Berbuka 10 Puasa Rusim Thai Kitchen


 Assalamualaikum WBT 


SEMALAM, 10 Ramadhan 1446H, Sk gantung periuk. Pak Inche tak berbuka di rumah kerana bertugas di Stadium Sultan Ibrahim pada perlawanan ACLE, Pasukan JDT vs Buriram United. Iman ajak berbuka di Oriental Kopi Paradigm Mall tapi tempahan meja untuk berbuka puasa telah penuh ya. Boleh datang walk in, kalau ada meja, ada laa.. kalau tak, kena beratur macam biasa.

Iman kata, kita buat plan B la. Kalau beratur, kita pergi jer mana-mana restoran lain. Aaaa.. tapi Sk tak nak kelam kabut. Bayangkan kita tukar plan B, tapi semua pun penuh tiba-tiba. Jadi, SK cadang kami terus ke Rusim Thai Kitchen yang baru membuka cawangan baharu di PM ni. Sebelum ni kami pernah makan di Rusim Kitchen Aeon Mall Tebrau.


Tak padan dengan hari bekerja semalam, masa kami nak buat tempahan di sini, boleh dikatakan lebih sebahagian meja telah ditempah dan dibayar. Port cantik-cantik pulak tu. Staf RTK mencadangkan kami duduk di meja dua orang yang agak kecil. Aaaa.. tak muat, kami kata. Terkejut jugak dia, kami kata nak pesan lauk banyak, hahaha


Akhirnya kami setuju mengesahkan tempahan setelah diberi meja yang besar sedikit. Staf suruh pilih menu dulu


Ada menu set, ada juga ala carte. Kami pilih ala carte sebab yang set tu tak menepati citarasa, hehehe


Tulis sendiri kod nombor menu dalam kertas pesanan. Tapi kertas ni VivoPizza punya, hehehe. Teringat dulu pernah jugak berbuka puasa di VivoPizza Paradigm Mall ni jugak. Sama company ke dorang ni


Semua tempahan berbuka hendaklah dibuat terus di restoran, tidak boleh melalui panggilan telefon. Waktu akhir pesanan sehingga jam 5.30 petang sahaja tapi masa kami buat tempahan ni dah pukul 6 lebih, agaknya masih dibenarkan sebab masih ada kekosongan. Kami jalan-jalan dulu sementara tunggu waktu berbuka. Datang balik dalam pukul 7.10 pm tengok restoran dah penuh ya. Jangan kata restoran, surau pun penuh semalam, hihi


Sampai-sampai tengok, dorang dah siap hidang ikan siakap stim limau


Besar eh ikan siakap ni. aduh, kecur pulak bila teringat nikmatnya menghirup sos limau dia panas-panas semalam. Cuma ikan dia macam tak berapa segar, isinya dah tak putih melepak tapi tak adalah rasa hanyir ke apa. Jenuh jugak nak habiskan ikan seekor ni berdua, seorang makan sebelah ikan la semalam


Ni pun dah siap hidang, Sotong Goreng Tepung


Sotong Goreng Tepung dia macam jemput-jemput. Batter dia lembutlah tapi. Pencicahnya sos cili hijau Thai


Kerabu Mangga, masam, patut kena tambahkan gula untuk seimbangkan rasa masam tu. Tak ada kekacang dalam kerabu mangga dia. Udang kering dan ikan bilis pun tak ada


Iman punya Green Tea. Ais kosong dia sedap betul semalam. Sampai tiga gelas ya kami pesan ais kosong tu. 

Tomyam Soup ni sampai dalam 4 minit lepas berbuka puasa. Dalamnya ada udang dua ekor, sotong kecik-kecik dipotong kecik dan mushroom yang kepala hitam comel-comel tu. Sedap tomyamnya. Macam tak boleh nak berhenti menyudu. Servis pun bagus ya, bila dia tengok sup tomyam dan sos ikan tu macam dah tak mendidih, dia datang gantikan api tu. Jadi, sepanjang makan la panas aje kuahnya tu. Iman kata, dua hari berturut-turut kita makan udang. Dahlah masa sahur dia makan 2 1/2 ekor udang, hahaha



Sk lupa mana campak resit, hahaha. Total dia, RM141.20. Sk ingat cuma harga ikan jer RM49.90. Iman seronoklah berbuka semalam, tak yah kemas meja, tak yah cuci pinggan


Aaaa.. ni cendawan dalam tomyam. Ikan kat bahagian pipi tu dia tak sisik sampai licin


Lagi beberapa hari jer dapat berbuka bersama, minggu depan dah nak balik kolej. Tapi okeylah, tahun lepas lagilah, berapa kali jer dapat buka sama-sama. Ni hari ni janji nak bawa gi bazar jer cari makanan berbuka, hehehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/03/berbuka-10-puasa-rusim-thai-kitchen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbuka 4 Puasa Sambal Daging Murtabak Majid

Berbuka 4 Puasa Sambal Daging Murtabak Majid

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum WBT PAGI ni pergi kerja dalam hujan SEMALAM 4 Ramadhan 1446H lengkap tiga beranak berbuka sama sama kat rumah Pak Inche minta masakkan Sambal Daging Lama giler tak masak Sambal Daging jadi Sk onz aje Kalau selalu masak pun o...
Khasiat Air Kelapa Untuk Kanak Kanak Elok Diminum Ketika Berbuka Puasa

Khasiat Air Kelapa Untuk Kanak Kanak Elok Diminum Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 182 hits
Khasiat air kelapa untuk kanak kanak elok diminum ketika berbuka puasa Air kelapa sememangnya terkenal sebagai minuman semula jadi yang menyegarkan Bukan sahaja enak diminum tetapi ia juga kaya dengan pelbagai nutrien yang memberi manfaat k...
3 Perkara Yang Bikin Kecoh Bila Berbuka Puasa Di Luar

3 Perkara Yang Bikin Kecoh Bila Berbuka Puasa Di Luar

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 124 hits
Bulan Ramadan selain bulan ibadah ia juga bulan yang penuh dengan jemputan berbuka puasa bersama keluarga dan kawan kawan Tapi kadang kadang bila berbuka di luar ada beberapa perkara yang boleh buat kita cuak dan kalut tak tentu arah var cu...
Berbuka 3 Puasa Asam Pedas Ayam Daun Kesom

Berbuka 3 Puasa Asam Pedas Ayam Daun Kesom

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum WBT SEMALAM hari ketiga berpuasa dan semalam juga hari pertama bekerja dalam bulan puasa tahun ini Mulai 1 Mac tahun ini juga pejabat Sk telah memulakan jadual waktu kerja anjal Lama mengidam jadual waktu kerja anjal ni akhi...
Menu Berbuka Puasa Ke 4

Menu Berbuka Puasa Ke 4

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 151 hits
semalam iwan tak kerja atau mungkin tak kerja terus sebulan hehehhe dia whatsapp aku tanya nak tak makan ikan sambal cili api lepastu dia ada tanya nak cili hijau ke merah aku rasa aku dah reply aku nak cili api hijau atau guna je cili besa...
Menu Berbuka Puasa

Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 218 hits
nbsp Menu Berbuka Puasa Saja je nieyl ni kan post gambar makanan menjelang tengah hari ni kan hehehe Sekarang ni tak ada benda nak share yang ada gambar makanan je hahaha Tak apa la mana tahu boleh bagi idea menu berbuka korang hari ni kan ...
Berbuka 7 Puasa Sambal Taukua X Buttermilk Slipper Lobsters

Berbuka 7 Puasa Sambal Taukua X Buttermilk Slipper Lobsters

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum WBT SEKEJAP jer dah seminggu kita berpuasa Dua tiga hari ni pulak cuaca tidak menentu Pagi pagi panas tapi nak dekat petang hujan disertai dengan ribut petir Takutnya nak nak pulak time tu kita dah mula nak memasak Bahaya gu...
Bapa Maut Anak Lelaki Parah Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Untuk Berbuka Puasa Di Masjid

Bapa Maut Anak Lelaki Parah Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Untuk Berbuka Puasa Di Masjid

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 172 hits
Hajat dua beranak untuk berbuka puasa di masjid tidak kesampaian selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan petang semalam Motosikal yang ditunggang bapa telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta ...
Berbuka 6 Puasa Asam Pedas Ikan Merah X Ikan Senangin Goreng

Berbuka 6 Puasa Asam Pedas Ikan Merah X Ikan Senangin Goreng

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 173 hits
Assalamualaikum WBT HARI ini cuti yey Tak perlu berkejaran ke pejabat boleh qada tidur ops Jangan lupa mengaji dulu Menu utama berbuka puasa 6 Ramadhan 1446H semalam Asam Pedas Ikan Merah Ikan merah tu Pak Inche dah beli lama ada dua keping...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu