Berbaloi Betul Berbuka Puasa Dengan Buffet Makan Besar Ramadan Di Grand Al Mizan
Berbaloi Betul Berbuka Puasa dengan Buffet Makan Besar Ramadan di Grand Al Mizan! || Hai, harini masuk lagi ke hari dan minggu baru. Syukur! Bermakna Ramadan pun semakin menghampiri 🤩 Semoga kita sampai ke Ramadan 2023 kalini. Amin!
Haa, apa lagi.. Salah satu perkara penting time Ramadan ialah berbuka puasa dengan menu yang sedap plus murah Dan berbaloi harganya, kan? So entri harini khusus untuk mereka yang ada time nya memang tak rasa nak memasak, saja saja nak bermanja gantung kuali ker, or teringin nak orang lain masakkan... Nah, Nona share buffet Ramadan harga bawah RM100 kalau korang rebut harga early birds tu!! Tapi for normal price pun still berbaloi dengan apa yang ada pada Ramadan nanti.
Pelbagai stall makanan!
GRAND AL MIZAN menyajikan menu Buffet Makan Besar Ramadhan lebih dari 100 lebih pilihan setiap hari. Antara menu istimewa yang ada ialah Kambing Golek, Durian Tempura, Mee Kari Nyonya, Roti John, Dan Sup. Nona suka jugak bubur Lambuk sini. Sedapnya oi! Tidak dilupakan Spaghetti Carbonara Dan Bolognese!! Ada sekali dengan nugget Dan tempura goreng. Bebudak mesti suka datang makan sini 😃 Ops, nak ulam ulaman? Pun ada! Siap dengan ikan masin, sambal belacan Dan Kerabu Mangga. Mantap! Aku GERAM tengok keropok bekas dalam besor tuh! Hahahaa..
Jujur Nona cakap, menu menu banyak yang menyelerakan. Tak rugi datang berbuka sini. Enjoy!
Walaubagaimanapun, ada certain menu yang bertukar tukar, tidaklah sama je memanjang bulan Ramadan nanti. Nak tahu salah satu contohnya, boleh scroll sampai habis entri ye 😁
Betul betul tergolek ni kambing 😁 Siap ada telur rebus tuh! Lembut isinya ✅
Mi Rebus.
Rata rata yang datang makan sini pun try Mee rebus tau. Member Nona cakap, sedap Mee Rebus ni 🤩 Mesti mau try lagik!
Inilah dia pelbagai sup. Pilih je nak bahagian apa. Ada urat, lidah, tulang, dan babat. Untuk aku, semua pun aku campur!!! Hihi... Aku bagi 10/10 bintang untuk menu kat sup station ni! Lembut isinya. Aku makan sup Dan isinya sahaja tanpa Mihun or mi Kuning. Eiii, sedap! Lebih lebih lagi bila hirup sup time hujan di luar...fuh, nyaman
Ayam Pandan. Sedap sampai teringat ingat malamtu..
Dan boleh ngam dengan tekak aku!
Satay seharusnya kena ada! Hehe
Udang Sambal
Ada pedas pedas rasanya gitu tapi not too spicy lah.. Inilah one of menu yang mereka akan ubah ubah tu. Ada hari menu udang Sambal, lepastu udang Kari nanas and then udang black pepper. Rotate rotate gituh. Kalau teringin rasa semua, datang ler hari hari! Hihi.. Menu main course je yang dirotate ye (Masakan lauk pauk) Lain lain tetap ada seperti biasa setiap hari🤩
Ye, di ruangan dalam, terdapat lauk pauk lain seperti Braised Tofu with Oyster Sauce, Ayam Lemak Cili Padi Dan lain lain berserta nasi putih ya. Ada jugak Lemang, Spaghetti Dan bubur Lambuk yang aku mention sedap tu! Roti canai, roti Jala, roti bom pun dihidang kat dalam stall di luar. Dah lama tak makan roti bom, haruslah aku excited time nampak tu oi!! Otak Otak, Dan pepes pun diletakkan sebelah stall satay 😃
Psst, air minuman pun bukan sejenis Dua je malah berjenis jenis Ehh!! ABC pun korang boleh buat sendiri kat sini! Menarik! Dessert, kuih raya dan buah buahan seharusnya ada. Barulah lebih lengkap orang kata! Kurma nanti pun ada disediakan, tak perlu lah bawak Dari rumah yer.. Ish, serious, terliur lah bila diingat semula!! Macam kena datang lagi bulan Ramadan soon 🌹
Sambil tu, kita dihiburkan dengan persembahan angklung sepanjang berbuka puasa nanti. Merdu bunyiknya.
Ini pun best! Emcee Zana menghiburkan suasana! Meriah ye tengok emcee terlebih gila gula ni.. Hahaha.. Cantik Dan happy go lucky orangnya! Tapi beliau takda setiap hari lah dalam bulan Ramadan nanti. Huhu.. Ni dia tanya Kak Hernee time Kak Hernee dah ber round round makan 😁 Nampak tak sup Gearbox depan meja tuh dengan yang sedang cik Sun kokak tu? HAHAA.. Mantap awak! Kalau berbuka sini, jangan lupa usik menu sup tu Dan mintak straw sekali? Kekeke ~
Burrpp, kenyangnya... Lagi satu yang Nona suka sangat haritu bila GM bagitau, potongan 50% akan diberikan bagi sesiapa yang nak bawak anak anak yatim Dari rumah persatuan anak anak yatim berbuka ke sini untuk Dua minggu yang pertama dalam Ramadan. Alhamdulillah , moga diperluaskan lagi Rezeki Grand Al Mizan hendaknya
Facilities lain yang disediakan:Surau ✅Parking luas ✅
Overall, aku suggest sangat berbuka puasa kat sini sebab menunya lengkap dengan makanan yang aku sentiasa cari time bulan Ramadan. Alhamdulillah ngam! Gambar enak yang lain di Facebook Nona yer
✨BUFFET MAKAN BESAR RAMADHAN GRAND AL MIZAN 2023✨
⏩ EARLY BIRD SPECIAL RM 88 net per person🔔Special pricing valid: 13/2/2023-13/3/2023
🔜 NORMAL PRICEDewasa:RM108Kanak-Kanak atas 6tahun: RM58Warga Emas: RM58
GRAND ALMIZAN @ M SUITES HOTEL16A, Jalan Skudai, Straits View, Johor Bahru, Johor📞 Wasap.my/60197900471/earlybirdbuffetramadan📞Wasap.my/61094900471/earlybirdbuffetramadan🚗 Waze: bit.ly/Waze-GrandAlMizan 🚗 Google Map: bit.ly/GMap-GrandAlMizan
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2023/03/berbaloi-betul-berbuka-puasa-dengan.html