Berbelanja Di Segi Fresh Pilihan Am Sentiasa Segar Murah Dan Berkualiti
BERBELANJA DI SEGI FRESH PILIHAN AM: SENTIASA SEGAR, MURAH DAN BERKUALITI
Kali ini AlongMurni (AM) nak berkongsi tips dan langkah-langkah berbelanja barangan keperluan harian terutamanya barangan basah. Yelah, kos sara hidup sekarang ni semakin melambung tinggi. Nak nak yang berpendapatan sederhana seperti AM. Jadi AM nak kongsikan bagaimana AM berbelanja hanya untuk barangan dapur sebanyak RM 150 -RM 200 sebulan.
Dengan berbelanja sekali , boleh tahan hingga hujung bulan tau. Nie, AM nak kongsi bagaimana nak pastikan barangan basah seperti daging, ikan, udang, sotong. ayam mahupun itik sentiasa segar, masih rasa manis seolah-olah baru dibeli semalam dan yang penting tahan untuk tempoh sebulan.
DAGING
Harga daging segar sekarang antara RM 20-RM 24 per KG. Selalunya apabila tiba sahaja di rumah, AM akan hiris daging dalam bentuk kiub mahupun hirisan nipis. Untuk kekalkan kemanisan dan kesegaran daging tersebut, JANGAN basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup dan simpan dalam peti sejuk.Jadi bila nak masak baru keluarkan hirisan daging tersebut. Yang paling penting jangan rendam dengan air dan biarkan daging tersebut lembut dan cair sendiri. Bila dah cair sendiri dan AM nak masak baru basuh bersih2. Barulah daging rasa lembut, segar dan manis tau!!!
IKAN
AM selalu memilih ikan seperti ikan kembung, ikan sardin, ikan patin, dan ikan merah. Tips yang ini paling penting, bila dah bersihkan ikan, JANGAN rendam bersama air tau dalam bekas berisi ikan tersebut!! kalau tidak abis la kecut ikan nanti bila tiba masa nak memasak.Sama juga seperti daging, bila nak memasak baru keluarkan dari peti sejuk dan biarkan ianya cair sendiri. Selepas itu baru bersihkan dan bilas kemudiannya baru toskan.
UDANG/SOTONGKalau bab Udang atau sotong ini lain sikit yea..AM akan potong dan bersihkan . Kemudiannya untuk disimpan dalam peti sejuk harus isi bersama air paras kuantiti yang sama banyak dengan sotong atau udang tersebut.Bila nak masak sama, gunakan cara yang sama seperti cara daging dan ikan tadi. Biarkan cair sendiri yea.
AYAM/ITIKAyam atau itik ini pula tak perlu letak air yea selepas basuh dan bilas ayam tue. Terus masuk dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak masak, rendam sekali dengan bekas tue. JANGAN rendam ayam atau itik itu sahaja. Pucat dan rasa tawar pula ayam atau itik itu nanti.
Tapi kalau bab pilihan lokasi tempat membeli barangan basah AM agak cerewet sedikit Jadi, semestinya SEGI FRESH MARKET pilihan AM. Seperti namanya “FRESH’, SEGI FRESH MARKET memberikan harga yang sangat kompetetif bukan sahaja barangan basah seperti daging,ikan, ayam, udang mahupun sotong malahan buah-buahan dan sayuran masih kekal segar, hijau dan berkualiti.Ianya sangat bersesuaian dengan slogannya iaitu ‘Pilih Segar, Pilih Segi’.
Antara sebab AM masih kekal menjadi pengguna tegar di SEGI FRESH MARKET adalah:SEGAR - barangan di SEGI FRESH MARKET sentiasa segar dan menepati tahap kesegaran yang telah ditetapkan.PELBAGAI - Dengan mempunyai pelbagai pilihan dari jenis-jenis barangan berkualiti, mudah bagi AM sebagai pengguna membuat pilihan mengikut bajet dan kesesuaian AM.HARGA - Kebanyakan harga di SEGI FRESH MARKET menawarkan harga terbaik, berpatutan dan berdaya saing. Harga borong juga ditawarkan di sini.
Hidangan yang sentiasa menjadi pilihan anak-anak dan sentiasa menjadi menu utama AM dan anak-anak adalah Koey Teow Goreng. Barang segar AM beli di SEGI FRESH MARKET!!
KATA ALONG MURNI
SEBELUM BERBELANJA, AM SENTIASA MEMBUAT SURVEY HARGA DAN PASTIKAN BARANGAN KEKAL SEGAR DAN BERKUALITI. SEGI FRESH MARKET MENJADI PILIHAN AM KERANA HARGA YANG DITAWARKAN SANGAT BERPATUTAN, MENJIMATKAN DAN BARANGAN MASIH SEGAR DAN BERKUALITI TINGGI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2019/04/berbelanja-di-segi-fresh-pilihan-am.html