Nasi Lemak Geng Di Mcdonald S Pastinya Menaikkan Selera Anda
Siapa yang tak tahu Nasi lemak sudah menjadi salah satu makanan kegemaran orang Malaysia. Kalau pagi-pagi menyinggah gerai nasi lemak mesti korang perasan semua jenis kaum tengah beratur. Asasnya nasi lemak kita ni letak telur, timun, ikan bilis goreng,kacang goreng dan sambal.
Namun sekarang ni, pelbagai hidangan yang disajikan bersama nasi lemak. Ada yang makan nasi lemak dengan ayam, daging, sotong, udang, dan hati lembu. Tambahan lagi dengan nasinya yang pelbagai warna dari putih kini biru, hijau, merah, kuning, semua ada.
Punya nak kasi viral kan! Tapi apa-apapun, pergilah ke negeri mana sekalipun nasi lemak ‘biasa’ pasti menjadi pilihan semua
Kita sedia maklum bahawa Nasi lemak ini sudah menjadi makanan ruji rakyat Malaysia. Tak kira bangsa agama mahupun latar belakang budaya. Nasi lemak selalunya dimakan untuk sarapan pagi. Namun trend sekarang masyarakat dah tak kisah kerana ia boleh dimakan pada waktu petang dan malam juga
Mungkin juga disebabkan oleh kesibukan bekerja menjadikan nasi lemak ini makanan yang bersifat 'universal' yang mana sesuai dimakan bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.
Nasi lemak boleh menjadi makanan yang tidak terlalu berat untuk dijadikan sarapan. Namun, ianya boleh menjadi makanan yang berat pada waktu lunch dan makan malam apabila ditambah dengan bermacam-macam jenis lauk.
Kini McDonald's memperkenalkan siri Nasi Lemak Geng.
Kita semua tahu bahawa McDonald's boleh menjadi sangat kreatif dalam memasukkan rasa tempatan dengan menu barat mereka. Baru-baru ini, francais makanan segera yang popular muncul dengan Cendol McFlurry lengkap dengan sedikit kelapa dan cendol agar-agar.
Kini mereka melakukannya lagi dengan rangkaian kombinasi nasi lemak yang menyelerakan yang pastinya anda tidak mahu ketinggalan.
Anda boleh pilih antara Nasi Lemak Rendang Ayam, Nasi Lemak GCB, atau Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe. Boleh didapati di semua jenis cawangan McDonald's di seluruh Malaysia.
Nasi Lemak Geng McDonald's dengan tiga hidangan sampingan yang berbeza
Walaupun McDonald's terkenal dengan makanan barat, namun untuk meraihkan pelbagai rasa tempatan, McDonald's memperkenalkan Nasi Lemak McD dengan tiga hidangan sampingan yang berbeza untuk dipilih.
Sudah semestinya rasanya mengikut selera kita orang tempatan. Nasi kelapa wangi, ikan bilis rangup, timun segar, dan telur goreng, di atas dengan sambal pedas. Aroma yang menggembirakan pasti akan menaikkan selera anda.
Ia terdiri daripada semua elemen klasik yang membentuk nasi lemak yang hebat – nasi dengan santannya yang wangi dan cukup lemak, ikan bilis goreng rangup, telur goreng yang sempurna, dihiasi pula dengan sambal pedas, meletup
Lebih hebat lagi, ia disajikan dengan Ayam Goreng McD! Perfect
Anda boleh mendapatkan menu ini di mana-mana outlet. Tambahan, ia tersedia sepanjang hari! Dapatkannya untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam, atau makan malam, pilihan ada di tangan anda.
Sementara itu kepada anda yang malas nak beratur untuk mencari nasi lemak sedap, bolehlah mencuba Nasi Lemak McD yang boleh didapati di semua cawangan McDonald di seluruh Malaysia
Nak lagi mudah guna ja servis Food Delivary dari FoodPanda. Foodpanda ni, satu Malaysia ada. Merata negeri, merata ceruk dari Semenanjung sampai Sabah Sarawak. Sama macam McDonalds. Jadi kalau nak order menu McDonalds guna Foodpanda memang sesuai sangat.
Sekarang dah ada banyak servis delivery makanan dan salah satunya adalah servis Food Delivary dari FoodPanda. Hanya perlu order je dan makanan sampai depan pintu rumah. Tak perlu lagi hadap kesesakan jalan raya. Banyak membazir asa kat situ.
Bukan itu sahaja, sekiranya korang seorang yang berkerjaya dan jarang memasak, servis penghantaran makanan merupakan pilihan yang terbaik. Korang tak perlu buang tenaga nak beli barang basah dan sediakan makanan.
Jom pesan makanan dengan foodpanda!
Jangan ketinggalan! Satu rasa pelbagai selera hanya di McD, jom order sekarang di FoodPanda. Nasi Lemak McD baru pasti akan memuaskan pencinta nasi lemak, cubalah hari ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2020/08/nasi-lemak-geng-di-mcdonalds-pastinya.html