Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan Awas Tau


Breastfeeding mommy semestinya akan rasa lega bila mengetahui bahawa susu ibu mempunyai kandungan nutrisi lengkap yang mampu menguatkan imuniti bayi, especially bayi baru lahir. That's why lah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun suggest mak-mak beranak kecik ni untuk menyusukan bayi sejak lahir sehingga usia enam bulan dan meneruskannya lagi sampai lah umur anak capai dua tahun



Tidak dapat tidak ibu-ibu yang menyusukan bayi ni daripada mengambil ubat-ubatan tertentu untuk merawat masalah kesihatan yang dialami. So persoalan tentang side effect ubat yang dimakan tu, kena pada baby atau tak, tu seringkali timbul, dan berlegar di ruang kotak minda ibu-ibu. Betul tak

Secara amnya, keselamatan ubat yang diambil ibu adalah bergantung kepada jenis ubat, penyakit ibu serta umur baby yang disusukan tu. So jom baca selanjutnya tentang kesan sampingan ubat yang barangkali boleh pass through breast-milk dan mungkin bakal menjejaskan kesihatan dan fungsi organ baby yang disusukan.
Artikel dari akhbar Metro Ahad ini sengaja Syu tulis dan siar semula di blog ini untuk panduan ibu-ibu menyusu agar lebih ramai faham bahawa pentingnya untuk dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi sebelum mengambil apa-apa ubatan dan supplement for the sake of your baby's health



Farmakologi setiap ubat adalah berbezaKesan sampingan ubat dipengaruhi oleh kepekatan ubat dalam susu ibu. Kemasukan ubat ke dalam susu juga bergantung kepada saiz molekul ubat, kadar pelekatan ubat terhadap protein (protein binding), sifat larut dalam lemak sesuatu ubat, bagaimana ubat disingkirkan daripada badan, cara pengambilan sesuatu ubat, dos ubat serta kekerapan pengambilannya.

Justeru, ibu yang menyusukan anak dinasihati untuk memaklumkan kepada doktor atau ahli farmasi semasa mendapat rawatan agar ubat yang sesuai dapat diberikan. Walau bagaimanapun, pemantauan perlu dilakukan terhadap bayi yang menyusu sekiranya ibu terpaksa mengambil sesetengah jenis ubat-ubatan. Ini adalah penting bagi memastikan kesan sampingan atau kesan yang tidak diingini dapat dielakkan.



Terdapat beberapa jenis ubat yang perlu diberi perhatian semasa menyusukan anak:Ubat yang selamat digunakan dalam penyusuanUbat dalam kategori ini selamat dalam penyusuan kerana kepekatan ubat yang diserap ke dalam susu ibu adalah rendah. Antara contohnya adalah ubat demam paracetamol

Ubat yang boleh diambil ketika penyusuan dan perlu memantau kesan sampingan kepada bayiUbat-ubatan dalam kategori ini biasanya jarang memberi kesan sampingan atau hanya memberi kesan sampingan yang ringan kepada bayi yang menyusu. Jika berlaku kesan sampingan kepada bayi, ibu dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor yang merawat. Ubat alternatif yang lain mungkin diberikan jika perlu

Ubat yang perlu dielak jika bolehUbat dalam kategori ini hanya disarankan untuk diambil oleh ibu menyusu sekiranya tiada alternatif ubat yang lain. Dalam keadaan tertentu, penyusuan perlu diberhentikan sementara waktu sehingga rawatan ubat berakhir

Ubat yang tidak selamat dalam penyusuanUbat-ubatan yang dikategorikan sebagai tidak selamat dalam penyusuan adalah ubat yang mempunyai kesan yang memudaratkan kepada kesihatan bayi. Sebagai contoh, ubat untuk rawatan jantung seperti ubat amiodarone, ubat anti-kanser dan sebagainya


Tip Untuk Mengurangkan Kesan Sampingan UbatIbu yang menyusukan anak perlu mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat termasuk ubat am dan juga ubat tradisional. Berikut merupakan beberapa tip bagi mengurangkan pendedahan bayi terhadap ubat-ubatan semasa penyusuan

Ibu haruslah sentiasa berbincang dengan doktor ataupun ahli farmasi sekiranya perlu mengambil ubat semasa penyusuan supaya ubat yang selamat diambil oleh ibu menyusu dapat diberikan
Ambil ubat pada dos dan masa yang telah ditetapkan, elakkan meningkatkan dos ubat tanpa arahan daripada doktor

Jika dos hanya perlu diambil sekali sehari, ibu disarankan mengambil ubat sejurus sebelum bayi tidur atau pada waktu yang jarak penyusuan bayi adalah panjang, contohnya pada waktu malam.Kadar risiko bayi terdedah kepada kepekatan ubat yang tinggi dapat dikurangkan kerana bayi tidur dan tidak menyusu dalam tempoh tersebut

Ibu boleh amalkan “susukan bayi dahulu kemudian barulah ambil ubat” supaya kepekatan ubat tidak terlalu tinggi apabila menyusukan anak untuk sesi seterusnya.Ibu juga boleh perah susu dahulu sebelum mengambil ubat dan simpan susu tersebut untuk sesi penyusuan seterusnya

Seandainya ibu perlu menjalani rawatan yang berisiko seperti terapi radioaktif, ibu dinasihatkan untuk memberhentikan penyusuan sepanjang tempoh rawatan.Dalam tempoh tersebut, bayi boleh diberi susu yang telah diperah sebelum rawatan bermula atau  menggunakan alternatif lain untuk menggantikan susu ibu seperti susu formula

Ibu boleh menggunakan kaedah “perah dan buang” sekiranya ibu perlu menjalani rawatan yang berisiko tetapi masih ingin meneruskan penyusuan selepas tempoh rawatan selesai.Hal ini penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan dan seterusnya boleh menyusu bayi selepas tamat sesi rawatan menggunakan ubat


Sentiasa dapatkan nasihat ahli perubatan terlebih dahuluSebagai kesimpulannya, ibu yang menyusu dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan atau memberhentikan sebarang pengambilan ubat semasa penyusuan. Jika anak mengalami tanda-tanda yang luar biasa atau membimbangkan, ibu perlu membawa anak berjumpa dengan doktor segera

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan ubat-ubatan, orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).pantang larang ibu menyusu,bolehkah ibu demam menyusui anak,ibu menyusu demam boleh makan panadol,ubat selsema yang sesuai untuk ibu menyusu jamu yang sesuai untuk ibu menyusu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://annursyuhadah.blogspot.com/2020/12/-ubat-boleh-terlepas-ke-dalam-susu-badan-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berat Badan Anak Bawah Garis Normal Ibu Ini Kongsi Menu Untuk Anak Susah Makan

Berat Badan Anak Bawah Garis Normal Ibu Ini Kongsi Menu Untuk Anak Susah Makan

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 351 hits
Bila anak mula makan perkara pertama yang selalu merisaukan ibu adalah kenapa anak sendiri kurus je tapi anak orang lain beratnya ok Lagi haru kalau anak memang jenis susah atau cerewet makan Kebanyakan anak yang cerewet makan ni kurang ber...
Dilarang Membuat Sabun Dari Susu Badan Susu Ibu Adalah Suci Pesan Untuk Ibu Menyusu Mufti

Dilarang Membuat Sabun Dari Susu Badan Susu Ibu Adalah Suci Pesan Untuk Ibu Menyusu Mufti

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 208 hits
Membuat sabun dari lebihan susu badan sangat popular dalam kalangan ibu menyusu Namun apakah hukumnya membuat sabun dari lebihan susu badan untuk kegunaan sendiri Ikuti perkongsian daripada laman rasmi Assalamualaikum w b t Saya ingin berta...
Panduan Cara Panaskan Susu Badan Ibu Dengan Betul

Panduan Cara Panaskan Susu Badan Ibu Dengan Betul

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 312 hits
5 Cara Panaskan Susu Badan Ibu Dengan Betul Ibu ibu yang ingin menyimpan susu perahan hendaklah memahami teknik yang betul cara penyimpanan susu ibu cara panaskan chilled ebm cara mengetahui susu ibu rosak dan sebagainya Info info ini penti...
Halia Boleh Turunkan Berat Badan

Halia Boleh Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 239 hits
Terdapat pelbagai cara untuk menurunkan berat badan Selain senaman mengambil makanan alami seperti halia juga boleh membantu mengurangkan berat badan Halia sejenis tumbuhan berakar mempunyai rasa pedas dan sering digunakan dalam masakan har...
Cuma Kawal Makan 7 Hari Tapi Turun 6kg Boleh Cuba Kaedah Diet Gm Sesuai Untuk Yang Nak Turun Berat Cepat

Cuma Kawal Makan 7 Hari Tapi Turun 6kg Boleh Cuba Kaedah Diet Gm Sesuai Untuk Yang Nak Turun Berat Cepat

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 454 hits
Seminggu boleh turun 5kg 8kg Banyak tu Bagi yang perlu menurunkan berat badan dengan kadar cepat mungkin boleh cuba kaedah GM Diet ini Kaedah yang sama juga dicuba oleh Mied Majid sehingga berjaya menurunkan 6kg dalam masa seminggu Ini yang...
Sama Macam Pejabat Ibu Ni Kongsi Idea Guna Partition Di Meja Makan Bantu Anak Fokus Belajar Kreatif

Sama Macam Pejabat Ibu Ni Kongsi Idea Guna Partition Di Meja Makan Bantu Anak Fokus Belajar Kreatif

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 622 hits
Sesi pembelajaran dari rumah atau PdPR yang dilaksanakan anak anak kita di rumah kini menuntut lebih banyak fokus bukan hanya dari anak itu sendiri bahkan ibu bapa Bagi memantau pembelajaran anak di rumah seorang ibu tampil berkongsi cara m...
Bahaya Makan Pil Untuk Keguguran Boleh Menyebabkan Pendarahan Serius

Bahaya Makan Pil Untuk Keguguran Boleh Menyebabkan Pendarahan Serius

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 449 hits
Akibat kecewa bekas tunang tak mahu bertanggungjawab ke atas dirinya dan bayi yang dikandung seorang gadis nekad untuk menggugurkan janin yang telah berusia 20 minggu Dia dipercayai menggugurkan janin tersebut dengan cara membeli 10 biji ub...
Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Czer Boleh Tapi Ada Perkara Yang Ibu Kena Tahu

Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Czer Boleh Tapi Ada Perkara Yang Ibu Kena Tahu

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 273 hits
Selepas melalui proses kelahiran secara pembedahan ada sesetengah ibu yang mahukan bersalin secara normal untuk anak yang seterusnya Doktor di hospital akan menyarankan apa jenis kelahiran yang sesuai mengikut keadaan si ibu Ada yang dibena...
Emma Maembong Dikritik Muat Naik Gambar Pam Susu Badan Di Tempat Awam

Emma Maembong Dikritik Muat Naik Gambar Pam Susu Badan Di Tempat Awam

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 415 hits
MALAYSIA Pelakon Emma Maembong menerima kecaman netizen kerana memuat naik gambar dirinya berjalan di luar dengan pam susu badan diikat pada seluar jeansnya Gambar tersebut dikongsinya di Instagram beliau pada Jumaat Beberapa netizen tid
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Rakyat Tidak Lupa Bendera Putih

Rakyat Tengah Susah Ini Buktinya

Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis