Benarkah Jika Lelaki Dan Perempuan Berkawan Baik Akan Timbul Rasa Cinta Pada Salah Seorangnya



Mengenal cinta platonik, kekeliruan antara perasaan sekadar kawan atau sesungguhnya timbul rasa cinta di dalam jiwa? Ada ketika cinta menimbulkan dilema yang tiada bernoktah, ada masa cinta membawa bahana kepada yang melaluinya Apabila cinta hanya melibatkan kepentingan dan fizikal samata-mata, dari situlah bermula konflik dan musibah. 

Benarkah Jika Lelaki Dan Perempuan Berkawan Baik Akan Timbul Rasa Cinta Pada Salah Seorangnya ?
Credit Pic : SUMBER

Cinta yang bersandar aspek luaran semata-mata, sehingga isi dalaman pun diabaikan. Memang betul, cinta berdasarkan nafsu pastinya tidak akan ke mana, namun cinta tanpa tarikan seksual itu apa pula? Adakah ia cinta ‘sejati’ atau hanya sekadar hubungan ‘teman tapi mesra’?

Benarkah Jika Lelaki Dan Perempuan Berkawan Baik Akan Timbul Rasa Cinta Pada Salah Seorangnya ?
FAHAMI CINTA PLATONIK?

Pernahkah anda berada pada situasi menyukai dan memuja seorang kenalan rapat (berlawanan jantina). Anda berasa sangat teruja untuk mendampinginya. Mungkin anda sendiri menganggap ia perkara biasa, seolah-olah perhubungan yang anda rasa itu hanya dalam lingkungan sebuah persahabatan dan tidak lebih dari itu. 

Adakala anda tidak menyedarinya sehinggalah anda mendengarnya sendiri dari mulut mata-mata yang memandang keakraban anda berdua. Gaya dan telatah anda bersama seolah-olah lebih dari seorang kenalan biasa walaupun berulang kali dinafikan. Adakah itu cinta? Jika ia hanyalah satu persahabatan, ‘tiada angin masakan pokok boleh bergoyang’?

Sekiranya anda berada di dalam situasi di atas, anda mungkin kini dilanda ‘cinta platonik’. Apa itu cinta platonik? Cinta platonik ialah satu istilah yang digunapakai bagi menjelaskan satu perhubungan intim (lebih dari sekadar kawan) antara sepasang lelaki dan wanita tanpa berlandaskan sebarang tarikan seksual mahupun fizikal semata-mata.

Berkata mengenai cinta dan istilah berkasih, tarikan seksual itu lambat laun pasti muncul jua. Tidak kiralah kepada anda sendiri mahupun pasangan, namun terserahlah pada individu tersebut mengawal etika dalam bercinta.

Bak kata orang tua, ‘bila bercinta, iman kena kuat, adab kena jaga’. Jangan sampai tergelincir, pasti parah nanti. Namun wujudkah tarikan seksual bagi mereka yang mengalami cinta platonik ini?. Semestinya tidak. 

Pencinta jenis ini kebiasaannya tidak menghiraukan aspek luaran dan fizikal semata. Mereka lebih menghormati ‘closeness’ yang dibina atas alasan ‘sahabat semata-mata’.

Menurut kajian dari pakar, John Gray Ph.D penulis buku Men Are From Mars, Women Are From Venus, kebiasaannya mereka yang melalui hubungan ini pasti akan cuba menyelindungkan keakraban mereka di sebalik ‘persahabatan’ yang mereka jalinkan. 

Namun apabila terjadi sesuatu yang tidak dijangka (contohnya : salah seorang daripada mereka menjalinkan hubungan intim dengan orang lain) pastinya akan ada yang tidak berpuas hati. Namun, tiada apa yang mampu dilakukan memandangkan tiada sebarang pengakuan yang dibuat.

Kajian membuktikan, cinta jenis ini banyak tercetus di kalangan mereka yang bekerja di pejabat. Akibat kerap kali bersama dan berjumpa, perhubungan erat yang dibina berkembang dari masa ke semasa. Mungkin ramai yang sering beranggapan mereka merahsiakan perhubungan yang terjalin sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang disekeliling walaupun hanya yang melaluinya sahaja tahu.


Punca utama hubungan platonik dirahsiakan- Masing-masing ego dan berkeras tidak mahu meluahkan perasaan sesama sendiri.
- Tidak yakin perhubungan yang terbina mampu dibawa ke peringkat seterusnya.
- Belum bersedia dan masih berusaha mengenal hati budi masing-masing.
- Takut dan risau sekiranya ikatan persahabatan akan longgar/kekok sekiranya membuat sebarang pengakuan.
- Perasaan cinta memang tidak pernah wujud


SUMBER

Baca Juga : Tips Kekal Macho Di Hari Persandingan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2019/07/benarkah-jika-lelaki-dan-perempuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjadi Orang Tua Generasi Alpha Dengan Sejuta Rasa Serba Salah

Menjadi Orang Tua Generasi Alpha Dengan Sejuta Rasa Serba Salah

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 774 hits
Bila Nur Aiman dan Nur Aina semakin membesar baru lah kakak tau betapa SUSAH nya menjadi ibu pada zaman milenial yang penuh dengan ujian Huu Bukan lah kata zaman dulu tak de halangan dan cabaran tapi zaman serba moden juga ada 1001 dugaan K...
Belum Rezeki Anak Perempuan Pun Boleh Mental Rasa Down Tapi Respons Kita Mesti Win

Belum Rezeki Anak Perempuan Pun Boleh Mental Rasa Down Tapi Respons Kita Mesti Win

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 402 hits
Kehadiran anak dalam keluarga memang dinanti nantikan bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga Namun sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat setelah ada anak lelaki ditanya pula bila nak ada anak perempuan Rasa down kadangkala tak...
Sholat Di Belakang Perempuan Benarkah Membatalkan Shalat

Sholat Di Belakang Perempuan Benarkah Membatalkan Shalat

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 193 hits
Dalam beberapa teks hadis disebutkan bahwa lewatnya perempuan di hadapan laki laki yang sedang shalat dapat membatalkan shalatnya Tidak hanya itu perempuan bahkan disebutkan berdampingan dengan anjing dan dan keledai Salah satunya hadis riw...
Salah Ke Lelaki Tua Jodoh Perempuan Muda Ebby Yus Akhirnya Bersuara

Salah Ke Lelaki Tua Jodoh Perempuan Muda Ebby Yus Akhirnya Bersuara

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 738 hits
BERDO0SAKAH kalau orang tua dan tak kacak macam saya berjodoh dengan orang muda dan cantik Salah ke lelaki tua jodoh perempuan muda Ebby Yus akhirnya bersuara
Cinta Laura Jadi Duta Anti Kekerasan Perempuan Dan Anak

Cinta Laura Jadi Duta Anti Kekerasan Perempuan Dan Anak

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 336 hits
Artis Cinta Laura diangkat menjadi Duta Anti Kekerasan Terhadap Perempuan dan Anak Hal itu diungkapkan Cinta Laura di akun instagramnya
Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 584 hits
Sememangnya ada di kalangan anak anak kita yang tidak suka makan nasi Malah langsung tidak boleh terima nasi dalam menu harian mereka Rungsing ibu dibuatnya bila anak anak tidak mahu langsung menjamah nasi seperti anak anak lain Sihatkah me...
Dinner Siakap 3 Rasa Tomyam Campur Dan Sate

Dinner Siakap 3 Rasa Tomyam Campur Dan Sate

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 310 hits
Dinner Siakap 3 Rasa Tomyam Campur Selamat malam semua Dah dinner ke Kami baru je habis makan malam di restoran cahaya Restoran makanan laut berhampiran kediaman kami Ambil set yang sederhana saiz untuk 2 orang makan tetapi mintak nasi 4 se...
Gigit Tanaman Hias Ini Di Rumah Bocah 4 Tahun Alami Kejang Pembengkakan Dan Mati Rasa

Gigit Tanaman Hias Ini Di Rumah Bocah 4 Tahun Alami Kejang Pembengkakan Dan Mati Rasa

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 575 hits
Seorang ibu asal Malaysia terkejut mengetahui tanaman hias yang ada di rumahnya bisa mendatangkan bencana bagi putrinya Ia lalu menulis cerita pengalamannya itu di Facebook dengan tujuan memperingati netizen lain Dalam postingan yang dituli...
Ikut Cara Rasulullah Saw Tunjuk Rasa Sayang Ayah Yang Garang Pun Tetap Disayangi Anak Anak

Ikut Cara Rasulullah Saw Tunjuk Rasa Sayang Ayah Yang Garang Pun Tetap Disayangi Anak Anak

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 283 hits
Seorang bapa mungkin lebih tegas berbanding ibu Ekspresi wajahnya saja sudah cukup untuk membuat anak anak merasa takut Nampak garang tetapi di sebalik wajah itu tersembunyi rasa cinta seorang ayah terhadap anak anaknya Menunjukkan rasa say...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah