Buffet Ramadan 2023 Di Dorsett Grand Subang
Buffet Ramadan 2023 Di Dorsett Grand Subang | Assalamualaikum semua... Siapa sini budak Subang Jaya?? Angkat tangan!! yeah kita geng. So, bulan puasa nanti berbuka puasa kat mana? Ha, kalau teringin nak berbuka puasa di hotel, apa kata kata datang ke Dorsett Grand Subang yang terletak di SS 12 Subang Jaya. Baru-baru ni sis dah pergi ke Preview Buffet Ramadan kat sini. So, nah sis kongsikan dengan korang apa yang menarik ada kat sini
Bertemakan “CitaRasa Malaysia”, tahun ini bertempat di Terazza Brasserie, Dorsett Grand Subang akan membawa kita mengembara ke 14 negeri di Malaysia dengan menyajikan pelbagai hidangan istimewa di seluruh nusantara yang dibuat setiap hari oleh pasukan chef yang pengalaman. Pasti waktu berbuka puasa korang bersama keluarga dan rakan, orang tersayang dan rakan perniagaan akan menjadi lebih bermakna
Mesti korang nak tahu menu apa yang ada tahun ni kan. Antara menu yang menarik adalah seperti Nasi Tomato, Stir Fried Chicken with Dried Chili And Cashew Nuts, Roasted Chicken With Garlic & Rosemary Sauce, Brown Squid Kam Heong Style, Gulai Kawah Daging, Masak Lemak Udang, Ikan Goreng Berlada, Vegetable Dhalca, Stir Fried Kailan with Salted Fish, Ayam Goreng dan Pajeri Nenas. Lauk -pauk dah ada tentu lebih sedap jika dimakan bersama kerabu. Macam-macam jenis kerabu ada seperti Kerabu Ayam, Kerabu Mangga, Kerabu Taugeh, Kerabu Kacang Botol dan juga Kerabu Lautan Segar
Biasanya kalau datang ke buffet ramadan mesti nak makan kambing kan. Korang boleh la ke Arabic Corner untuk menikmati Roasted Baby Lamb bersama Mandi Arabic Rice, BBQ Minced Lamb Skewered with Tahini, Baba Ganoush, Hummus, Mint Leaves dan Lemon Wedges. Ada juga Chicken Shawarma tau
Bagi penggemar makanan laut pula boleh ke bahagian Seafood untuk menikmati oyster, udang, scallop, dan mussels. Kat sebelah dia pula ada ulam-ulaman dan juga pelbagai jenis sambal. Oh ya, bagi yang tak nak makan nasi, ada juga salad tau. Tak pun boleh ke bahagian Noodle Live Cooking Station dan juga Pasta Live Cooking Station
Selain tu korang kena try juga menu lain seperti Roti John, Murtabak, Roti Telur, Satay Ayam, Satay Daging, Lamb Tandoori, Chicken Tandoori, dan paling korang kena try adalah Sup Gear Box. Fuh, dia punya Gear Box tu bukan kaleng-kaleng tau. Besar giler dan isi dia pun banyak. Seketul tu boleh makan 6 orang tau. Kena pulak dengan sambal kicap dia, perghhhhh... thorbaekkk
Apa kata sebelum kekenyangan, korang tinggalkan sedikit ruang untuk pencuci mulut. Rugi tau kalau tak cuba pelbagai jenis desserts yang sedap-sedap. Kuih-muih Tradisional pun ada tau. Selain tu ada juga buah-buahan, kurma, ais kacang, cendol, aiskrim dan juga pelbagai jenis air minuman
Dah tengok menu mesti nak tahu harga kan. Nah, ni harga dia :
Harga Buffet Ramadan 2023 CitaRasa Malaysia Di Dorsett Grand Subang
Harga buffet :RM168 nett (Dewasa)RM138 nett (Warga Emas 60 tahun ke atas)RM90 nett (Kanak-kanak 6-12 tahun)
Promosi Early Bird : 1 Februari hingga 20 Mac 2023RM130 nett (untuk dewasa sahaja)
Tarikh Buffet :23 Mac hingga 20 April 2023
Masa Buffet :6.30 petang hingga 10.30 malam
Oh ya, istimewa untuk bulan Ramadan kali ini ada Durian Musang King tau. So, buat penggemar durian jangan lepaskan peluang untuk menikmati durian yang baru dituai oleh Agro Best Services Malaysia Sdn Bhd, dan dihantar setiap hari dari bumi Musang King Durian – Raub Pahang ke Hotel. Tapi untuk Durian Musang King ni harga kena Add On ye iaitu RM130 nett untuk sebiji (harga tak termasuk dalam buffet)
Untuk tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi +603 5031 6060atau e-mel
[email protected]Alamat :Dorsett Grand Subang Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2023/02/buffet-ramadan-2023-di-dorsett-grand.html