Sesi perbincangan bersama panel telah diadakan, dikenali, SMRter Snacker ini menyaksikan para peserta terlibat dalam aktiviti memberi inspirasi untuk mengamalkan tabiat snek secara berhemah dengan mengalakkan para peserta untuk fokus terhadap rasa dengan menikmati setiap makanan yang dirasai. Barisan panel penceramah juga berkongsi pendapat mengenai fokus strategik syarikat Mondelez iaitu Snacking Made Right— dan bagaimana ia dapat dilaksanakan melalui kelestarian bersnek yang berhemah dengan memberi impak terhadap manusia dan seluruh planet ini.
Sesi SMRter Snacker ini diketuai oleh Pengurus Nutrisi dan Komunikasi Strategik Mondelēz AMEA, Pei Gee Chew, serta barisan panel yang hebat untuk topik snek secara berhemah ini seperti Dr. Satvinder Kaur, Penolong Profesor, Ketua Program Nutrisi dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Gunaan Terapan, Universiti UCSI dan Encik Nash Idrus yang merupakan seorang selebriti jemputan dan juga seorang bapa yang berkongsi pendapat dari perspektif keibubapaan.
Para peserta tekun menyelesaikan tugasan yang diberikan sewaktu bengkel berlangsung
Majoriti pengguna mengamalkan pemakanan snek beberapa kali dalam kehidupan harian mereka. Snek berupaya memberi ledakan tenaga yang diperlukan oleh mereka dalam meneruskan kehidupan seharian. Kebiasaannya, kebanyakan rakyat Malaysia makan snek sebanyak 6 ke 7 kali sehari. Lazimnya, kekerapan memakan snek ini berpunca daripada kesibukan masa yang padat. Antara faktor yang menyumbang terhadap isu ini adalah gaya hidup aktif para pengguna. Pada tahun 2018, jumlah jualan produk snek (makanan ringan) di Malaysia adalah lebih kurang RM1.28 bilion. Jumlah ini dijangka akan meningkat.
Menurut James Kane, Pengarah Urusan Mondelēz (Malaysia) menjelaskan, “Para pengguna tidak perlu memilih antara makan snek dan makan secara sihat. Kami mahu mempengaruhi para pengguna untuk menikmati snek secara yang betul melalui cara pengendalian terhadap pengambilan makanan.”
Antara snek keluaran Mondelez, yang menjadi kegemaran saya adalah coklat Cadbury!
Jadi, berdasarkan apa yang dikongsikan dalam bengkel ini adalah, kita boleh menikmati snek namun hendaklah berpada-pada dalam pengambilannya. Ini adalah bagi memastikan tiada kalori yang berlebihan yang diambil oleh tubuh. Jadi, sebelum makan, fikir dahulu apa yang masuk ke dalam badan anda itu. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |