Benarkah Najib Dititah Untuk Diberi Tahanan Rumah Melalui Lembaga Pengampunan


 


Benarkah Najib Razak diberi tahanan rumah oleh Lembaga Pengampunan dalam keputusannya pada 29 Januari lalu?

Sejak semalam ramai yang membangkitkan persoalan ini berikutan Najib, melalui peguamnya kini memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap titah adendum atau tambahan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Mahkamah Tinggi.

Semakan kehakiman difailkan pada 1 April lalu,menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co.

Dalam permohonannya, Najib mendakwa bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 29 Januari ketika mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pembangunan adalah dengan membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun melalui tahanan di rumah.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Dalam notis permohonannya, Najib memohon perintah untuk semua atau salah seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan Abdullah itu dan dengan serta merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya.

Bekas Perdana Menteri itu kemudian akan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah jika titah adendum berkenaan wujud.

Najib juga memohon satu perintah supaya semua atau seorang responden memberi salinan titah utama dan adendum yang dititahkan Al-Sultan Abdullah pada 29 Januari lalu.

Beliau memaklumkan melalui surat bertulis kepada Al-Sultan Abdullah pada 25 Mac lalu, mengenai niatnya memfailkan notis permohonan semakan kehakiman terhadap pihak berkuasa yang relevan berkenaan titah terbabit.

“Ia kerana pada 29 Januari 2024, Tuanku Al-Sultan Abdullah adalah Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan saya mengambil langkah sebagai rafak sembah hormat tertinggi saya.

“Pada tarikh sama (25 Mac 2024), saya turut memaklumkan perkara sama kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai rafak sembah hormat tertinggi saya memgenai perkara yang sema,” katanya menerusi afidavit permohonan tersebut.

Pada 2 Februari lalu, media melaporkan Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Pada 7 Mac baru-baru ini, ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen, bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mahu kerajaan memberi penjelasan berkaitan rayuan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).

Ismail berkata, beliau difahamkan rayuan berkenaan sudah dimasukkan dalam rayuan kepada Lembaga Pengampunan yang bersidang sebelum ini.

“Saya difahamkan pekara ini ada sebagai lampiran dalam petisyen permohonan rayuan tersebut. Jadi soalan saya apakah ini benar atau tidak?

“Kalau ia benar, adakah ia dibincangkan semasa pembentangan rayuan tersebut dan apakah keputusannya?”soal beliau.

Persoalan utama di sini, jika benar Najib diberi hukuman tahanan rumah melalui titah Agong ke-16 selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan, mengapa ia tidak diumum dan dilaksanakan?

Soal kita setuju atau tidak Najib diberi tahanan rumah, ia adalah soal lain, tetapi yang penting adalah titah adendum oleh seorang Yang di-Pertuan Agong? –

Siapakah yang begitu berani menyembunyi dan tidak melaksanakan titah Agong itu? ShahbudinHusin 04/04/2024.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/benarkah-najib-dititah-untuk-diberi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Mahu Kerajaan Dedah Dekri Tambahan Benar Tahanan Rumah

Najib Mahu Kerajaan Dedah Dekri Tambahan Benar Tahanan Rumah

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 229 hits
freemalaysiatoday com 03 Apr 2024Najib Razak mendakwa bekas Yang di Pertuan Agong mengeluarkan dekri itu dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 29 Jan Najib Razak kini menjalani hukuman di penjara Kajang dan dijadualka...
Kabinet Tidak Bincang Isu Tahanan Rumah Najib Kata Fahmi

Kabinet Tidak Bincang Isu Tahanan Rumah Najib Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 215 hits
TIADA perbincangan dalam Kabinet hari ini mengenai dakwaan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung perintah tambahan yang dikatakan daripada Yang diPertuan Agong sebelum ini kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Beliau yang merupakan jur...
Bertindak Segera Jika Wujud Dekri Tambahan Tahanan Rumah Najib Kata Zaid

Bertindak Segera Jika Wujud Dekri Tambahan Tahanan Rumah Najib Kata Zaid

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 180 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman di penjara Kajang dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 PETALING JAYA Kerajaan sewajarnya bertindak segera sekiranya wujud dekri tambahan yang menyatakan berkenaan Najib Raz...
Peguam Saksi Kritikal Sedia Sokong Najib Tahanan Di Rumah

Peguam Saksi Kritikal Sedia Sokong Najib Tahanan Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 351 hits
Hidir Reduan Abdul RashidSeorang saksi kritikal bersedia untuk memfailkan afidavit untuk menyokong semakan kehakiman bekas perdana menteri Najib Razak yang mahu menjalani tahanan rumah bagi baki hukuman penjara enam tahunnya Peguam utama be...
Training Pengelolaan Website Lembaga Rumah Quran Imam Syafii

Training Pengelolaan Website Lembaga Rumah Quran Imam Syafii

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 244 hits
Rumah Qur an Imam Syafi i merupakan salah satu lembaga sosial di kota Pontianak yang dalam pergerakannya membuka rumah qur an dengan mekanisme kerjasama ke siapa saja yang bersedia memfasilitasi dalam bentuk rumah untuk dijadikan sebagai te...
Banyak Persoalan Bermain Di Minda Mengenai Tahanan Di Rumah

Banyak Persoalan Bermain Di Minda Mengenai Tahanan Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 199 hits
Zainuddin Omar bolehkah banduan terima pelawat di rumah ada pegawai penjara yang jaga rumah banduan boleh fly malam panjat pagar pergi kedai mamak pekena teh tarik Seorang saksi kritikal bersedia untuk memfailkan afidavit untuk menyokong se...
Malam Menonton Filem Santai Di Rumah Kini Diberi Penambahbaikan Aku Tengah Tergoda Dengan Projektor Auke Ni

Malam Menonton Filem Santai Di Rumah Kini Diberi Penambahbaikan Aku Tengah Tergoda Dengan Projektor Auke Ni

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 271 hits
Movie night santai at home just got an upgrade Ni tengah eyeing projector Aukey RD 860 ni sebab dia boleh sync terus dengan smartphone Lepas ni tak payah lagi lah susah payah nak sambung cable panjang lebar Dia pun support Full HD 1080p som...
Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Van Kelvin Runtuh Dada Chord

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Ayasan Mr D I Y Kekalkan Gelaran Yayasan Terbaik Tahunan Di Csr Malaysia Awards


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How A Professional Handyman Can Help Transform Your Home

Pemuda Maut Selepas Tak Sedarkan Diri Ketika Sertai Acara Berbasikal

Resipi Gulai Ayam Kelantan Rasa Macam Beli Nasi Berlauk Bungkus Pagi Pagi

Justice For Zara

The Bolt A Retro Yamaha Scrambler That Harkens Back To Simpler Times

Beli Rendang Nyet Berapi Khairul Amingi