Berbuka Puasa Ala Kampung Di The Haven Ipoh Perak
Berbuka Puasa Ala Kampung Di The Haven Ipoh Perak | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sedar tak sedar dalam masa dua minggu lagi kita akan menemui bulan mulia bulan Ramadhan. Bila tibanya bulan puasa pasti ramai sedang membuat perancangan atau persediaan untuk menyambutnya seperti juadah berbuka dan sahur. Paling tidak, makanan yang wajib ada adalah seperti buah kurma dan makanan sunnah lain. Sepanjang sebulan kita berpuasa, ada sesetengah orang suka merancang akan ada satu hari akan mengambil bufet ramadhan di mana-mana tempat yang menarik dan menyediakan perkhidmatan bufet ramadhan. Jadi hari ini Sha nak kongsikan satu tempat menarik yang menyediakan bufet ramadhan 2021 di Perak
Berbuka Puasa Ala Kampung Di The Haven Ipoh Perak
The Haven Resort Ipoh adalah sebuah lokasi yang agak privasi untuk dikunjungi tetapi sangat unik. Untuk tahun 2021 The Haven Resort bakal menyajikan lebih dari 50 citarasa masakan sempena bulan Ramadhan bakal tiba. Citarasa istimewa ini disediakan khas oleh ketua tukang masak berpengalaman "Chef Shamsul" dibantu oleh sepasukan tukang masak terlatih
Mereka mengenengahkan masakan terbaik warisan kampung seperti Gulai Ikan Masin, Udang Sambal Petai, Sotong Tumis Saderi, Ayam Masak Merah, Daging Panggang Air Asam, Kambing Peratal, Nangka Muda Masak lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi mandy, Bubur Lambuk, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi
Pelbagai Ulaman & Sambal
Lauk kampung - Ikan Kering, Telur masin
Pecal
Lauk Pauk Melayu
Walaubagaimanapun pilihan menu akan berubah setiap hari dengan menampilkan gerai juadah istimewa seperti Gerai Makan Arab, Gerai Sup, Gerai Mee, Gerai Bakar, Gerai Gorengan, berserta lebih daripada 25 jenis hidangan utama dan 30 jenis pembuka selera dan pemanis mulut
Gerai Laksa
Nasi Mandy Kambing
Sup Gear Box, Sup Daging, Sup Ayam & Sup Ekor
Pemanis Mulut
Jika korang membawa keluarga atau anak-anak kecil, pastinya mereka akan sangat teruja dengan manisan seperti kek, kuih dan puding yang disediakan oleh pihak The Cuisines. Apa yang paling Sha terpikat adalah kuah rojak buahnya yang sedap. Kebetulan pula memang teringin lama dah nak makan rojak buah yang sedap
Tak lupa juga dengan buah-buahan segar yang tersedia seperti buah tembika, anggur, betik, nangka dan buah mata kucing sebagai penyejuk tekak
Masakan Tanpa MSG
Antara sajian wajib, citarasa warisan melayu tradisi disediakan yang mesti dicuba adalah Itik Salai Masal Lemak Cili Api dan Sup Gear Box. Sha pasti korang akan rambang mata bila nak pilih makanan nanti. Di The haven, penyediaan setiap sajian adalah dititikberatkan dengan hanya menggunakan bahan-bahan segar dan berkhasiat tanpa penggunaan tambahan tiruan atau MSG
Bila bulan puasa, yang paling tak sabar adalah rasa dahaga dan nak minum. Di The Cuisines telah disediakan beberapa jenis air sebagai penghilang kedahagaan korang. Seperti yang kita dapat lihat di bawah, telah tersedia air sirap, air mangga, air laici, air oren dan air kosong
Apa Yang Menarik Di The Haven Resort Ipoh
Sha yakin korang akan pilih tempat yang berbaloi untuk dikunjungi selain melihat makanan disediakan. Ramai orang suka menikmati pemandangan yang cantik dan unik tambah pula korang boleh mengabadikan gambar-gambar kenangan bersama bersama keluarga atau rakan-rakan di sana. Jangan tak tahu, The Haven adalah sebuah tempat pelancongan mewah dan menarik di Ipoh.
Kalau korang nak tahu, juadah bufet Ramadhan di The Haven Resort akan disediakan di The Cuisines yang mana ianya terletak di lokasi nyaman. Dengan pemandangan tasik yang tenang dikelilingi oleh kehijauan dan kedamaian. Panorama hutan hujan semulajadi berlatarbelakangkan gunung batu kapur berusia 280 juta tahun yang berdiri megah di tasik yang menjadi ikon kemegahan The Haven
Sajian Bufet Ramadhan The Haven Resort 2021 Bufet Ramadhan Di The Haven Ipoh akan bermula dari hari jumaat bertarikh 16 April sehingga hari sabtu 8 Mei 2021
Nikmati hidangan istimewa ini dengan harga serendah RM95+ (RM104.50 bersih) untuk dewasa dan RM75+ (RM82.50 bersih) untuk kanak-kanak dan warga emas. Kanak-kanak bawah 6 tahun pula dapat menikmati hidangan secara percuma, tertakluk kepada 2 kanak-kanak diiringi oleh 2 dewasa yang berbayar. Berita baik ! Early Bird potongan sebanyak 20% ditawarkan dengan setiap tempahan yang dibuat selewat-lewatnya 48 jam sebelumnya
Tempahan Penginapan Di The Haven Beserta Makan Malam
Untuk pengetahuan korang, The Haven ada menyediakan pakej menarik untuk pelanggannya sepanjang bulan puasa. Bagi yang ingin mencipta kelainan dan lari daripada norma biasa bolehlah menginap di The Haven. Korang jangan risau tentang macam mana nak berbuka dan paling penting tentang menu sahur. The Haven akan menyedian menu berbuka, solat terawih berjemaah juga disediakan tempat dan menu sahur juga ada untuk anda dan seluruh ahli keluarga. Paling best, sahur akan dihantar ke bilik korang tau
Cara Menempah Bufet Ramadhan The Haven Dan Pakej Penginapan Sepanjang Bulan Puasa
Tempahan penginapan adalah terhad hanya untuk 50 suite sahaja. Jadi korang kena rebut peluang ini awal-awal supaya tidak ketinggalan
Untuk tempahan dan maklumat lanjut korang boleh hubungi saluran yang Sha sediakan dibawah :
Telefon : 05-540 0000Emel :
[email protected]Laman Web Rasmi :www.thehavenresort.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2021/03/berbuka-puasa-ala-kampung-di-haven-ipoh.html