Perdana Menteri Lawat Mangsa Banjir Di Pps Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Mentakab


 

TEMERLOH - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melawat mangsa banjir di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mentakab, di sini

Beliau yang tiba pada pukul 10.45 pagi meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk mendengar taklimat mengenai situasi banjir di daerah itu, serta bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan.
Terdapat 938 mangsa daripada 336 keluarga masih mendapatkan perlindungan di SJKC Mentakab, berikutan banjir di kawasan masing-masing belum surut sepenuhnya.
Menurut data Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, setakat pukul 8 pagi tadi terdapat 12,663 mangsa banjir daripada 3,629 ditempatkan di 79 PPS di seluruh daerah Temerloh.
Perdana Menteri seterusnya bergerak ke Karak untuk melawat sebuah lagi PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia.
Dalam pada itu, mangsa banjir yang ditemui Bernama di SJKC Mentakab, berkata Perdana Menteri sempat bertanya mengenai kebajikan mereka di PPS berkenaan dan berkongsi rasa simpati atas bencana yang menimpa.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kiri) beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir ketika melawat Pusat Pemindahan sementara (PPS) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Mentakab hari ini. - Foto BERNAMA
Winda Kaban, 39, berkata Perdana Menteri juga meminta pegawai perubatan untuk memeriksa suaminya, Rozali Muhammad Sharif, 53, yang lumpuh akibat angin ahmar sejak enam bulan lepas.
"Suami saya cuma terbaring, jadi PM panggil doktor untuk datang ke khemah kami sekali sekala periksa keadaan suami saya sebab dia tidak boleh berjalan ke depan (tempat pegawai perubatan)," katanya.
Kediaman mereka di Kg Tanjung Kerayong, Mentakab dinaiki air setinggi dua kaki dan dinasihatkan berpindah ke PPS oleh pihak polis berikutan bimbang keadaan suaminya akan menyukarkan proses menyelamat jika paras air terus meningkat.
Seorang lagi mangsa, Hazlina Ariffin, 53, berkata dia bersama ibu, Robiatun Kassim, 82, yang berkerusi roda berpindah ke kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Mentakab pada Isnin, sebelum ditempatkan di PPS berkenaan pada Selasa.
"Saya cuma risaukan keadaan ibu dan kami bernasib baik kerana rumah dekat dengan balai bomba. Jadi bantuan cepat sampai untuk membawa ibu saya keluar," katanya sambil menambah hanya sempat membawa keluar sedikit pakaian dan dokumen penting.
Dalam pada itu, tinjauan Bernama di sekitar bandar Temerloh mendapati keadaan semakin pulih dengan beberapa jalan utama sudah dibuka untuk kenderaan manakala sebahagian bandar Mentakab masih ditenggelami air. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/perdana-menteri-lawat-mangsa-banjir-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 000 Mangsa Banjir Masih Berada Di Lebih 100 Pps

13 000 Mangsa Banjir Masih Berada Di Lebih 100 Pps

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 279 hits
Jumlah mangsa banjir di dua negeri menurun tiga negeri kekalRakaman gambar sebuah rumah yang musnah akibat banjir lumpur di Sungai Telemong Pahang Gambar Bernama Jumlah mangsa banjir merekodkan penurunan di dua negeri manakala tiga negeri k...
Seramai 13 389 Mangsa Banjir Daripada 4 275 Keluarga Masih Berada Di 101 Pps Di Pahang

Seramai 13 389 Mangsa Banjir Daripada 4 275 Keluarga Masih Berada Di 101 Pps Di Pahang

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 221 hits
KUANTAN Seramai 13 389 mangsa banjir daripada 4 275 keluarga masih berada di 101 pusat pemindahan sementara di enam daerah di negeri ini sehingga jam 4 petang pada Isnin Situasi itu menunjukkan situasi banjir di negeri ini semakin pulih apa...
Isteri Pm Anak Sulung Lawat Mangsa Banjir

Isteri Pm Anak Sulung Lawat Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 216 hits
SHAH ALAM Beberapa Pusat Pemindahan Sementara di Selangor menerima kunjungan daripada isteri Perdana Menteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin bersama anak perempuannya Datin Nina Sabrina Ismail Sabri pada Isnin Menurut satu kenyataan media ...
Chopstick Sahaja Sudah Kecoh Belum Lagi Sekolah Jenis Kebangsaan

Chopstick Sahaja Sudah Kecoh Belum Lagi Sekolah Jenis Kebangsaan

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 292 hits
Melayu sudah tidak ada isu untuk menyatukan mereka semua Kaum cina terus kekal bersatu dan tidak boleh di usik walau sesuatu yang patut mereka boleh tinggalkan Malaysia for Malaysian Pembohongan sebuah perjuangan oleh DAP
Masjid Di Kl Dibuka Untuk Penempatan Sementara Mangsa Banjir Kata Menteri

Masjid Di Kl Dibuka Untuk Penempatan Sementara Mangsa Banjir Kata Menteri

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 183 hits
Masjid masjid di sekitar Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dibuka kepada mangsa banjir yang memerlukan penempatan sementara PETALING JAYA Masjid di sekitar Wilayah Persekutuan Kual...
Awani Ringkas 33 193 Mangsa Banjir Masih Di Pps Maxisbiggestsales

Awani Ringkas 33 193 Mangsa Banjir Masih Di Pps Maxisbiggestsales

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 250 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Banjir 3 794 Mangsa Taman Sri Muda Masih Di 21 Pps

Banjir 3 794 Mangsa Taman Sri Muda Masih Di 21 Pps

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 254 hits
Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED SHAH ALAM Seramai 3 794 mangsa banjir Taman Sei Muda Seksyen 25 masih ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara di sekitar bandar raya di sini setakat ini Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharud...
Banjir 225 Mangsa Di Melaka Dipindahkan Ke Pps

Banjir 225 Mangsa Di Melaka Dipindahkan Ke Pps

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 254 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA Pasukan bomba membantu memindahkan mangsa yang terjejas di Lubok China Alor Gajah hari ini MELAKA Seramai 225 penduduk di negeri ini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka di...
Banjir Dua Pps Dibuka Di Gua Musang Babitkan 129 Mangsa

Banjir Dua Pps Dibuka Di Gua Musang Babitkan 129 Mangsa

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 206 hits
HARAKAH DAILYFoto hiasan KOTA BHARU Seramai 129 orang daripada 20 keluarga di Gua Musang dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara setakat 10 pagi tadi selepas rumah mereka dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan di daerah itu sej...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024