Bendera Terbalik Polis Serah Lima Kertas Siasatan Ke Pejabat Peguam Negara




Mohd Khalid Ismail berkata setakat ini, enam kes dilaporkan membabitkan dua kes di Johor, dua di Pulau Pinang serta masing-masing satu di Selangor dan Negeri Sembilan. – Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis telah menyerahkan lima kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara berhubung kes pemasangan dan pengibaran bendera secara terbalik menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata setakat ini, enam kes dilaporkan membabitkan dua kes di Johor, dua di Pulau Pinang serta masing-masing satu di Selangor dan Negeri Sembilan. “Daripada jumlah itu, lima kertas siasatan telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut, manakala satu lagi masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati undang-undang serta menjaga keharmonian negara, khususnya ketika Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan.
Terdahulu, beliau menghadiri majlis penyerahan empat unit kenderaan Armoured Personnel Carrier (APC) bagi memperkukuh keupayaan Skuadron Perisai Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.
Kenderaan berkenaan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Global Komited Sdn Bhd Datuk Ir. Mohd Nasser Israil kepada Mohd Khalid.
Beliau berkata perolehan bernilai RM10.72 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (Rolling Plan 1) itu dilaksanakan dengan tempoh kontrak 24 bulan bermula 30 Mac 2024 hingga 29 Mac 2026.
“APC jenama International Armoured Group (IAG), model IAG Guardian CEN Level B6, berupaya membawa lapan penumpang serta dilengkapi sistem komunikasi dan ciri keselamatan taktikal termasuk Radio VHF RMPNet, Portable Tactical Communication, Heavy Duty Winch, tayar runflat serta sistem gantungan heavy duty,” katanya.
Menurutnya, Skuadron Perisai PGA memainkan peranan penting dalam operasi lapangan termasuk perlindungan perisai, bantuan tembakan, rondaan kawasan, pengiring konvoi, sekatan jalan raya, pembersihan halangan, penghantaran logistik serta operasi menyelamat di kawasan krisis, selain mendirikan pos pemerhati.
Mohd Khalid berkata daripada empat unit itu, dua APC akan ditempatkan di Briged Tengah, satu di Briged Utara dan satu lagi di Briged Tenggara.
“Kenderaan sama turut digunakan oleh pelbagai agensi keselamatan antarabangsa termasuk Pasukan Pengaman UNIFIL (MALBATT), Lithuania Public Security Service, Chile Gendarmerie, Bulgaria Special Forces, People’s Public Security of Vietnam, Senegal Police Force dan Nigeria Armed Forces, sekali gus membuktikan keberkesanan serta keupayaannya di lapangan,” katanya.
— BERNAMA



Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/22/bendera-terbalik-polis-serah-lima-kertas-siasatan-ke-pejabat-peguam-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Kejar Kereta Ibu Tular Polis Buka Kertas Siasatan

Murid Kejar Kereta Ibu Tular Polis Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 902 hits
KUALA LUMPUR Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular memaparkan seorang murid berlari mengejar kereta dipandu ibunya setelah tertinggal di hadapan sebuah sekolah rendah di Seri Kembangan Selangor Ketua Polis Daerah Se...
Polis Siasat Lagi Insiden Kibar Bendera Terbalik Kali Ini Di Kl

Polis Siasat Lagi Insiden Kibar Bendera Terbalik Kali Ini Di Kl

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 849 hits
Pemilik premis dan pekerja disiasat bawah Akta Lambang dan Nama 1963 dan Akta Kesalahan Kecil 1955 Timbalan Ketua Polis Dang Wangi Nuzulan Din berkata keterangan daripada pemilik premis perniagaan serta pekerja yang memasang Jalur Gemilang ...
Jalur Gemilang Terbalik Pemilik Kedai Perkakasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Jalur Gemilang Terbalik Pemilik Kedai Perkakasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 220 hits
Jalur Gemilang Terbalik Pemilik Kedai Perkakasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis GEORGE TOWN 11 Ogos Pemilik kedai perkakasan di Jalan Bertam Perdana Kepala Batas di sini dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan berhubung ...
Kes Kibar Jalur Gemilang Terbalik Polis Sudah Rakam Percakapan

Kes Kibar Jalur Gemilang Terbalik Polis Sudah Rakam Percakapan

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 319 hits
Kes kibar Jalur Gemilang terbalik Polis sudah rakam percakapan GAMBAR hiasan KEPALA BATAS Polis sudah merakam percakapan pengadu dan suspek berhubung video tular mengibarkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik di hadapan sebuah kedai perk...
Jalur Gemilang Terbalik Polis Terima 16 Laporan Seorang Ditahan

Jalur Gemilang Terbalik Polis Terima 16 Laporan Seorang Ditahan

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 265 hits
Mohd Alwi berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang pada Isnin dengan cadangan pertuduhan GEORGE TOWN Polis menerima sebanyak 16 laporan di seluruh negara berhubung insiden Jalur Gemilang dipasang secar...
Peguam Negara Kalah Pusingan Pertama Kes Titah Adendum Najib Diteruskan

Peguam Negara Kalah Pusingan Pertama Kes Titah Adendum Najib Diteruskan

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 4973 hits
Berpuluh puluh penyokong menyambut Najib Razak yang tiba di Istana Kehakiman kira kira jam 8 30 pagi hari ini sambil melaungkan Bebaskan Bossku untuk bekas perdana menteri itu Kehadiran penyokong yang datang seawal 6 pagi itu turut disertai...
Semakan Kehakiman Titah Adendum Mahkamah Persekutuan Sebulat Suara Tolak Rayuan Peguam Negara

Semakan Kehakiman Titah Adendum Mahkamah Persekutuan Sebulat Suara Tolak Rayuan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 595 hits
PUTRAJAYA Semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkaitan kewujudan Titah Adendum akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Keputusan itu diputuskan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diket...
Terkini Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina

Terkini Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 272 hits
Berita terkini yang pastinya menyentuh hati ramai ibu bapa Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan supaya diadakan inkues berhubung kematian adik Zara Qairina Mahathir Keputusan ini dibuat selepas pihak Jabatan meneliti laporan siasatan yan...
Serangan Terhadap Anak Rafizi Siasatan Polis Temui Petunjuk Positif

Serangan Terhadap Anak Rafizi Siasatan Polis Temui Petunjuk Positif

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 598 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata pihaknya menemukan beberapa petunjuk positif untuk mengesan suspek serangan terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di sebuah pusat beli belah di Putrajaya...
Senarai Pemenang Aim24

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Bahan Untuk Penanaman Pokok

Hujan Rahmat Mengiring Majlis Perkahwinan 13 09 2025

Lemang Rendang Ayam Pencen

10 Website Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos

Laluan Ke Pantai Timur Meriah Pengguna Kongsi Situasi Pulang Ke Kampung Halaman

Buah Belimbing Buluh Rancak Berbuah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sebelum Gta 3 Mencipta Genre Game Dunia Terbuka Mo

Samara Weaving S Legs And Feet In Tights 3

Sambal Ikan Bilis Dan Bab Bila Bersedih

Korban Ke 2 Pzem 004t

Tak Ada Sarji Sarji Ya Amp Tak Akan Terjadi Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled Pelakon Indonesia Hilang Sabar

Nadzmi Adhwa Sebak Rindu Ardell Tidur Susah Solat Susah Saya Yang Penat Tengok Dia