Najib Mahu Kerajaan Dedah Dekri Tambahan Benar Tahanan Rumah


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters-03 Apr 2024

Najib Razak mendakwa bekas Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan dekri itu dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 29 Jan.
Najib Razak kini menjalani hukuman di penjara Kajang dan dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Najib Razak memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk memaksa kerajaan mendedahkan “dekri tambahan” yang didakwa daripada Yang di-Pertuan Agong terdahulu yang membenarkan beliau untuk menjalani hukuman di bawah tahanan rumah.

Pada 2 Feb lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan separuh hukuman penjara Najib bagi kes SRC International daripada 12 tahun kepada enam tahun dan mengurangkan denda dari RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib, 70, kini menjalani hukuman di penjara Kajang dan dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Dalam permohonannya yang difailkan pada 1 April, Najib mendakwa bahawa Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mengeluarkan “dekri tambahan” semasa mesyuarat lembaga pada 29 Jan, sehari sebelum tempoh penggal baginda berakhir.

“Bagaimanapun, Titah Adendum (dekri tambahan) itu tidak diumumkan oleh lembaga pengampunan pada 2 Feb,” kata Najib.

Katanya, peguam beliau menulis surat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, dan Menteri Undang-Undang Azalina Othman Said bagi mengesahkan sama ada dekri tambahan itu wujud atau tidak.

“Permintaan itu tidak dijawab,” kata Najib

“Kegagalan responden untuk mengesahkan kewujudan dekri tambahan dan permintaan pemohon (Najib) untuk ia dilaksanakan, bersama kegagalan Jabatan Penjara melaksanakan dekri itu adalah tidak munasabah”.

Najib juga mendakwa bahawa kerajaan melakukan penghinaan kerana tidak melaksanakan dekri tambahan tersebut.

Bekas presiden Umno itu juga mahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memaksa kerajaan melaksanakan dekri tambahan tersebut – sekiranya ia benar – dan meletakkan beliau di bawah tahanan rumah.

Hakim Amarjeet Singh dijangka mendengar permohonan Najib untuk memulakan cabaran undang-undang esok.

Setiap negeri mempunyai lembaga pengampunan masing-masing yang dilantik oleh sultan atau ketua menteri bersama-sama dengan ahli lembaga pengampunan. Satu-satunya pengecualian adalah wilayah persekutuan, di mana ahli-ahli lembaga dilantik oleh Agong.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan oleh Agong dan terdiri daripada lima ahli – peguam negara, menteri wilayah persekutuan, dan maksimum tiga orang lain yang dilantik oleh Agong.

Najib, yang mempunyai tiga kes jenayah lain yang sedang berjalan, memulakan tempoh penjara asal 12 tahun dalam kes SRC International pada 23 Ogos 2022 selepas rayuannya yang terakhir ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Beliau dibicarakan oleh Hakim Nazlan Ghazali (kini hakim Mahkamah Rayuan) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram, dan jenayah pecah amanah melibatkan dana RM42 juta milik SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Pada 28 Julai 2020, beliau disabitkan atas semua tuduhan dan dihukum penjara selama 12 tahun bagi setiap tuduhan. Nazlan memerintahkan hukuman dijalankan secara serentak.

Sabitan dan hukuman Najib kemudiannya disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021.

Pada 23 Ogos 2021, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, menolak rayuan terakhir Najib. Mahkamah juga memerintahkan Najib untuk memulakan tempoh penjara serta-merta


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/04/najib-mahu-kerajaan-dedah-dekri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertindak Segera Jika Wujud Dekri Tambahan Tahanan Rumah Najib Kata Zaid

Bertindak Segera Jika Wujud Dekri Tambahan Tahanan Rumah Najib Kata Zaid

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 77 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman di penjara Kajang dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 PETALING JAYA Kerajaan sewajarnya bertindak segera sekiranya wujud dekri tambahan yang menyatakan berkenaan Najib Raz...
Kabinet Tidak Bincang Isu Tahanan Rumah Najib Kata Fahmi

Kabinet Tidak Bincang Isu Tahanan Rumah Najib Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 94 hits
TIADA perbincangan dalam Kabinet hari ini mengenai dakwaan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung perintah tambahan yang dikatakan daripada Yang diPertuan Agong sebelum ini kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Beliau yang merupakan jur...
Peguam Saksi Kritikal Sedia Sokong Najib Tahanan Di Rumah

Peguam Saksi Kritikal Sedia Sokong Najib Tahanan Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 114 hits
Hidir Reduan Abdul RashidSeorang saksi kritikal bersedia untuk memfailkan afidavit untuk menyokong semakan kehakiman bekas perdana menteri Najib Razak yang mahu menjalani tahanan rumah bagi baki hukuman penjara enam tahunnya Peguam utama be...
Benarkah Najib Dititah Untuk Diberi Tahanan Rumah Melalui Lembaga Pengampunan

Benarkah Najib Dititah Untuk Diberi Tahanan Rumah Melalui Lembaga Pengampunan

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 114 hits
Benarkah Najib Razak diberi tahanan rumah oleh Lembaga Pengampunan dalam keputusannya pada 29 Januari lalu Sejak semalam ramai yang membangkitkan persoalan ini berikutan Najib melalui peguamnya kini memfailkan permohonan bagi mendapatkan ke...
Banyak Persoalan Bermain Di Minda Mengenai Tahanan Di Rumah

Banyak Persoalan Bermain Di Minda Mengenai Tahanan Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 75 hits
Zainuddin Omar bolehkah banduan terima pelawat di rumah ada pegawai penjara yang jaga rumah banduan boleh fly malam panjat pagar pergi kedai mamak pekena teh tarik Seorang saksi kritikal bersedia untuk memfailkan afidavit untuk menyokong se...
Anak Artis Ini Dedah Sisi Gelap Bapanya Luar Nampak Baik Dan Kelakar Tapi Di Rumah

Anak Artis Ini Dedah Sisi Gelap Bapanya Luar Nampak Baik Dan Kelakar Tapi Di Rumah

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 142 hits
Individu yang tidak dikenali itu mendedahkan watak bapanya sangat berbeza ketika berada di rumah berbanding dengan ketika berhadapan dengan peminat Aku nak cerita sisi gelap keluarga aku Aku anak artis Dari kecil semua kenal dan tahu aku an...
Tanpa Sukarela Hyeri Dedah Setahun Tak Keluar Rumah

Tanpa Sukarela Hyeri Dedah Setahun Tak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 80 hits
Hyeri menceritakan bagaimana dia tidak meninggalkan rumah selama setahun Artikel Berkaitan Dalam episod terbaru Hyeri s Club ahli Girl s Day itu mendedahkan cerita ketika hiatus Saya terperap di rumah tanpa melakukan apa apa selama setahun ...
Kenapa Bila Jumpa Emas Belakang Rumah Jadi Milik Kerajaan Tapi Sebaliknya Terjadi Bila Jumpa Dadah

Kenapa Bila Jumpa Emas Belakang Rumah Jadi Milik Kerajaan Tapi Sebaliknya Terjadi Bila Jumpa Dadah

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 97 hits
Bila tulisan saya berkenaan isu mineral emas yang dijumpai di dalam tanah milik persendirian di Kuala Lipis viral dan keluar dalam page seperti Siakap Keli ini kebiasaannya majoriti komen yang diterima adalah bersifat negatif menyindir memp...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Apakah Sebaik Baiknya Manusia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Alah Dah Tak Laku Orang Tak Mau Dengar Pun Fitnah Ko

Malas Baca Jadi Bodo

Teresa Kok Terkejut Terima Surat Ugutan Bunuh Dan Dua Butir Peluru

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern