Makan Dahulu Kemudian Baru Kira Ramai Pemilik Kedai Makan Ambil Mudah Perkara Ini



Encik makan dulu nanti kmi dtg kira……
Malam semalam aku teringin sangat makan nasi lemak di kampung baru. Terbayang dah dalam kepala, lauk sotong dan paru serta telur mata kerbau yang meleleh tu. Tambah lagi sambal yang pedas manis dan nasi yang panas berbau pandan dan lemak.
Kampung baru KL ni memang pusat makanan kalau malam. Mahal? Itu biasa. Golden Triangle. Memang mahal. Dari sewa hinggalah kepada harga makanan. Tapi bab makan ni aku tak berapa kisah sangat. Asal sedap. Datang pun bukan selalu, tapi sesekali bila rasa mengidam.
Setelah park kereta, aku masuk lah dalam satu warung tu untuk makan. Ambil nasi, paru, ambil sotong, telur mata dan sambal kerang. Aku lihat semua orang ambil makanan terus berlalu dan duduk ditempat yang disediakan.
Aku pula, tak biasa begitu. Bukan tak biasa macam mana tapi sebab ia terkait hukum.
Memang dari segi hukum jual beli pun, tak boleh makan sebelum tuan kedai melihat akan makanan yang kita ambil.
Kalau harga tetap macam KFC atau Mc Donald tak apa lah! Atau makanan lain yang berbentuk seketul seketul dan sepinggan sepinggan seperti laksa, mee rebus dan sebagainya. Harga memang dah tetap. Boleh duduk terus dan kira kemudian.
Tetapi kalau makanan seperti nasi campur, wajib kita tunjukan makanan campur yang kita ambil itu kepada penjual dan kita wajib pastikan kuantiti makanan dan harga dulu supaya kita tidak menzalimi penjual dan penjual juga tidak menzalimi kita dari sudut kuantiti yang kita ambil waktu pengiraan dan pembayaran nanti.
Bayangkan, macammana kita nak istihar makanan yang telah kita makan itu banyak atau sikit kepada sipenjual kalau kita tidak tunjukan dulu. Sipenjual pasti tidak mahu rugi dan kita juga sudah pasti tidak mahu dizalimi.
Maknanya tuan kedai tu kena kira betul betul mengikut kadar kuantiti makanan yang kita ambik dan dengan harga yang patut dia kenakan.
Begitulah adilnya hukum islam, supaya sesama kita tidak zalim menzalimi.
Berbalik kepada cerita aku, aku terus ke kaunter untuk dinilai dan dikira makanan yang aku ambil.
“Berapa kak.” Tanya aku.
Dia merenung aku sambil senyum. Makanan aku pun di lirik nya saja sambil lalu.
“Tak apa. Encik makan dulu nanti kita kira kemudian.” Kata kakak kaunter itu yang aku agak tokey kedai nasi lemak tu.
“Tak boleh gitu kak, saya ambik banyak ni. Nanti rugilah kalau tak nilai dan kira dengan betul. Macam ambik kerang dan sotong serta paru yang diricik halus ni. Macam mana nak kira kalau saya dah makan. Mestilah tengok dulukan?” Ujar ku pada kakak itu seolah ingin mengajar dia.
“Tak apa, tak apa, tak apa nanti adalah orang datang kira kat table encik. Encik duduk dulu ya.” Ujarnya lagi menyuruh aku duduk.
Aku pun teruslah ke meja makan dan menunggu seseorang datang untuk mengira juadah yang aku ambil. Hampir lima minit menunggu. Tak ada kelibat orang pun yang datang.
Aku kembali balik pada kepada kaunter untuk bertanya. “Saya lama dah tunggu ni kak, tak ada pun orang datang kira.” Ujar ku pada tokey kedai.
“Tukang kira tu sibuklah encik. Encik makan jer lah dulu.” Jawab nya.
“Tak boleh begitu kak, haram hukumnya saya makan kalau tak dikira dulu sebab orang yang kira tu tak tengok apa yang saya ambik. Takut dia silap kira nanti. Akak tak boleh kira ke?” Ujar ku lagi.
“Tak boleh encik. Saya terima duit jer.”
“Ok tak apa, nanti saya pergi jumpa tukang kira tu.”
Aku pun terus pergi menuju orang yang mengira makanan dipenjuru warung. Aku lihat ia sibuk semacam. Maklum lah ramai pelanggan nak dilayan.
“Dik, kira makanan abang ni?” Ujar aku pada tukang kira sambil menunjukkan makanan yang aku ambil.
Tanpa merenung aku dia berkata, “Abang duduk dulu, nanti saya datang kira.”
“Tak apa, adik kira dulu, senang. Sebab abang nak cepat ni.” Aku buat buat kalut.
Tanpa banyak cakap dia melihat dan meneliti makanan aku dan menulis. Kemudian terus memberi kertas kecil dengan harga sekali tanpa memandang aku. Haaa Rm 14.20.
Tanpa bicara, aku pula terus menuju meja untuk menikmati makanan malam aku sambil meminta air suam. Lazat memang lazat. Puji aku dalam hati.
Selang beberapa ketika, datang kembali si tukang kira ke table aku. Waktu itu makanan aku hampir separuh aku makan.
Mungkin dia tak perasan aku tadi dan terus mengira. Aku biarkan saja sebab aku nak tengok cara dia mengira dan menganggar makanan aku.
“Abang ambik apa tadi.” Dia bertanya.
“Owhh, saya ambik paru sikit, kerang sikit, sotong dan telur mata.” Jawab ku.
“Nasi ada tambah bang?” Tanya nya lagi.
“Tak ada.” Jawab ku rengkas.
“Minum?”
“Air suam jer.”
Dia terus menulis dan memberi aku kertas kecik dan berlalu pergi tanpa sempat aku tanya.
Aku lihat di kertas tu harga yang ia tulis rm17.80
Aku senyum sendirian. Senyum kerana betapa ulamak feqah tedahulu telah tahu dan mengkaji sifat manusia berjual beli dan bagaimana mereka nak istinbat sesuatu hukum dalam jual beli ni untuk memudahkan hidup manusia agar tidak zalim menzalimi.
Seperti yang aku jangka, tidak semua peniaga peniaga islam ni belajar hukum muamalat sewaktu ingin membuka perniagaan.
Justeru, jika kita tidak belajar hukum dalam apa pun bidang hidup kita, pasti nya kita akan silap dan menzalimi orang lain. Serta berdosa dengan Allah.
Usai makan, aku ke kaunter. Aku tunjukan slip harga yang telah di beri pada aku tadi.
“Kak, mula mula tadi, orang akak nampak makanan saya dan dia kira makanan saya harganya rm14.20. Ni slip kedua, dia kira waktu saya hampir selesai makan dengan harga rm17.80. Jadi mana satu yang saya patut bayar?” Tanyaku sambil senyum.
Aku lihat muka wanita itu tiba tiba berubah kemerahan. Senyumnya tenggelam. Dia diam. Mungkin malu.
“Mana satu ya kak.” Tanya aku lagi. Ikhlas.
“Tak apalah, encik bayar ikut yang mula mula tadi.” Ujar nya sambil menunduk dan tidak memandang wajah aku.
“Akak tuan kedai kan?” Tanya ku.
“Betul. Saya dan suami. Saya tak pandai letak harga, suami yang letak, sebab tu saya suruh encik kira dengan petugas yang ditugaskan kira tu.”
Aku lihat, dia macam takut takut. Mungkin takut aku viral kot. Tapi pastinya aku tak kan buat begitu. Aku pun tahu dosa menyebarkan aib orang kalau ia bukan maslahah yang besar yang boleh kita betulkan. Aku cuma nak ajar dia saja, supaya berniaga mengikut syariat yang betul dan mengubah sistem pembayaran cara syariat.
“Tak apa kak. Nasi dan lauk pauk akak memang sedap. Saya puji. Tapi akak kena ubah cara mengira makanan tu mengikut cara syariat. Tak boleh agak agak begitu saja. Berdosa kak, menzalimi orang.”
Tanpa menunggu jawabannya aku pun mengambil wang rm20 dan menghulurkan pada nya sambil berkata, “Akak, simpan bakinya sebab nasi akak sedap.” Sambil aku berlalu pergi.
Aku lihat dia kaku. Mungkin tersedar kesilapannya.
Benar, terkadang dalam dakwah ini kita harus ajar dia cara begitu supaya dia faham dan berubah.
Muga Allah majukan perniagaan nya dan memberi ia ilmu berniaga mengikut apa yang dikehendaki syariat.
Sekadar renungan buat kita pagi ini
 
Sumber: Muharrik Daie
The post Makan Dahulu Kemudian Baru Kira. Ramai Pemilik Kedai Makan Ambil Mudah Perkara Ini! appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/makan-dahulu-kemudian-baru-kira-ramai-pemilik-kedai-makan-ambil-mudah-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uncle Kentang Puji Sikap Pemilik Kedai Sanggup Tinggalkan Kedai Demi Beri Makan Orang Lain

Uncle Kentang Puji Sikap Pemilik Kedai Sanggup Tinggalkan Kedai Demi Beri Makan Orang Lain

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 335 hits
Tidak semua orang di atas muka bumi ini bernasib baik Perkara ini kerana terdapat segelintir golongan di sekeliling kita terpaksa mengharungi kehidupan dengan serba kekurangan Namun begitu banyak juga individu dan pihak yang prihatin terhad...
Baru Usia 4 Bulan Berat Dah 8 7kg Dr Say Teruja Anak Sudah Boleh Makan

Baru Usia 4 Bulan Berat Dah 8 7kg Dr Say Teruja Anak Sudah Boleh Makan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 536 hits
Umum mengetahui pemberian makanan pejal kepada bayi adalah pada usianya 6 bulan Namun lain pula kisahnya dengan anak kesayangan Dr Say Shazril Shaharuddin dan Dr Azura Abas yang kini sudah pun dibenarkan untuk memulakan makanan pejalnya ole...
Amalkan Ayat Dan Zikir Ini Supaya Tak Terkena Sihir Semasa Di Kedai Makan Ustaz Kazim Elias

Amalkan Ayat Dan Zikir Ini Supaya Tak Terkena Sihir Semasa Di Kedai Makan Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 429 hits
Amalkan Ayat Dan Zikir Ini Supaya Tak Terkena Sihir Semasa Di Kedai Makan Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Hanya Berbalut Dengan Kain Tuala Bayi Lelaki Dijumpai Di Atas Meja Kedai Makan

Hanya Berbalut Dengan Kain Tuala Bayi Lelaki Dijumpai Di Atas Meja Kedai Makan

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 331 hits
Anak mana yang tidak dahagakan kasih sayang seorang ibu kan Apalah nasib baru dilahirkan di dunia dan mahukan rasa kasih sayang seorang ibu malangnya ditinggalkan begitu sahaja Itulah yang dihadapi oleh seorang bayi lelaki yang masih bertal...
Kampung Baru Pemilik Mahu Harga Munasabah

Kampung Baru Pemilik Mahu Harga Munasabah

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 477 hits
KELUASAN Kampung Baru Kuala Lumpur yang dibuka pada 1899 adalah sebanyak 122 hektar GAMBAR HIASAN UTUSAN Saudara Pengarang RATA RATA pemilik tanah Kampung Baru di Kuala Lumpur menyambut baik rancangan kerajaan untuk membeli tanah di situ ba...
Public Bank Memperkenalkan Aplikasi Mudah Alih Baru Untuk Android Dan Iphone

Public Bank Memperkenalkan Aplikasi Mudah Alih Baru Untuk Android Dan Iphone

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 433 hits
Public Bank kini telah memperkenalkan aplikasi mudah alih mereka yang terbaru untuk Android dan iPhone dimana bersama sama dengannya ia turut menyertakan sejumlah ciri ciri baru Aplikasi Public Bank baru yang dinamakan PB engage MY ini meny...
Buat Anak Mahir Matematik Suruh Dia Kira Telur Dalam Mangkuk Mudah Berkesan

Buat Anak Mahir Matematik Suruh Dia Kira Telur Dalam Mangkuk Mudah Berkesan

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 445 hits
Matematik antara subjek yang menguji tahap pemikiran anak anak Untuk membuatkan mereka mahir dan menguasainya memerlukan kemahiran dan kesabaran Ramai dalam kalangan kita menekankan tentang kepentingan membaca Kerapkali kita didedah dengan ...
Saman Perokok Di Kedai Makan Bermula Kembali

Saman Perokok Di Kedai Makan Bermula Kembali

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 314 hits
Perokok Di Kedai Makan Bakal Disaman Mulai Bulan IniBermula Januari lalu Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengeluarkan larangan merokok di kedai makan Bermula bulan ini pihak berkuasa akan mula mengeluarkan saman kepada perokok yang mas...
5 Pimpinan Kpk Baru Makan Siang Bareng Komisi Iii Dpr Sebelum Paripurna

5 Pimpinan Kpk Baru Makan Siang Bareng Komisi Iii Dpr Sebelum Paripurna

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 239 hits
Dua jam sebelum paripurna dimulai lima komisioner terpilih makan siang bersama Komisi Hukum di ruang rapat Komisi III Agenda paripurna itu ngaret dari seharusnya dimulai pukul 13 00 menjadi 14 30 WIB
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba