Benarkah Dakwaan Frontliners Ini Mohon Jawapan Dari Kkm



ATAS rasa hampa dan bimbang, sekumpulan doktor dari beberapa hospital di Lembah Klang mendedahkan suasana bekerja yang terpaksa mereka hadapi setiap hari melawan pandemik Covid-19, semasa satu perbincangan dalam talian yang kini tular di media sosial.
Mereka menyifatkannya sebagai mengerikan tetapi pada masa sama meluluhkan hati.

Kapal sudah tenggelam, dan kami sedang lemas, kata mereka, yang menyamakan keadaan Malaysia pada hari ini seperti laporan yang pernah muncul dari Itali tahun lalu dan India awal tahun ini.
Kumpulan doktor ini mendedahkan keadaan yang mereka hadapi kepada Projek Bangsa Malaysia dalam satu rakaman yang dibuat pada 9 Julai.
Nama dan identiti mereka dirahsiakan kerana hal sensitif yang mereka ketengahkan dalam video bertajuk “The Pleas of Our Frontliners” (Rayuan Barisan Hadapan Kita).. Video lihat di SINI
Projek Bangsa Malaysia juga mengubah suara doktor ini untuk menyamarkan identiti mereka. Gambar serta hospital tempat mereka berkhidmat juga tidak diberitahu.
“Kalau kita ingat kapal masih lagi berlayar, saya rasa kapal itu sudah tenggelam. Kalau kita ingat rumah belum lagi terbakar, sebenarnya rumah sudah terbakar,” kata seorang doktor.
Seorang lagi doktor mendakwa jumlah kes jangkitan Covid-19 sebenarnya lebih tinggi daripada yang dilaporkan kerana berdasarkan kadar kebolehjangkitan, satu daripada 10 orang boleh dijangkiti virus itu.
“Malah angka kematian Covid-19 yang dilaporkan di media tidak menggambarkan kadar kematian yang kami lihat,” kata seorang doktor lain.
“Jumlah kematian jauh lebih tinggi. KKM (Kementerian Kesihatan) tidak melaporkan sekiranya pesakit meninggal akibat lain dan ada Covid-19, atau pesakit sudah melepasi tempoh 14 hari dan kemudian mengalami darah beku di paru-paru atau di kaki atau serangan jantung, atau strok,” kata seorang yang lain.
Menurut mereka, kematian akibat Covid-19 berlaku kerana sumber yang terhad.
Hospital juga kekurangan bekalan oksigen sementara unit rawatan rapi sesak kerana sesetengah pesakit mengambil masa yang lama untuk pulih. Bagi sesetengah kes, proses itu memakan masa sehingga berbulan-bulan.
“Kita perlukan lebih banyak peralatan. Kita perlukan lebih banyak tangki oksigen.
“Sejak beberapa minggu lepas kami kekurangan ubat utama yang dipakai untuk merawat pesakit Covid-19.
“Kami tidak dapat bantuan daripada HQ (kementerian) dan kami sedang hendak mati dalam peperangan ini,” kata seorang doktor.
Menurut seorang doktor, mereka tiada masa untuk mengemukakan kertas cadangan dalam mesyuarat bajet bagi mendapatkan dana membeli tangki oksigen kerana tangki oksigen itu diperlukan sekarang.
Usaha mereka untuk meminta sumbangan juga ditolak oleh pihak berkuasa, tambahnya.
Seorang doktor pelatih pula berkata beliau terpaksa mengendalikan empat hingga lima wad di tingkat yang berlainan semasa bertugas atas panggilan pada waktu malam.
“Kami tidak cukup pakar, perunding, MO (pegawai perubatan), pelatih. Bila kami akan dapat orang yang cukup. Bila orang baharu nak masuk? Ini sangat menekan,” kata seorang doktor teresak-esak.
“Saya doktor pelatih tetapi mereka letak saya jaga empat lima wad, di tingkat yang berlainan. Saya terpaksa kejar ke sana ke sini. Saya harap saya tidak sebabkan sesiapa mati,” kata seorang yang lain.
Dua doktor menceritakan tentang jumlah tenaga kerja yang berkurang sehingga menjejaskan operasi apabila ada doktor, jururawat atau pembantu perubatan terkena jangkitan.
Mereka juga menyelar pihak berkuasa kerana dasar yang lemah serta langkah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang separuh masak.
“Kami masih ingat semasa pilihan raya Sabah. Mereka yang balik dari Sabah tidak perlu menjalani kuarantin, PKP separuh masak, wakil rakyat langgar peraturan. Kami ingat semua itu,” kata seorang doktor.
TUTUP MULUT
Seorang lagi mengeluh tentang arahan tutup mulut yang dikenakan ke atas kakitangan kementerian.
“Saya tahu kawan-kawan saya masih berjuang dan saya rasa apa yang lebih mengecewakan ialah mereka tidak boleh cakap apa-apa,” katanya.
“Sekarang ini setiap kali kami cuba dedahkan (keadaan sebenar), mereka akan beritahu semua pihak dan media bahawa keadaan terkawal, sedangkan kami macam orang nak lemas.”
Seorang lagi doktor bertanya kenapa tidak ada usaha untuk menambah doktor pada masa ini.
“Kenapa sekarang kita ambil guru baru dan bukannya doktor. Sekolah tutup dan kita ambil guru baru?” tanyanya.
Seorang doktor menggesa kerajaan belajar dari negara lain seperti New Zealand, Singapura dan Taiwan yang berjaya melaksanakan strategi mengekang penularan Covid-19.
Hospital di Lembah Klang sejak beberapa bulan lepas sesak selepas kes Covid-19 semakin meningkat dari hari ke hari.
Setakat semalam, nilai kebolehjangkitan atau R-naught berada pada tahap 1.14.
Angka ini, jika lebih 1.0 bermaksud penyebaran Covid-19 semakin cepat.
Dan hari ini negara mencatatkan jumlah tertinggi pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) iaitu seramai 972 orang sementara jumlah kematian pula seramai 125 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 456 pesakit di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kematian keseluruhan kini berjumlah 6,385 orang.
Hari ini dalam tempoh 24 jam terakhir sebanyak 11,079 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan.
Ini juga pertama kali jumlah jangkitan harian melebihi lima angka.
Jumlah kes pulih pulih sebanyak 5,990 kes.

Laporan dipetik dari The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/benarkah-dakwaan-frontliners-ini-mohon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Batal Atau Pinda Amaun I Citra Selepas Buat Permohonan Ini Jawapan Kwsp

Bolehkah Batal Atau Pinda Amaun I Citra Selepas Buat Permohonan Ini Jawapan Kwsp

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 358 hits
Bermula 15 Julai ini orang ramai boleh membuat permohonan i Citra yang membenarkan amaun pengeluaran sehingga RM5 000
Betul Ke Bayaran Pengeluaran I Citra Diberikan Keutamaan Berbanding Bayaran Pengeluaran Lain Ini Jawapan Dari Kwsp

Betul Ke Bayaran Pengeluaran I Citra Diberikan Keutamaan Berbanding Bayaran Pengeluaran Lain Ini Jawapan Dari Kwsp

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 267 hits
Pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran wang Inisiatif i Citra sudah sedia maklum bahawa pengeluaran kali ini akan mengutamakan pengeluaran daripada Akaun 2 terlebih dahulu yang disediakan bagi tujuan bayaran pinjaman rumah perbelanjaa...
11 Soalan Mengenai Bitcoin Dengan Jawapan Paling Ringkas

11 Soalan Mengenai Bitcoin Dengan Jawapan Paling Ringkas

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 253 hits
1 Apa itu Bitcoin Bitcoin ialah mata wang digital pertama paling popular di dunia Dunia kripto mengelar BITCOIN sebagai KING OF CRYPTO 2 Adakah Bitcoin sah disisi undang undang kewangan Malaysia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengiktiraf BIT...
Pemulih Bukan Jawapan Pada Kesengsaraan Rakyat

Pemulih Bukan Jawapan Pada Kesengsaraan Rakyat

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 234 hits
Pemulih bukan jawapan pada kesengsaraan rakyat Perintah kawalan pergerakan yang berlarutan telah memperjudikan nasib ramai orang dan entiti perniagaan Kelemahan tadbir urus kerajaan pintu belakang yang gagal membendung penularan wabak Covid...
Kit Ujian Kendiri Covid 19 Diberi Kelulusan Bersyarat Oleh Kkm

Kit Ujian Kendiri Covid 19 Diberi Kelulusan Bersyarat Oleh Kkm

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 238 hits
MDA bakal senaraikan kit yang diluluskan di laman webnya PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID 19 untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia Dalam satu kenyataan Pihak Berku...
Kenapa Kkm Pertaruhkan Nyawa Nurse Mengandung

Kenapa Kkm Pertaruhkan Nyawa Nurse Mengandung

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 222 hits
Seramai 172 daripada petugas barisan hadapan yang mengandung didapati positif Covid 19 kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba BANkami Darurat telah dikeluarkan sepatutnya kerajaan boleh mengeluarkan dan mengarahkan mana mana nurse atau mana m...
Kenapa Selangor Tak Tutup Kilang Ini Jawapan Buat Rafizi

Kenapa Selangor Tak Tutup Kilang Ini Jawapan Buat Rafizi

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 325 hits
Soalan kepada kerajaan Selangor dan Amirudin kalau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi lesen pelepasan pun tetapi kerajaan Selangor tarik balik lesen PBT kilang kena tutup jugakan Kenapa tak buat begitu Mohon sekolahkan s...
Mcdonald S Taja Makanan Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Penghargaan Buat Frontliners Perubatan Di Sini

Mcdonald S Taja Makanan Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Penghargaan Buat Frontliners Perubatan Di Sini

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 282 hits
StartFragment McDonald s Taja Makanan Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Penghargaan Buat Frontliners Perubatan Di Sini l Assalamualaikum Seperti yang kita tahu Hospital Sungai Buloh merupakan hospital pertama di Malaysia yang menerima dan...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation