Kenapa Selangor Tak Tutup Kilang Ini Jawapan Buat Rafizi



“Soalan kepada kerajaan Selangor dan Amirudin, kalau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi lesen pelepasan pun, tetapi, kerajaan Selangor tarik balik lesen PBT, kilang kena tutup jugakan? Kenapa tak buat begitu? Mohon sekolahkan saya,” kata Rafizi menerusi Twitternya, semalam.
Menurut Rafizi, berdasarkan pengetahuannya, kuasa ada kepada kerajaan negeri Selangor kecuali ia digantung disebabkan darurat.

Katanya, di bawah Seksyen 102(s) di bawah bidang kuasa tambahan, PBT diberi kuasa (melalui kaedah pelesenan) untuk mengawal, menyelia (termasuk menutup) perniagaan atau perindustrian dari jenis yang memudaratkan orang ramai.
“Saya semak Akta PBT, ada beberapa peruntukan khusus mengenai lesen untuk premis atau industri beroperasi yang boleh dipertimbang dalam keadaan terdesak ini.
“Punca kuasa dari Seksyen 107 mengenai kuasa memberi lesen untuk beroperasi. 107(2) beri hak untuk tarik lesen tanpa beri alasan. Sebab setahu saya kuasa itu ada pada Kerajaan Negeri, kecuali semua kuasa Kerajaan Negeri digantung masa darurat,” katanya lapor Utusan Malaysia
Berikut adalah jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Rafizi itu..
Nota ini adalah untuk menjawab apa yang dibangkitkan mengenai kuasa Kerajaan Negeri.
AKTA 342
Perlu ditekankan di sini bahawa terdapat suatu undang-undang khusus bagi pengawalan penyakit berjangkit dan wabak iaitu Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
Akta ini adalah undang-undang Persekutuan yang memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk membuat deklarasi ‘kawasan jangkitan’ serta mengeluarkan Peraturan-peraturan yang perlu bagi mengawal wabak dalam ‘kawasan jangkitan’.
Inilah punca kuasa bagi kesemua Perintah Kawalan Pergerakan dan juga SOP MKN yang digunapakai sepanjang krisis Covid-19.
Akta 342 ini juga membolehkan Kerajaan Persekutuan untuk menentukan sektor ekonomi yang mana boleh beroperasi, termasuklah sektor perlu (essential) yang boleh beroperasi menggunakan surat yang dikeluarkan oleh sistem CIMS MITI.
Maka, terdapat satu undang-undang khusus untuk mengekang wabak yang merupakan bidangkuasa Kerajaan Persekutuan.
BOLEHKAH KERAJAAN NEGERI TUTUP KILANG?
Polemik yang berbangkit adalah bahawa Kerajaan Negeri boleh menggunakan lesen PBT untuk ‘menutup kilang’.
Dalam erti kata lain, dikatakan bahawa Kerajaan Negeri boleh membatalkan lesen yang dikeluarkan oleh PBT untuk menutup operasi kilang.
Ramai yang sudah memberi ulasan bahawa lesen PBT ini hanya salah satu daripada pelbagai lesen dan kebenaran yang perlu diperolehi oleh sesebuah kilang untuk beroperasi.
Saya tidak mahu ulas lanjut tentang perkara ini, tetapi saya ingin khusus menjawab mengenai kuasa PBT mengenai lesen, yang terkandung di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Sebelum menyentuh Akta 171, beberapa fakta penting perlu dinyatakan terlebih dahulu:
1. Kilang-kilang yang diberi kebenaran operasi oleh MITI adalah kilang-kilang yang sah di sisi undang-undang. Bukan kilang haram dan sebagainya.
2. Kilang-kilang ini mempunyai lesen PBT yang masih sah tempoh.
Perlu ditekankan bahawa Akta 171 memberi kuasa umum kepada PBT. Tertakluk kepada setiap PBT untuk menentukan syarat-syarat dan undang-undang kecil di setiap PBT, mengambil kira keperluan tempatan.
Ada pihak yang telah merujuk kepada Seksyen 107(2) Akta 171 untuk mengatakan bahawa lesen yang dikeluarkan oleh PBT boleh ditarik balik.
Seksyen 107(2) berbunyi: Tiap-tiap lesen atau permit yang diberi tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan dan boleh dibatalkan oleh pihak berkuasa tempatan pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab.
Hujah yang digunapakai adalah PBT boleh guna Seksyen 107(2) untuk ‘tutup kilang’.
Tidak dinafikan, kalau ikut Akta, PBT sememangnya mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen PBT ‘pada bila-bila masa’.
Tetapi walaupun PBT mempunyai budi bicara untuk batalkan lesen, ianya bukanlah budi bicara mutlak yang boleh digunapakai sewenang-wenangnya secara arbitrari.
Pertama sekali, ‘tanpa memberi apa-apa sebab’ dalam seksyen itu bukanlah ‘tanpa sebab’.
Budi bicara untuk batalkan lesen mestilah berkaitan dengan pelanggaran syarat-syarat dalam lesen yang diberikan, dan bukannya atas sebab perkara-perkara yang tiada kaitan dengan lesen itu.
Satu analogi yang saya suka guna adalah mengenai lesen memandu yang dikeluarkan oleh JPJ. Lesen memandu boleh dibatalkan atau digantung oleh JPJ. Tetapi, JPJ tidak boleh membatalkan lesen memandu hanya kerana mahu menghalang orang daripada merentas negeri, atau keluar semasa PKP dilaksanakan.
Pembatalan lesen memandu dalam keadaan di atas tiada kena mengena dengan apa-apa pelanggaran punca kuasa iaitu Akta Pengangkutan Jalan dan melangkaui budi bicara yang ada.
Sama juga dengan membatalkan lesen PBT kilang, ia harus berkaitan dengan pelanggaran mana-mana peruntukan di dalam Akta 171, syarat-syarat lesen dan undang-undang kecil PBT tersebut.
Oleh sebab itu, PBT sebenarnya tiada budi-bicara yang meluas dan mutlak untuk mengguna pakai Seksyen 107(2) dalam hal ini.
Jika diambil berita sebuah kilang pembuatan sarung tangan yang ditutup tempoh hari, jelas bahawa tindakan diambil di bawah Akta 342. Hanya satu kilang yang ditutup di bawah undang-undang kecil kerana tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah, dan ini dalam bidang kuasa PBT.
PBT ada diberi kuasa untuk menguat kuasa Akta 342, tetapi punca kuasa itu tetap daripada undang-undang Persekutuan.
Sekiranya PBT bertindak melangkaui punca kuasa dan budi bicara mereka yang terhad ini, mereka akan terdedah kepada tindakan saman mahkamah.
Saya tidak mahu sentuh tentang prinsip-prinsip yang dipertimbangkan dalam judicial review (semakan kehakiman) secara detail, tetapi mana-mana peguam yang biasa mengamal dalam undang-undang administratif awam (public administrative law) akan tahu tentang alasan-alasan untuk mencabar tindakan mana-mana badan awam termasuk PBT.
Ini yang saya sebut tentang ‘Rule of Law’. Semua badan Kerajaan tidak boleh berbuat sesuka hati hanya kerana sekilas pandang mereka ‘nampak’ seperti ada kuasa. ‘Rule of Law’, bukan ‘Rule by Law’.
UNDANG-UNDANG KECIL
Ada yang merujuk kepada Seksyen 73 Akta 171 dan Seksyen 102 Akta yang sama. Kedua-dua ini merujuk kuasa untuk membuat undang-undang kecil.
Pertama, ada rujukan Seksyen 102(s) Akta 171. Akan tetapi, jika diteliti ini adalah kuasa untuk membuat undang-undang kecil dalam PBT untuk mengawal jenis industri yang boleh memudaratkan awam atau menyebabkan kacau ganggu.
Contohnya, PBT boleh larang, dengan undang-undang kecil, kilang buat racun toksik dekat dengan penempatan orang sebab ia mungkin boleh membawa mudarat.
Ia bukan kuasa untuk ‘tutup kilang’, lebih lagi kilang-kilang yang memang sudah mempunyai lesen untuk beroperasi.
Seksyen 73 juga telah dipetik, tetapi sekali lagi ianya merujuk kepada kuasa membuat undang-undang kecil.
Sekarang ini, Akta 342 memang diguna pakai seluruh negara apabila seluruh negara diisytiharkan sebagai kawasan kawasan tempatan jangkitan sejak bulan Mac 2020 dan bidang kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan wabak Covid-19 tertakluk pada Kerajaan Persekutuan.
Dalam apa jua keadaan sekalipun, kita harus faham bahawa undangundang kecil ini adalah apa yang dipanggil ‘subsidiary legislation’ dan apa yang boleh dibuat adalah terhad.
Undang-undang kecil yang dibuat oleh PBT tidak boleh bercanggah dengan Akta 342. Jika mengikut Akta 342 sesetengah jenis kilang boleh beroperasi, maka undang-undang kecil PBT tidak boleh ‘mengatasi’ Akta tersebut.
Undang-undang kecil tidak boleh digunakan untuk menutup kilang yang sememangnya sudah lesen untuk beroperasi. Undang-undang kecil tidak boleh beroperasi menarik hak yang telah diberikan dengan sah sebelum itu.
Apatah lagi sekiranya sudah ada undang-undang Persekutuan yang khusus seperti Akta 342 yang meliputi masalah khusus iaitu pengawalan penyakit berjangkit.
BIDANG KUASA NEGERI
Akhir sekali, ada pihak yang juga membangkitkan bidang kuasa Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pertama, ingin saya katakan bahawa dalam keadaan di mana terdapatnya percanggahan di antara undang-undang Negeri dan undang-undang Persekutuan, undang-undang Persekutuan akan mengatasi undang-undang negeri.
Kedua, pada ketika ini tiada enakmen mana-mana negeri yang telah digubal khusus untuk mengawal wabak Covid ini. Sebabnya jelas – kerana sudah pun ada Akta Parlimen yang khusus.
Apatah lagi dalam keadaan Darurat sekarang, yang mana Dewan Undangan Negeri tidak boleh bersidang langsung.
Oleh itu, hujah yang merujuk kepada Senarai bidangkuasa perundangan Persekutuan dan Negeri tidak membantu dalam merungkai permasalahan sedia ada.
KESIMPULAN
Harus ditekankan bahawa Menteri Besar Selangor sudah berkali-kali meminta MKN supaya hanya kilang-kilang yang benar-benar perlu (essential) dibenarkan beroperasi, walaupun MITI telah membenarkan lebih banyak kilang dibuka.
Ini bermakna Kerajaan Negeri sudah memohon untuk pelaksanaan SOP yang lebih ketat bagi Negeri Selangor dalam hal membabitkan kilang, tetapi tidak diendahkan oleh MKN.
Jika memang boleh guna kuasa PBT, sudah tentu Kerajaan Negeri sendiri sudah tentu sudah pertimbangkan dan dinasihati oleh Penasihat Undang-undang Negeri mengenai perkara ini.
Mengapa perlu meminta MKN jika Kerajaan Negeri boleh bertindak? Jawapannya, sebab Kerajaan Negeri sememangnya terikat dalam hal ini.
Saya tidak setuju bahawa Kerajaan Negeri berbuat sesuka hati, melanggar Rule of Law dan melangkaui bidang kuasa dan budi bicara, mendedahkan diri kepada tindakan Mahkamah, semata-mata demi ‘political mileage’.
Apa yang jelas adalah kaedah untuk menutup kilang dalam keadaan penularan wabak sekarang adalah melalui Akta 342, dan bukannya mana-mana kuasa PBT.
Mana-mana Kerajaan wajib bertindak dalam kerangka yang dibenarkan, dan menggunakan budi bicara, sekiranya ada, dan bukan dengan sewenang-wenangnya.
Mana-mana Kerajaan mesti bertindak dengan bertanggungjawab, dan bukan untuk skor mata politik.

 
Syahredzan Johan,Peguam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/kenapa-selangor-tak-tutup-kilang-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Syahredzan Perang Di Twitter Gara Gara Selangor Tak Guna Kuasa Tutup Kilang

Rafizi Syahredzan Perang Di Twitter Gara Gara Selangor Tak Guna Kuasa Tutup Kilang

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 206 hits
FMT ReportersRafizi Ramli dan Syahredzan Johan bertegang urat selepas naib presiden PKR itu mengkritik kerajaan Selangor tidak menggunakan kuasa negeri untuk menutup kilang susulan lonjakan kes Covid 19 di negeri itu PETALING JAYA Rafizi Ra...
Selangor Boleh Guna Pbt Tutup Kilang Zuraida Bidas Exco Dap Putar Belit Fakta

Selangor Boleh Guna Pbt Tutup Kilang Zuraida Bidas Exco Dap Putar Belit Fakta

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 194 hits
AGENDA DAILY Sektor perkilangan dan pembuatan antara penyumbang tertinggi kes Covid 19 dalam negara Kerajaan Selangor didakwa memutar belit fakta dengan mengatakan pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang mela...
Pbt Selangor Tiada Kuasa Tutup Kilang Kata Syahredzan

Pbt Selangor Tiada Kuasa Tutup Kilang Kata Syahredzan

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 263 hits
Peguam Syahredzan Johan berkata Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 membenarkan Putrajaya menentukan sektor ekonomi mana adalah perkhidmatan perlu dan boleh beroperasi PETALING JAYA Pihak berkuasa tempatan di Selangor ti...
Hanya Kerajaan Persekutuan Boleh Tutup Kilang Exco Selangor

Hanya Kerajaan Persekutuan Boleh Tutup Kilang Exco Selangor

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 190 hits
Oleh Anggota penguat kuasa PBT Selangor meninjau warga asing melakukan aktiviti harian bersantai dan lepak dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Meru Klang baru baru ini SHAH ALAM Lesen pengoperasian kilang dikeluarkan ...
Panas Rafizi Bidas Kerajaan Ph Selangor Budak Dap Butthurt Hahaha

Panas Rafizi Bidas Kerajaan Ph Selangor Budak Dap Butthurt Hahaha

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 244 hits
Rafizi Ramli dan Syahredzan Johan bertegang urat selepas naib presiden PKR itu mengkritik kerajaan Selangor tidak menggunakan kuasa negeri untuk menutup kilang susulan lonjakan kes Covid 19 di negeri itu Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik ...
Should Selangor Close Factories Rafizi Spars With Syahredzan

Should Selangor Close Factories Rafizi Spars With Syahredzan

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 277 hits
Rafizi Ramli and Syahredzan JohanPETALING JAYA A disagreement over the Selangor government s role in closing factories in the state amid the worsening Covid 19 situation sparked a lively debate on Twitter between two Pakatan Harapan persona...
Vaksinasi Pekerja Kilang Segera Titah Sultan Selangor

Vaksinasi Pekerja Kilang Segera Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 273 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Timbalan Mufti Selangor yang baharu Prof Madya Dr Miszairi Sitiris di Istana Bukit Kayangan Shah Alam SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah be...
Mb Selangor Syor Sektor Ekonomi Di Kawasan Pkpd Kekal Tutup

Mb Selangor Syor Sektor Ekonomi Di Kawasan Pkpd Kekal Tutup

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 167 hits
MALAYSIA KINIKerajaan Selangor mencadangkan agar penutupan sektor ekonomi di kawasan dikuatkuasakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di negeri itu dikekalkan Menurut Menteri Besar Amirudin Shari cadangan itu dibangkitkan ketika mes...
Degil Tak Nak Tutup Kilang Warga Tiktok Santau Azmin Ali

Degil Tak Nak Tutup Kilang Warga Tiktok Santau Azmin Ali

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 253 hits
NASUHA RAHMANTidak berpuas hati dengan kes COVID 19 yang melonjak lebih 13 000 kes positif semalam warga TikTok kali ini cuba menyantau Menteri MITI Azmin Ali Dengan harapan agar Azmin Ali terbuka hati untuk menutup kilang kilang bagi mered...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care

15 Timeless Rustic Shed Designs With Unmatched Outdoor Versatility



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Fashion Forward Styling Tips For Incorporating Shapewear Into Your Outfits

Buasir Otak Tv Bahasa Malaysia Jadi Ibu English Jadi Daddy Be Like

Cerita Aidilfitri 2024 Teamrayakedah

Resepi Ayam Masak Lemak Tak Pedas

Skeletal Remains Found At Abandoned Teachers Quarters In Membakut

Ex Judge Urges Govt To Apologise For Ops Lalang