Beras Tempatan Di Kelantan Tak Terjejas Beras Siam Pilihan Utama


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Sep 20, 2023 
Ketika isu kekurangan bekalan beras tempatan di negeri-negeri lain, situasi sedemikian didapati tidak berlaku di Kelantan.

Ia susulan permintaan terhadap bekalan beras tempatan di negeri Cik Siti Wan Kembang kurang memberangsangkan kerana kebanyakan penduduk lebih sinonim menggunakan beras Siam.

Malah bekalan beras yang di seludup dari negara jiran mudah didapati di kedai-kedai runcit termasuk di kawasan kampung.

Tinjauan Malaysiakini mendapati di beberapa pasar raya utama, bekalan beras tempatan mencukupi dan kurang mendapat sambutan.

Walaupun harga ditawarkan sekampit beras Siam lima kilogram lebih mahal berbanding harga beras putih tempatan, boleh dikatakan majoriti pengguna di Kelantan lebih memilih beras Siam.

“Beras tempatan orang beli juga tapi jualannya tak laju sangat, jadi bekalan sentiasa cukup setakat ini.

“Mungkin sebab orang Kelantan lebih suka beli beras Siam,” kata seorang pekerja pasar raya yang enggan disiarkan namanya.
Harga beras putih tempatan dijual dengan harga RM13 bagi kampit lima kilogram (kg) hingga RM26 bagi kampit 10kg.

Harga bagi lima beras Siam pula antara RM20 hingga RM30 sekampit berbanding harga beras tempatan sekitar RM13 hingga RM15 bagi sukatan sama.

Beras Siam kampit 10kg pula jarang dijual lebih kurang RM40 tetapi penawarannya amat kurang berbanding kampit 5kg.

Seorang peniaga kedai runcit mahu dikenali sebagai Helmi, 35, berkata dia memilih untuk menjual beras Siam sepenuhnya kerana permintaan tinggi daripada pengguna.

“Kalau di kawasan kampung ini orang tak beli beras Malaysia (tempatan), orang cari beras Siam belaka. Kalau saya jual beras Malaysia pun payah laku.

“Orang di sini beli beras Malaysia kalau tak ada pilihan, apabila beras Siam tiada stok jadi terpaksa beli yang mana ada.

“Harga beras Siam lebih mahal tetapi mungkin jadi pilihan sebab kualiti lebih bagus,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Kota Bharu.

‘Nasi lambat basi’

Sementara itu seorang peniaga restoran Suraini Mustapha, 48, berkata dia juga menggunakan beras Siam untuk menyediakan nasi yang dijual di kedainya.

Katanya, sebagai peniaga mereka mengutamakan kualiti nasi yang baik untuk dihidang kepada pelanggan.

“Beras Siam ini lebih berkualiti misalnya nasi susah basi, lebih kembang, lembut dan rasa lebih sedap.

“Kebanyakan peniaga nasi di Kelantan memang akan guna beras Siam. Ia lebih mudahkan kita untuk memasak,” katanya yang juga pemilik restoran Su Tomyam di Kubang Kerian.
Rosli ZakariaSeorang pengguna Rosli Zakaria, 42, berkata dia sekeluarga menggunakan beras Siam sejak sekian lama kerana kualiti yang lebih baik.

“Saya memang guna beras Siam sebab lebih berkualiti, jadi isu bekalan beras tempatan berkurang kita tak ambil kisah sangat.

“Kita di sini tak terasa sangatlah (beras tempatan kurang),” katanya yang juga seorang tukang jahit.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/beras-tempatan-di-kelantan-tak-terjejas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tingkat Keluaran Beras Putih Tempatan

Kerajaan Tingkat Keluaran Beras Putih Tempatan

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 286 hits
Bekalan beras putih tempatan akan pulih dalam tempoh sebulan susulan kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam satu kenyataan Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jangkaan itu berdasarkan langkah intervensi dilaksana k...
Beras Tempatan Mencukupi Kerajaan Selangor Akan Jual Beras 5kg Rm13

Beras Tempatan Mencukupi Kerajaan Selangor Akan Jual Beras 5kg Rm13

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 272 hits
Kerajaan Negeri Selangor akan melakukan intervensi harga dan bekalan dalam menghadapi isu kekurangan Beras Putih Tempatan Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari intervensi tersebut dilakukan melalui Perbadanan Kemajuan Per...
Tokey Mydin Beras Tempatan Tiada Bekalan

Tokey Mydin Beras Tempatan Tiada Bekalan

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 252 hits
Isu beras sebenarnya isu global Ye memang benar Persoalanya isu ini telah lama dimainkan oleh economist dunia tapi kita di malaysia seolah didiamkan sehinggalah harinya tiba Beras tidak cukup dipasaran Untuk mengharapkan pasaran beras tempa...
Beras Tempatan Vs Beras Import Apa Yang Sebenar Berlaku

Beras Tempatan Vs Beras Import Apa Yang Sebenar Berlaku

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 367 hits
Ramai yang bertanya tentang isu harga beras yang mendadak naik Di pihak kementerian banyak maklumat telah pun diedarkan untuk memberikan penerangan Walau bagaimanapun ia dikatakan terlalu teknikal 1 Kenapa harga beras mendadak naik Harga be...
Bekalan Beras Tempatan Mencukupi Harga Stabil Dr Azman

Bekalan Beras Tempatan Mencukupi Harga Stabil Dr Azman

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 205 hits
Oleh Abdullah ZaidPeningkatan harga beras import bermula September ini dijadikan bahan serangan bertali arus pembangkang mendakwa konon kerajaan telah hilang kawalan terhadap stok dan pengedaran bahan makanan ruji rakyat Malaysia itu Malah ...
Belian Panik Punca Bekalan Beras Tempatan Terganggu

Belian Panik Punca Bekalan Beras Tempatan Terganggu

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 265 hits
Peningkatan harga beras import sehingga menganggu bekalan beras putih tempatan bermula September ini menyebabkan kekhuatiran masyarakat mengenai situasi bekalan beras negara Dalam hal ini Pengerusi Biro Petani KEADILAN Dr Azman Ismail mengi...
Mp Pasir Gudang Merungut Beras Tempatan Minyak Masak Gula Pasir Telur Ayam Yiiiileeeekkkk

Mp Pasir Gudang Merungut Beras Tempatan Minyak Masak Gula Pasir Telur Ayam Yiiiileeeekkkk

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 191 hits
Kalau MP pembangkang yang berbunyi nanti walanon masuk kata itu semua propagandis polifag pembangkang Dan kempen daripada agensi kerajaan pun bertaburan kononnya beras tempatan ada banyak Sekarang MP kerajaan sendiri yang berbunyi dan merun...
Ppa Raikan Jualan Rm1 Juta Beri Sokongan Kepada Ekonomi Tempatan Usahawan Wanita

Ppa Raikan Jualan Rm1 Juta Beri Sokongan Kepada Ekonomi Tempatan Usahawan Wanita

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 294 hits
Organisasi bukan keuntungan Persatuan Pembangunan Artisans telah berjaya mencapai kejayaan dengan memperolehi RM1 juta jualan melalui platform dalam talian outlet bazar secara fizikal dan sokongan penting daripada entiti swasta Kejayaan ter...
Keretapi Sarong Kota Bharu Kelantan 2023

Keretapi Sarong Kota Bharu Kelantan 2023

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 281 hits
Wow Keretapi Sarong kini di Bandar Kota Bharu pada 16 September ni Seronoknya nanti ramai ramai kita pakai baju tradisional dihiasi Sarong Tapi kali ni lain sikit lah sebab tiada keretapi yang akan digunakan kita meet up di beberapa checkpo...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet