Jalur Gemilang Terbalik Pemilik Kedai Perkakasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis


Jalur Gemilang Terbalik: Pemilik Kedai Perkakasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
GEORGE TOWN, 11 Ogos (Bernama) — Pemilik kedai perkakasan di Jalan Bertam Perdana, Kepala Batas di sini, dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan berhubung insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di hadapan premisnya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abd Rahman berkata lelaki berusia 59 tahun yang ditahan pada malam Sabtu itu dibebaskan semalam.
“Secara keseluruhannya lebih 10 orang telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik itu dan kami juga telah melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.
“Pemilik kedai itu dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira 3 petang semalam dan pihak polis juga telah menghantar kertas siasatan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini, kami tunggu arahan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Pulau Pinang antara Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman Datuk Azizee Ismail yang dilantik Ketua Polis Negeri yang baharu dan Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.
Majlis itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Mengulas lanjut Anuar berkata pihaknya membuka siasatan bagi kes itu di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kita bagi jaminan siasatan kes dibuat secara telus dan sekarang ini kami sedang menunggu keputusan dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya … .
“Berdasarkan siasatan polis, pemilik kedai itu yang mengibarkan bendera secara terbalik manakala seorang pekerjanya berada di sebelah dan merekodkan insiden tersebut namun video yang tular pula dirakam oleh orang awam yang berada di situ,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan terdapat pihak yang mahu mengadakan demonstrasi berkaitan isu itu, Anuar mengesahkan polis menerima maklumat berhubung perkara berkenaan yang pada mulanya dirancang diadakan di hadapan premis berkenaan hari ini.
“Kita telah mengambil langkah untuk menasihati mereka supaya tidak meneruskan tindakan bagi mengelakkan sebarang masalah ketenteraman di kawasan terlibat, lagi pun polis telah jalankan siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya.
Terdahulu tular melalui media sosial video berdurasi 21 saat memaparkan tindakan dua lelaki di sebuah kedai perkakasan di sini, yang seperti sengaja memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik hingga mendapat kecaman warganet.
Berikutan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membuat laporan polis.
Sumber: BERNAMA
The post Jalur Gemilang Terbalik: Pemilik Kedai Perkakasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/11/jalur-gemilang-terbalik-pemilik-kedai-perkakasan-dibebaskan-dengan-jaminan-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalur Gemilang Terbalik Polis Terima 16 Laporan Seorang Ditahan

Jalur Gemilang Terbalik Polis Terima 16 Laporan Seorang Ditahan

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 296 hits
Mohd Alwi berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang pada Isnin dengan cadangan pertuduhan GEORGE TOWN Polis menerima sebanyak 16 laporan di seluruh negara berhubung insiden Jalur Gemilang dipasang secar...
Kes Kibar Jalur Gemilang Terbalik Polis Sudah Rakam Percakapan

Kes Kibar Jalur Gemilang Terbalik Polis Sudah Rakam Percakapan

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 339 hits
Kes kibar Jalur Gemilang terbalik Polis sudah rakam percakapan GAMBAR hiasan KEPALA BATAS Polis sudah merakam percakapan pengadu dan suspek berhubung video tular mengibarkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik di hadapan sebuah kedai perk...
Jalur Gemilang Terbalik Individu Terlibat Oku Adun Lukut

Jalur Gemilang Terbalik Individu Terlibat Oku Adun Lukut

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 218 hits
Jalur Gemilang Terbalik Individu Terlibat OKU ADUN Lukut SEREMBAN 4 Ogos Individu yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson ialah Orang Kurang Upaya kata Ahli Dewan Undangan Negeri Lukut Choo Ken...
Maksud Sebenar Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Atau Mahkamah

Maksud Sebenar Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Atau Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 197 hits
Maksud Sebenar Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Atau Mahkamah Kalau baca berita tentang mahkamah atau kes polis mesti perasan dengan ayat bebas dengan jaminan polis atau mahkamah Ramai yang tersalah erti dengan maksud ayat tersebut di mana r...
Pasti Milik Pas Di Kuala Selangor Pula Pasang Jalur Gemilang Terbalik

Pasti Milik Pas Di Kuala Selangor Pula Pasang Jalur Gemilang Terbalik

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 393 hits
Tadika milik Pas pula pasang Jalur Gemilang terbalik rupanya dah maju sejak 2014HarapandailyBulan sambutan kemerdekaan negara seolah olah menjadi musim pemasangan Jalur Gemilang terbalik tidak terkecuali dalam kawasan Pusat Asuhan Tunas Isl...
Tiga Individu Disyaki Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Tiga Individu Disyaki Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 230 hits
Tiga Individu Disyaki Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis SEREMBAN 7 Ogos Tiga individu dipercayai terlibat dalam video tular yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan baru baru ...
Tuduh Pemilik Kedai Curi Dompet Pelanggan Akhirnya Malu Sendiri

Tuduh Pemilik Kedai Curi Dompet Pelanggan Akhirnya Malu Sendiri

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 202 hits
Tuduh pemilik kedai curi dompet pelanggan akhirnya malu sendiri Tangkap layar menunjukkan wanita itu menuduh pemilik kedai mencuri dompetnya yang hilang Instagram JAKARTA Seorang wanita di Bandung Barat wilayah Jawa Barat menerima kecaman r...
Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Easy Beef And Greens Recipe Chinese

Every Malaysian Family Can Now Enter Oil Biz With Budi Madani Ron95 E Hailing Drivers Be Instant Oil Merchants

Siti Nurhaliza Aliff Syukri Jadi Penyumbang Zakat Perniagaan Tertinggi Lzs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Aku Yang Terlebih Awal

The New Mercedes Maybach V12 Edition Will Be Produced In Only 50 Units