Berbuka Puasa Ala Barat Dan Mediterranean Di Me Nate Steak Hub
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua kawan-kawan yang dikasihi lagi diingati. Maka sekarang ni bermula lah koleksi buka puasa dan juga bufet ramadan untuk tahun 2021 ni setelah setahun kita dalam perintah kawalan. Tapi walaupun kita diberi kelonggaran tetap kena patuhi SOP ketat untuk menyambut dan menikmati juadah berbuka puasa tahun ini.
Kali ini Maha nak bawakan kepada korang satu lagi tempat untuk buka puasa dengan menggabungkan dua citarasa iaitu Barat dan juga Mediterranean. Mana lagi kalau bukan Me’nate Steak Hub satu jenama restoran yang tidak asing lagi dan antara steakhouse Halal terbaik di Malaysia. Wow memang sangat dinantikan setiap tahun oleh penggemar makanan steak dan juga nak tahu apa yang istimewanya untuk korang buka puasa di sini.
Tapi sebelum kita ketahui makanan kita tengok dulu harga yang ditawarkan agar korang boleh buat pembandingan. Pakej buffet ramadan kali ini menawarkan harga yang sangat berbaloi iaitu RM89.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak. Manakala bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran. Untuk setiap tempahan awal pihak Me’nate akan memberi potongan sebanyak 10% hingga ke 30% bergantung terma dan syarat. Setiap menu Ramadan kali ini disediakan oleh Chef-Chef Me’nate yang berpengalaman dan sudah pasti ianya mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate
Bagi memenuhi permintaan pelanggan di Ramadan 2021 ini yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium yang boleh di nikmati seisi keluarga dengan harga yang berpatutan iaitu hidangan 'GROUP STEAK' Family Platter. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu Set A (Premium Family Package) dan Set B (Super Premium Family Package) dimana satu set boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang
Terdapat sehingga sebelas menu bagi setiap hidangan dalam Family Platter ini dan hidangan pemanis mulut diberikan secara PERCUMA dari kaunter buffet. Yang pastinya hidangan dalam Family Platter ini masih mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali ini. Kepada yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk keluarga anda
Korang tengok lah tawaran harga dan juga makanan yang ada kat sini. Katanya lebih daripada 70 jenis menu yang boleh dinikmati setiap hari sepanjang bulan Ramadan nanti. Ditambah pula dengan dekorasi yang sangat menarik dan juga mengundang untuk korang datang makan berbuka bersama keluarga atau juga boleh ajak rakan-rakan pejabat. Mereka juga membukakan peluang kepada badan korporat atau individu yang nak membuat majlis meraikan golongan kurang bernasib baik mahupun anak-anak yatim.
Maha kalau datang ke Me'nate ni tak cuba mereka punya masakan istimewa tak sah mesti kena cuba Kambing Panggang Bukhari bersama Nasi Mandhi. Ada juga yang tak minat kambing boleh pilih yang Daging Ayam banyak pilihan. Selain itu juga menu masakan tempatan juga memeriahkan lagi pilihan juadah berbuka puasa kali ini seperti Nasi Tomato, Mee Soto,Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow. Ini korang kena nikmati panas meraka sediakan satu sudut khas untuk memasak masakan ini secara langsung depan mata korang baru terasa nafsu nak berbuka tu membuak-buak hehehe
Istimewa tahun ini adalah Me’nate akan memperkenalkan produk sejuk beku terbaru iaitu jenama MeatLab yang boleh di jadikan hidangan berbuka bila di rumah atau sebagai ole-ole semasa balik ke kampung dan juga semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Terdapat 5 jenis pilihan yang boleh korang nikmati iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu MeatLab juga akan memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.
Korang tengok bufet ini ada di semua cawangan restoran Me’nate Steak Hub di seluruh Malaysia yang berada di Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Seremban, Melaka dan Johor Bahru. Hanya satu sahaja iaitu kecuali di Ampang yang hanya menyediakan menu Istimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef bersama nasi Bukhari yang boleh di nikmati empat hingga ke lima orang. Selain itu di Me’nate Steak Hub Ampang juga ada menyediakan pakej Istimewa Group Steak Iftar untuk lima hingga ke enam orang, sesuai untuk di nikmati seisi keluarga dan juga pakej Istimewa Iftar untuk 2 orang
Kalau ditanya kemudahan lain seperti surau atau juga tandas untuk kemudahan pelanggan yang datang berbuka di sini mereka tetap tidak lupa untuk sediakan. Jadi tak jadi masalah untuk datang makan dan juga ibadah tetap dilaksana. Kawasan parking juga agak selesa dan banyak untuk sesetengah tempat. Jadi korang kenalah booking sekarang juga untuk nikmati semua ini sebelum tarikh yang korang nak tu penuh.
Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi tel di bawah :-
Pakej Buffet Ramadan • Pakej Group Steak • Ala Carte1) Setapak = 019 3911 0472) Shah Alam = 019 4771 0473) Bangi = 019 2611 0474) Seremban = 014 3511 0475) Melaka = 014 6040 0476) Johor Bahru = 013 7510 347
Pakej Heavenly Beef/Lamb • Pakej 2 Pax • Pakej Group Steak • Ala Carte7) Ampang = 016 8795 947
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2021/04/berbuka-puasa-ala-barat-dan-mediterranean-di-menate-steak-hub.html