Hotel diuruskan oleh Alorie Hospitality, pakar pengurusan hotel yang mapan dan berpengalaman dengan portfolio hartanah bertaraf dunia di seluruh dunia
Masukkan AMES hotel Melaka dalam list korang staycation. Pilih jenis bilik yang sesuai dengan gaya dan mood semasa. Luas, peribadi dan mesra, menginap di AMES dan perbaharui piawaian anda dengan pengalaman hotel yang ideal


AMES HotelJalan Pkak 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, 75450 MalaccaPhone: +606 318 [email protected]
Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel Ames dan tempahan, sila hubungi 06-318 3999, atau layari  Website : https://www.ames-hotel.comFacebook : https://web.facebook.com/ameshotelInstagram : https://www.instagram.com/ameshotelmelaka

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2022/10/percutian-3-hari-2-malam-di-ames-hotel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunch Di Ames Hotel Melaka Gabungan Hi Tea Lunch

Tunch Di Ames Hotel Melaka Gabungan Hi Tea Lunch

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 335 hits
TUNCH Di The Munch All Dining di Ames Hotel Melaka Assalamualaikum holla gais qaseh tahu mesti korang tak pernah dengar tentang TUNCH kan bukan PUNCH tau ia adalah gabungan Hi Tea dan Lunch buffet di Ames Hotel ni wow bahasa baru uols lepas...
Staycation Di Ames Hotel Melaka Jenis Bilik Yang Ada Di Ames Hotel

Staycation Di Ames Hotel Melaka Jenis Bilik Yang Ada Di Ames Hotel

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 226 hits
Pengalaman Menginap di Ames Hotel Melaka Baru baru ni qaseh ada share percutian qaseh di Melaka dan kongsikan hotel yang qaseh menginap di Ayer Keroh Melaka hari ni qaseh nak buat sambungan sikit dan nak share kepada korang yang membaca ni ...
Sembang Sembang Petang Tunch Buffet Di Ames Hotel Melaka

Sembang Sembang Petang Tunch Buffet Di Ames Hotel Melaka

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 259 hits
hai assalammualaikumSembang sembang Petang Tunch Di The AMES Hotel Melaka Korang dah Tunch ke tu Hah pening apa pulak Tunch tu ye hehe Selalunya kita guna Lunch kan hah kali ni kita guna Tunch pulak Tunch tu ialah Lunch Hi Tea Restoran The ...
Peranakan Bbq Buffet Dinner Di The Munch Restoran Ames Hotel Melaka

Peranakan Bbq Buffet Dinner Di The Munch Restoran Ames Hotel Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 476 hits
hai assalammualaikumPeranakan BBQ Buffet Dinner Di The Munch Restoran AMES Hotel Melaka Hah puas bergolek dalam berendam dalam bathub segarkan badan perut pun terus rasa lapar Mana taknya makan waktu pagi je sampai hotel berehat sekejap Per...
Ride Cuti Hari Malaysia Ke Kuala Selangor

Ride Cuti Hari Malaysia Ke Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 450 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi cerita Ride Hari Malaysia ke Kuala Selangor pula dengan korang Sebenarnya cerita ride Hari Malaysia ke Kuala Selangor nie dah lama sebenarnya Masa musim PKP hari tu tapi saja lah Kak Sue...
3 Hari Cuti

3 Hari Cuti

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 200 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Senangnya rasa hati bila dapat cuti lama syukur pada Allah yang KK masih diberi kesempatan untuk berehat dari kepenatan kerja Hari kedua bercuti esok cuti lagi kan seronok bila dapat cuti banyak KK ni s...
Aktiviti Di Hari Cuti Maulid

Aktiviti Di Hari Cuti Maulid

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum wbtCUTI sempena Maulid hari ini dimanafaatkan sepenuhnya Pagi pagi ke Pasar Tani tambah lagi beli seluar slack untuk Iman Tengok tentatif program minggu orientasi dari esok hingga Jumaat penuh acara dari pagi hingga malam Ta...
Beberapa Titik Kemacetan Parah Di Jakarta Malam Ini Hindari Jalan Antasari

Beberapa Titik Kemacetan Parah Di Jakarta Malam Ini Hindari Jalan Antasari

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 126 hits
Hujan deras mengguyur sejumlah wilayah di Jakarta hal itu berimbas terjadinya kemacetan pada sejumlah arus lalu lintas di sejumlah jalan Ibu Kota
Makan Tengah Malam Dengan Syukor Burger

Makan Tengah Malam Dengan Syukor Burger

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 535 hits
Makan Tengah Malam dengan Syukor Burger Hal malam semalam Me and my sisters tengok circus kat Aeon Bandar Dato Onn Johor semalam Balik dari show perut terasa lapar Aku nak elak makan tengah malam sebenarnya tapi disebabkan jarang jarang dat...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut