Mencari Kelainan Berbuka Puasa Ramadan Ini Boleh Ke Galah Gala Seafood Restaurant Ttdi Kuala Lumpur


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Makin rancak sekarang ni promosi sana sini untuk buka puasa dan juga tak kurang yang menawarkan Bufet Ramadan, dengan pelbagai makanan Melayu atau makanan tradisi. Sekali sekala nak juga cuba citarasa lain sikit betul tak. Sebab tu kali ni Maha nak pergi untuk cuba set buka puasa istimewa disebuah restoran yang terletak di TTDI Kuala Lumpur



Ia adalah sebuat restoran yang baru juga beroperasi, sebab sebelum ni Maha tidak pernah cuba lagi makanan di sini. Nama restoran ini unik mengikut menu utama meraka iaitu Udang Galah. Sebab itu nama restoran ini Galah Gala Seafood Restaurant. Ini kerana ia adalah restoran makanan laut jadi hidangan untuk buka puasa kali ini bertemakan makanan laut



Maha jadi excited nak cuba, masa sampai restoran ini sangat exclusive dengan dekorasi yang simple tapi tetap mewah. Ada dua konsep tempat makan yang boleh dipilih, iaitu nak makan kat luar sambil menikmati pemandangan lebih terbuka, atau makan dalam dengan suasana sejuk berhawa dingin. Kalau kat luar tu konsep macam tepi pantai walaupun tiada pantai di situ dengan kerusi dan meja yang digunakan sangat menarik. Cuma kat luar tu terasa panas kerana Malaysia negara yang suhu panas bila tiba waktu tengah hari




Kalau dalam tu ada satu bilik privasi yang boleh di tempah awal dan syarat kena order makanan minimum lebih dari RM1200. Restoran ni adalah tiada pork dan juga tiada alcohol. Manakala sumber bekalan makanan dari pembekal yang ada persijilan halal. Juga mereka tidak membenarkan pelanggan membawa minuman beralcohol dari luar untuk minum di sini. Memang mereka jaga tentang perkara itu




Bagi menu buka puasa kali ini Restoran Galah Gala menampilkan beberapa set menu Galah Raya yang boleh dipilih dan dinikmati oleh pengunjung yang memilih untuk berbuka di sini. Set mereka adalah dari 4 pax, 6 pax dan 10 pax. Jadi kalau datang ramai makan satu keluarga besar boleh ambil set yang besar. Kalau makan ngan kawan-kawan sekerja yang tak berapa ramai boleh ambil set yang rendah. Harga pun ikut set tu lah dan juga kuantiti makan ikut pada jumlah pax. 



Dalam set menu yang Maha makan ini adalah untuk 6 orang makan dengan harga RM795nett. Dalam set ini juara mereka iaitu mesti Udang Galah. Kalau mereka yang pakar dalam pemilihan udanga Galah, mesti tahu kerana di sini mereka menggunakan Udang Galah saiz U3 yang sedehana besar, kalau yang paling besar iaitu saiz U1. Juga bekalan Udang Galah sini daripada negara India dan memang penuh isinya. Boleh tengok saiz udang dengan tapak tangan Maha besar lagi udang tu hehehe



Manakala konsep masakan di sini adalah Chinese style dan sebab itu Udang Galah tu di masak Dried Chilli. Tidak begitu pedas sangat dan ada rasa manis-manis daripada isi udang yang masih lembut di dalamnya. Juga udang tu dibelah kepada dua. Memang puas hati makan Udang Galah mereka. Rasa tak cukup sebelah tu hehehe

Udang Galah Dried Chili

Selain itu juga, ada lagi Ikan Siakap Goreng Masak Kapitan. Ni pun sama saiz ikan besar nak mampus dan juga isi banyak. Rasa masakan mereka sedap dan segala lengkap pedas dan juga masam masin semua ada. Tak lengkap makanan laut kalau tiada sotong. Dalam set ini ada Grilled Sotong with Homemade Chili. Sotong saiz king besar yang dibakar tidak liat dan juga cicah dengan sos istimewa mereka sangat padan best

Ikan Siakap Goreng Masak Kapitan
Grilled Sotong with Homemade Chili

Kemudian ada lagi, mereka bagi Lemongrass Chicken. Ayam tu bahagian kepak goreng garing tau melengkapi set ini. Juga ada sayur iaitu Broccoli Mushroom Tau Kan. Masak gaya Chinese style. Nak pilih sayur lain ada juga iaitu kailan. Ikut pada selera masing-masing. 
Lemongrass Chicken
Broccoli Mushroom Tau Kan

Manakala kat meja bufet pula ada nasi putih dan juga buah kurma, sunnah buka puasa dengan kurma dahulukan. Serta ada pelbagai hidangan kuih muih tradisional, almaklumlah buka puasa akan disediakan pencuci mulut ini. Juga ada pelbagai jenis buah-buahan potong untuk melengkapi buka puasa. Kalau Chinese punya set akan ada sup mereka juga sediakan Sup Ayam kat meja bufet. Makanan kat meja bufet ini boleh ditambah dan diambil bila-bila masa sahaja. Cuma ingat jangan membazir ok bulan mulia tak elok membazir




Bagi Maha set ini sangat lengkap dan mencukupi untuk buka puasa makan tak terlalu kenyang dan masih boleh beribadah selepas berbuka. Juga makanan semua berkualiti dan segar. Sebab itu Maha candang kalau nak mencari konsep buka puasa yang luar dari kebiasaan sini tempat yang berbaloi



Harga yang Maha tunjuk tu adalah harga biasa tapi kalau booking awal untuk promo early bird bermula dari 1 hingga 28 Mac 2023 ini boleh dapat diskaun 10% lagi. Kiralah sendiri berapa kurang banyak juga tu. Tarikh mula jual set Galah Raya pula dari 29 Mac hingga 19 April 2023. Waktu untuk buka puasa adalah dari jam 5.30petang hingga 10.00malam. So rancang tarikh untuk datang kerana booking awal lagi selamat



Lokasi tepat restoran ni ia terletak di Tingkat 2 Bangunan AHP di tengah kawasan parking berbayar di TTDI tu. Kalau tak tahu boleh jer Google atau Waze mesti jumpa. Parking sini banyak cuma berbayar sahaja lah kalau ada ruang kosong kat luar boleh jer letakkan. Apa lagi mungkin sini boleh jadi salah satu list dalam tempat buka puasa korang kali ini. Maha rekemen kerana kesegaran dan kesedapan masakan mereka. Selamat menjamu selera dan selamat berbuka ok. 
Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :Tel : 014-9304513Facebook : https://www.facebook.com/galahgala.ttdiInstagram : https://www.instagram.com/galahgala_seafoodrestaurant Galah Gala Seafood RestaurantL-3-2, Level 2, TT Gardens, Bangunan Ahp,Jalan Tun Mohd Fuad 3,Taman Tun Dr Ismail,60000 Kuala Lumpur.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/03/mencari-kelainan-berbuka-puasa-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Galah Gala Seafood Restaurant Di Ttdi

Galah Gala Seafood Restaurant Di Ttdi

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 446 hits
Sedapnya Seafood di Galah Gala Seafood Restaurant Assalamualaikum holla korang baru baru ni tekak teringin nak makan seafood tau dapat makan udang galah pun sedap juga kan Tapi mana nak cari restaurant seafood yang hidangkan seafood yang te...
Dua Restoran Untuk Dua Citarasa Berbuka Puasa Berbeza Di Pullman Kuala Lumpur Bangsar

Dua Restoran Untuk Dua Citarasa Berbuka Puasa Berbeza Di Pullman Kuala Lumpur Bangsar

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 367 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Masih banyak lagi tempat berbuka puasa yang menarik nak Maha kongsikan kepada semua Ini satu lagi tempat dalam satu hotel ada ...
Berbaloi Betul Berbuka Puasa Dengan Buffet Makan Besar Ramadan Di Grand Al Mizan

Berbaloi Betul Berbuka Puasa Dengan Buffet Makan Besar Ramadan Di Grand Al Mizan

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 232 hits
Berbaloi Betul Berbuka Puasa dengan Buffet Makan Besar Ramadan di Grand Al Mizan Hai harini masuk lagi ke hari dan minggu baru Syukur Bermakna Ramadan pun semakin menghampiri Semoga kita sampai ke Ramadan 2023 kalini Amin Haa apa lagi Salah...
Buffet Ramadan Di Menara Kuala Lumpur Citarasa Asli Daripada Dato Chef Ismail Pertandingan Memasak Bubur Lambuk

Buffet Ramadan Di Menara Kuala Lumpur Citarasa Asli Daripada Dato Chef Ismail Pertandingan Memasak Bubur Lambuk

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 441 hits
Hai pembaca kesayangan Bagi memeriahkan bulan Ramadan tahun ini Menara Kuala Lumpur kembali berkolaborasi dengan Dato Chef Ismail dengan buffet Ramadan bertemakan Citarasa Asli daripada Dato Chef Ismail bermula dari 25hb Mac 2023 hingga 19h...
Buffet Ramadan 2023 Nostalgia Ramadan Di Ideas Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2023 Nostalgia Ramadan Di Ideas Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 244 hits
Hi Korang Sambut Ramadan Mubarak kali ini diiringi Nostalgia Ramadan Buffet yang mempersembahkan juadah berbuka melebihi jenis hidangan Mari rebut harga promosi pembelian awal kami hanya RM119 seorang bermula 11 2 2023 sehingga 20 3 2023 be...
Ramadan Treats Galore At W Kuala Lumpur

Ramadan Treats Galore At W Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 288 hits
Embrace the spirit of sharing and giving by gathering your loved ones at the boldest hotel in Kuala Lumpur this Raya A rewarding Ramadan culinary experience await diners and travelers at the leading city escape in the heart of Kuala Lumpur ...
Jom Berbuka Puasa Di Zaituna Restaurant Buffet Ramadhan

Jom Berbuka Puasa Di Zaituna Restaurant Buffet Ramadhan

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum WBT JOM BERBUKA PUASA Zaituna Restaurant Buffet Ramadhan Biggest True Arabian Buffet in Malaysia Di PERSADA JOHOR INTERNATIONAL CONVENTION CENTREDewan yang digunakan boleh memuatkan 1000 pax Variasi Nasi Arab sebut sahaja se...
Buffet Ramadan 2023 Iftar Kuliner Nusantara Di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2023 Iftar Kuliner Nusantara Di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 406 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKembali lagi dalam rancangan makan buffet apa hari ni Haha baiklah kali ini aku nak kongsikan sebuah lagi lokasi yang anda boleh datang dan jamah menunya pada bulan Ramadan yang bakal tiba ini Terletak di ...
Buffet Ramadan Berkonsepkan Hidangan 1001 Rasa Di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadan Berkonsepkan Hidangan 1001 Rasa Di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 366 hits
hai assalammualaikumBuffet Ramadan Hidangan 1001 Rasa Di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur Dalam bulan puasa mesti kita sibuk nak membeli belah kan untuk persiapan raya Mana yang suka shopping di Sogo dan Jalan di Tuanku Abdul Rahman da...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba