Kalaulah Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Ketika Ini


 
Hanya dalam tempoh sekitar 100 hari lebih sikit memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob lebih dirakam dan dikenali kerana kegagalan berbanding kejayaan yang boleh dikenang.
Banjir yang berlaku, khususnya di Selangor, lebih menyerlah hakikat ketidakmampuannya sebagai pemimpin dalam mengurus negara sebagai Perdana Menteri.
Ketika ini, selain termenjadinya beliau sebagai Perdana Menteri mula disesali, ramai yang lain pula tanpa sembunyi meluahkan rasa meluat dan menyampah dengan kepimpinannya yang gagal itu.
Selain beliau sendiri dikategorikan gagal teruk, Ismail Sabri juga dilihat tidak upaya membetulkan perangai menteri-menterinya yang lemah dan tidak tahu bekerja.
Jika kita rajin mendengar perbualan golongan profesional dan ahli perniagaan di kafe-kafe sambil menikmati secawan kopi di sekitar ibu negara atau kita sendiri berkesempatan berbual-bual dengan mereka, rata-rata mereka begitu kecewa serta menolak kepimpinan Ismail Sabri.
Kata mereka, sudahlah mengurus ekonomi dan merangsang negara untuk mahu ke hadapan seperti tidak ketahuan, lebih malang lagi menangani banjir melalui kabinetnya yang besar pun tiada kemampuan.
Yang lain pula mencelah, itu baru berdepan dengan banjir yang biasa berlaku pada setiap tahun, belum lagi jika berlaku perang dengan negara lain atau lain-lain konflik yang lebih berat.
Bersama pelbagai luahan rasa kekecewaan itu, sebahagiannya tanpa berselindung berkata, kalaulah ketika ini Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri, pasti keadaan seburuk ini tidak dialami oleh negara kita atau dapat dielakkan.
Dengan Anwar selalu melahirkan idea yang segar untuk negara, berani serta pantas memberi reaksi terhadap sesuatu isu, suaranya tidak pernah diam, terutama di Parlimen, selain staminanya begitu gagah, bahkan terlihat lebih bertenaga berbanding Ismail Sabri, di samping kepimpinan yang menyerlah, beliau amat diyakini mampu mengurus negara ini dengan lebih baik ketika berlakunya krisis seperti sekarang ini.
Dalam suasana kritikal, selepas Covid19 dan kini dibebani dengan banjir, kepimpinan yang segar dan tangkas seperti yang ada pada Anwar adalah penawar yang sebenar.
Jika Anwar menjadi “panglima perang” menerajui negara ketika banjir ini, kita mungkin tidak akan mendengar rungutan tentang kelemahan NADMA atau Agensi Pengurusan Bencana Alam yang lambat bertindak di bawah pengawasan menteri lantikan Ismail Sabri sendiri.
Pasti Anwar akan bertindak lebih pantas membetulkan keadaan atau setidak-tidaknya memberi teguran yang keras kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap NADMA.
Pada era PH berkuasa sebelum ini dan berlaku tragedi pencemaran udara di Pasir Gudang pada 2019, NADMA yang ketika itu dibawah pengawasan Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri, telah terbukti bertindak dengan berkesan dan akhirnya berjaya melindungi keselamatan rakyat.
Itu baru NADMA di bawah jagaan Dr. Wan Azizah, bayangkan jika di dalam genggaman pengawasan suaminya, Anwar.
Jika Anwar menjadi Perdana Menteri ketika ini, menteri yang hanya tahu mencuci tahi cicak serta selayaknya dibayar gaji minimum RM1,200 sebulan saja, kalau pun tidak dipaksa meletak jawatan, sudah tentu akan disembur dengan peringatan yang menjadikannya lebih berhati-hati di masa depan.
Begitu juga dengan menteri-menteri yang suka bercuti ke luar negara, tanpa mengambil kira banjir sedang melanda, kalaulah Anwar jadi Perdana Menteri, di samping mungkin mengarahkan mereka pulang dengan segera beserta amaran dan suara yang lebih tegas, tidak mustahil beliau juga akan bertindak membeku atau memansuhkan percutian ke luar negara bagi menteri-menteri untuk suatu tempoh tertentu sehingga keadaan ekonomi negara dipulihkan sepenuhnya.
Seandainya Anwar jadi Perdana Menteri juga ketika ini, pasti bukan sekadar RM1000 bantuan yang diterima oleh mangsa banjir yang rumah mereka tenggelam dan perabot serta peralatan musnah semuanya itu.
Sebagaimana semalam beliau mencadangkan agar Ismail Sabri menangguhkan projek-projek mega dan menggunakan peruntukan itu untuk memberi bantuan kewangan lebih besar kepada mangsa banjir, dengan kuasa di tangannya, kalau pun tidak RM10 ribu, rasa-rasanya RM5 ribu akan diberikan Anwar kepada setiap mereka jika kuasa Perdana Menteri ada dalam tangannya.
Itulah Anwar, beliau sentiasa dikenali sebagai pemimpin yang lebih mengutamakan rakyat dan rekodnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum ini adalah bukti nyata bagi mereka yang mahu berfikir dan menerima realiti.
Sekarang pun, dengan kuasa dan kemampuan kewangan yang terhad yang dimilikinya, sekadar sebagai Ketua Pembangkang saja, lihatlah juga bagaimana beliau sentiasa muncul atau bersuara dalam apa juga tragedi yang menimpa rakyat dan negara.
Anwar adalah kerinduan sebenar rakyat yang dahagakan pembelaan, terutama di ketika Ismail Sabri dilihat semakin tidak bermaya dan hilang punca memimpin negara ini. – ShahbudinHusin 28/12/2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/kalaulah-anwar-ibrahim-jadi-perdana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Bantahan Menteri Kesihatan Dan Pengarah Kesihatan Bertemu Anwar

Selepas Bantahan Menteri Kesihatan Dan Pengarah Kesihatan Bertemu Anwar

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 184 hits
Saya baru menerima kunjungan dari Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah di pejabat saya tengahari tadi Ini adalah selepas kami Ahli ahli Parlimen menyatakan bantahan pada rencana ke...
Perdana Menteri Lawat Mangsa Banjir Di Pps Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Mentakab

Perdana Menteri Lawat Mangsa Banjir Di Pps Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Mentakab

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 264 hits
TEMERLOH Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melawat mangsa banjir di pusat penempatan sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mentakab di sini Beliau yang tiba pada pukul 10 45 pagi meluangkan masa kira kira setengah ja...
Anwar Ibrahim Mat Sabu Lim Guan Eng Kerajaan Melanjutkan Sidang Memb

Anwar Ibrahim Mat Sabu Lim Guan Eng Kerajaan Melanjutkan Sidang Memb

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 202 hits
Sidang Media Pakatan Harapan bersama Anwar Ibrahim Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng terkait pengumuman kerajaan untuk melanjutkan sidang Dewan Rakyat bagi membincang dan membahaskan Pindaan 16 12 2021 Dewan Rakyat
Ingatan Keras Buat Anwar Ibrahim Jangan Dengar Hasutan Dari Pelahap Ketua Peringkat Negeri

Ingatan Keras Buat Anwar Ibrahim Jangan Dengar Hasutan Dari Pelahap Ketua Peringkat Negeri

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 185 hits
ZUWAIRI MOHD YUSOFFSaya ingin memberi ingatan keras buat ANWAR IBRAHIM supaya tidak tidak termakan hasutan ketua PKR peringkat negeri yg kemaruk kuasa pelahap jawatan Ape berlaku di PRN MELAKA jadikan iktibar di PRU15 Tindakan meletakkan SH...
Anwar Ibrahim Is Not Resigning After All

Anwar Ibrahim Is Not Resigning After All

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 180 hits
PKR Communication director Fahmi Fadzil has confirmed as fake a statement purportedly from party secretary general Saifuddin Nasution that Anwar Ibrahim had relinquished his position as head of the party Fahmi issue a note in the party s of...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024