Berapa Kcal Sepinggan Nasi Lemak Dengan Nescafe Ais
Berapa Kcal Sepinggan Nasi Lemak Dengan Nescafe Ais. Apa itu kcal? Kcal adalah singkatan kepada kilocalories. Inilah sarapan kegemaran rakyat Malaysia. Kalau makan angin ke oversea teringat-ingat nasi lemak. Nasi lemak tu bukan kosong je, ada la "aksesori tambahan" dia seperti nasi lemak yang berlemak, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, timun sehiris dua, telur mata, ayam goreng atau sambal sotong, sambal tumis dan macam-macam lagi ikut kreativiti nak makan.. kalau setakat nasi lemak je, tak jalan pulak kat tekak. Manalah orang tak rindu, kan? Asal berkumpul ramai-ramai balik kampung mesti ada menu nasi lemak.
Airnya pulak ada macam jenis. Ada yang mintak nescafe tarik, teh tarik, nescafe ais, teh ais, milo panas yang kebanyakannya ada susu sejat manis di dalamnya. Umphh!! Sedapnya.. hingga tak boleh nak bangun bila dah kenyang. Sebab apa? Banyak sangat kalori dalam hidangan kita hingga buat kita letih
Berapa agaknya nilai kcal dalam sepiring nasi lemak complete set dan secawan nescafe ais atau tarik? Dan, berapa banyak aktiviti kita nak kena buat agar kalori sebanyak itu dapat dinyahkan dari badan? Jom baca sampai habis.
Berapa Kcal Sepinggan Nasi Lemak Dengan Nescafe Ais
Haii.. para penggemar nasi lemak jangan pulak merajuk dan berhenti makan nasi lemak bila tengok paparan di bawah.
Sepinggan Nasi Lemak
hampir 1,000 kalori (kcal)
Sepinggan nasi lemak yang lengkap mengandungi hampir 1,000 kcal. Wow?? Macam tak percaya atau tak mau percaya ya! Saya pun macam tak mahu percaya tetapi kena terima hakikat bahawa sepinggan nasi lemak yang lengkap seperti dalam gambar mengandungi kalori yang tinggi
So, macam mana nak nyahkan 1000 kcal dalam badan? Jom kita semak penerangan di bawah
Cara 1:
Kalau main skipping dalam 10 minit boleh bakar 70 - 110 kalori
Kalau main skipping dalam 60 minit, boleh bakar sehingga 1,000 kalori
Nak main tali skipping kena buat beberapa cara, seperti lompat sebelah kaki atau dengan kedua-dua belah kaki. Bila penat, boleh diselang selikan dengan senaman regang kaki sambil duduk, angkat lutut atau berlari-lari anak. Kemudian sambung semula supaya tak boring
Secawan Nescafe Ais
1 cawan nescafe atau bersamaan 200 ml mengandungi,
160 kalori (kcal)
So, kalau nak bakar 160 kalori secawan nescafe ais, anda boleh lakukan aktiviti berikut:
✅ berjalan kaki = selama 36 minit✅ jogging = selama 15 minit✅ berenang = selama 11 minit✅ mengayuh basikal = selama 20 minit
Ini anggaran pengiraan untuk wanita berusia 35 tahun dengan tinggi 170 cm dan berat 65 kg.
Bagi mengelakkan obesiti, kita kena kurangkan pengambilan nasi lemak lengkap dengan padanan nescafe ais, teh tarik dan sebagainya sebagai rutin sarapan pagi kita. Kalau nescafe ais di ganti dengan air masak, dia dah berkurang 160 kalori. Dan begitulah seterusnya.
Tapi, macam mana nak cakap ye? Biasanya kita akan fikir.. makan dulu lah, esok lusa diet, tak makan lagi.. hehe
Yang penting, makan apa pun tetapi jaga jumlah yang kita ambil dan tengok juga kandungan lemak, gula dan sebagainya.
Semoga bermanfaat. Kita jaga kita, kita ingatkan kita.
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/08/berapa-kcal-sepinggan-nasi-lemak-dengan.html