Jalur Gemilang Terbalik Polis Terima 16 Laporan Seorang Ditahan




Mohd Alwi berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang pada Isnin dengan cadangan pertuduhan.
GEORGE TOWN – Polis menerima sebanyak 16 laporan di seluruh negara berhubung insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik, termasuk 12 laporan di Pulau Pinang dan empat lagi dari luar negeri itu.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Deputi Komisioner Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun telah ditahan berhubung kes berkenaan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
Menurutnya, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang pada Isnin dengan cadangan pertuduhan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, Mohd Alwi menegaskan, pihak polis memandang serius perbuatan tersebut dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati bersalah.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya menghormati Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan negara.
Terdahulu, tular satu video berdurasi 21 saat yang menunjukkan seorang lelaki dilihat sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik pada sebatang kayu atau besi panjang, sebelum mengibarkannya di hadapan sebuah kedai perkakasan di Taman Bertam Permata, Kepala Batas.
Perbuatan lelaki itu mengundang kemarahan warganet yang menganggapnya sebagai tidak menghormati bendera negara, apatah lagi ketika sambutan Bulan Kebangsaan sedang berlangsung.
Bagaimanapun, pemilik premis berkenaan, Pang Chin Tian, tampil menjelaskan bahawa kejadian berlaku secara tidak sengaja ketika dia mengukur panjang batang besi untuk memasang bendera di luar kedainya.
Jelasnya, kejadian itu berlaku pada pagi Sabtu dan dia tidak menyedari bendera tersebut dipasang secara terbalik oleh pekerjanya sebelum dia menaikkan batang besi itu.


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/10/jalur-gemilang-terbalik-polis-terima-16-laporan-seorang-ditahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Kibar Jalur Gemilang Terbalik Polis Sudah Rakam Percakapan

Kes Kibar Jalur Gemilang Terbalik Polis Sudah Rakam Percakapan

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 408 hits
Kes kibar Jalur Gemilang terbalik Polis sudah rakam percakapan GAMBAR hiasan KEPALA BATAS Polis sudah merakam percakapan pengadu dan suspek berhubung video tular mengibarkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik di hadapan sebuah kedai perk...
Jalur Gemilang Terbalik Pemilik Kedai Perkakasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Jalur Gemilang Terbalik Pemilik Kedai Perkakasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 294 hits
Jalur Gemilang Terbalik Pemilik Kedai Perkakasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis GEORGE TOWN 11 Ogos Pemilik kedai perkakasan di Jalan Bertam Perdana Kepala Batas di sini dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan berhubung ...
Jalur Gemilang Terbalik Individu Terlibat Oku Adun Lukut

Jalur Gemilang Terbalik Individu Terlibat Oku Adun Lukut

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 294 hits
Jalur Gemilang Terbalik Individu Terlibat OKU ADUN Lukut SEREMBAN 4 Ogos Individu yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson ialah Orang Kurang Upaya kata Ahli Dewan Undangan Negeri Lukut Choo Ken...
Pasti Milik Pas Di Kuala Selangor Pula Pasang Jalur Gemilang Terbalik

Pasti Milik Pas Di Kuala Selangor Pula Pasang Jalur Gemilang Terbalik

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 489 hits
Tadika milik Pas pula pasang Jalur Gemilang terbalik rupanya dah maju sejak 2014HarapandailyBulan sambutan kemerdekaan negara seolah olah menjadi musim pemasangan Jalur Gemilang terbalik tidak terkecuali dalam kawasan Pusat Asuhan Tunas Isl...
Laporan Polis Fitnah Hasutan Syarikat Farhash Terima Lesen Carigali

Laporan Polis Fitnah Hasutan Syarikat Farhash Terima Lesen Carigali

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 301 hits
Laporan Polis Sidang Media mengenai fitnah dan hasutan terhadap portal susulan penyiaran artikel Syarikat Farhash Terima Lesen Carigali Mineral di Sabah bertarikh 21 Julai 2025 oleh Datuk Zulkarnain Mahdar Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Mal...
Pegawai Polis Terima Rasuah Daripada Warga Asing Ditahan Sprm

Pegawai Polis Terima Rasuah Daripada Warga Asing Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 449 hits
ABDUL RASHID ABDUL RAHMANSEORANG pegawai polis dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kuantan selepas dibawa bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Kuantan hari ini KUANTAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang pegawai po...
Polis Pulau Pinang Terima 3 Laporan Kejadian Pukau Pelancong Asing

Polis Pulau Pinang Terima 3 Laporan Kejadian Pukau Pelancong Asing

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 358 hits
Polis Pulau Pinang terima 3 laporan kejadian pukau pelancong asing Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin Foto fail NSTP Mikail Ong GEORGETOWN Polis negeri ini menerima tiga laporan kejadian pukau membabitkan pelanc...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia