Untuk makluman semua, saya merupakan seorang yang suka pergi ke pasar untuk membeli barangan basah. Saya tak tahulah kalau lelaki lain gemar atau tidak. Tapi bagi saya, satu kepuasan bila pergi ke pasar dan lihat barangan dapur.
Dari produk basah sehingga makanan dalam tin dan paket. Memang semua lengkaplah. Dari sayur, ayam, ikan, daging dan pelbagai lagi. Bukan hanya saya, tetapi keluarga saya sendiri mengakui yang barangan basah di Segi Fresh Market ini antara yang termurah di pasaran.
Makanan sejuk beku
Sebut sahaja barang basah, pasti abang dan kakak saya akan cakap tentang Segi Fresh Market. Betapa dekatnya pasaraya ini dengan kami sekeluarga. Jadi pada minggu lepas, sekali lagi saya berkunjung ke Segi Fresh Market untuk membeli beberapa barangan dapur kami.
Jadi apa lagi, terus saya sambar daging dan ikan yang dijual di sini. Selain itu juga, saya ambil udang dan juga kerang. Memang terbaiklah. Ikan dan ayam yang dijual di sini juga sesegar belaka.
Harga ayam yang dijual juga cukup murah. Hanya RM4.99 sahaja sewaktu entri ini ditulis. Antara yang termurah yang saya jumpa setakat ini. Selain itu juga, terdapat sayur-sayuran segar untuk anda pilih. Ini kalau buat goreng ikan bilis pun sedap.
Terdapat juga buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain. Banyak pilihan yang dapat anda pilih dan beli. Yang pasti ianya pada harga yang berpatutan.
Dengan 32 cawangan diseluruh Malaysia, Segi Fresh Market pastinya menjadi pilihan buat kita rakyat Malaysia utnuk berbelanja selain untuk berjimat dalam membeli barangan dapur.
Nah! Penuh satu troli saya borong barangan basah. Anda tak teringin ke nak datang ke sini juga?|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |