Kerajaan Malaysia Stabil Tak Perlu Beria Desak Bubar Parlimen Annuar Musa


The Reporter




Kebelakangan ini, sudah timbul desas desus menyatakan Plihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal dilaksanakan beberapa bulan lagi. Pelbagai persepsi rakyat dapat dilihat dalam menentukan calon pilihan mereka. 

Namun begitu, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa  kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan sebuah kerajaan yang stabil hasil sokongan semua pihak termasuk pembangkang. Oleh yang demikian juga, ujar beliau tiada keperluan mendesak  ketika ini untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan.


"Kerajaan ini boleh mendapat dua pertiga sokongan (melibatkan) kepentingan rakyat, buktinya kita telah pinda perlembagaan dan akan ada lagi mungkin pindaan perlembagaan yang dibuat secara bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Bersama Warga Jabatan Penerangan Kelantan hari ini.


Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan stabil, Perdana Menteri mahu terus melaksanakan lebih banyak agenda melibatkan kepentingan rakyat.
 
Namun begitu, gambaran sebaliknya pula diberikan sehinggakan kerajaan diminta untuk melakukan pembubaran parlimen dan seterusnya melaksanakan pilhan raya.


"Ini adalah sebuah kerajaan yang stabil, jangan bercakap soal parti, saya bercakap ini soal kerajaan jadi kerajaan ini boleh terus kekal, cukup sokongan, ada dua pertiga dan jangan lupa kerajaan ini turut ditadbir berasaskan MoU (memorandum persefahaman) tentang kestabilan dan transformasi yang telah ditandatangani di antara kerajaan dengan PH (Pakatan Harapan),” katanya.


Annuar, yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata, selain disokong oleh PH, ada beberapa parti di luar pakatan tersebut juga telah menyatakan sokongan terhadap kerajaan.


"Berkenaan MoU kerajaan dan pembangkang, hendaklah difahami dalam MoU itu telah jelas menyebut secara hitam putih bahawasanya MoU itu berkuat kuasa daripada tarikh tandatangan sehingga Parlimen ke-14 dibubarkan.


"Di luar sana masih banyak yang tak faham, kata perbaharui, kata nak buat MoU 2.0, kata jangan buat dan sebagainya yang sebenarnya tidak berbangkit.


"Persefahaman antara kerajaan dan PH selagi mana kedua-dua pihak tidak mengubah pendirian yang tertulis dalam MoU maka kandungan dalam MoU itu akan terus berkuat kuasa dan mengikat kedua-dua pihak kerajaan dan PH,” katanya.


Ketika ditanya sama ada kerajaan pimpinan Perdana Menteri perlu tunduk dengan desakan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU15 dilaksanakan, Annuar berkata, pilihan raya umum sebelum ini bukan dibuat berdasarkan desakan.


“Kabinet kena buat keputusan, kalau rasa dapat mandat serta rasa dah cukup masa nak bubar, kabinet serta Perdana Menteri cuma boleh menasihatkan namun Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa mutlak.


"Setakat ini, Yang di-Pertuan Agong titah kita (kerajaan) suruh kerja, Yang di-Pertuan Agong tidak titah kita (kerajaan) suruh ‘politiking’ malah baginda sebut kurangkan ‘politiking.
"Kerajaan ini akan junjung titah Yang di-Pertuan Agong," katanya. 


Sumber: Sinar Harian


June 13, 2022 at 06:25AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/06/kerajaan-malaysia-stabil-tak-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikut Titah Agong Kurang Politiking Annuar Beritahu Pihak Desak Bubar Parlimen

Ikut Titah Agong Kurang Politiking Annuar Beritahu Pihak Desak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 161 hits
Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dianggap stabil hasil dukungan semua pihak termasuk pembangkang KOTA BHARU Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mer...
Mandat Kerajaan Berakhir Julai 2023 Pm Ismail Perlu Berhati Hati Jika Bubar Parlimen Awal

Mandat Kerajaan Berakhir Julai 2023 Pm Ismail Perlu Berhati Hati Jika Bubar Parlimen Awal

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 138 hits
Polemik bubar atau tidak Parlimen dalam tempoh terdekat antara pemimpin DAP dan Umno yang memanas sejak semalam tidak perlu diperpanjangkan kerana tempoh penggal kerajaan hanya akan tamat pada Julai 2023 Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang H...
Maknanya Sekarang Pm Tak Perlu Tergesa Gesa Lagi Nak Bubar Parlimen Abaikan Saja Desakan Kluster Mahkamah

Maknanya Sekarang Pm Tak Perlu Tergesa Gesa Lagi Nak Bubar Parlimen Abaikan Saja Desakan Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 174 hits
Pertikaian sama ada Parlimen perlu dibubarkan dengan segera atau sebaliknya kini menjadi isu yang semakin membahang antara dua kumpulan dalam UMNO Kluster mahkamah dan mereka yang menyokong kumpulan itu telah dan sedang mengasak Perdana Men...
Terkini Anwar Desak Kerajaan Bertindak Bantu Nelayan

Terkini Anwar Desak Kerajaan Bertindak Bantu Nelayan

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 170 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan bertindak segera membanteras kegiatan sindiket orang tengah yang didakwa mengawal rantaian bekalan sektor perikanan negara
Mohon Mencadangkan Ismail Sabri Jangan Sesekali Bubar Parlimen Selagi Tak Jadi Presiden Umno

Mohon Mencadangkan Ismail Sabri Jangan Sesekali Bubar Parlimen Selagi Tak Jadi Presiden Umno

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 366 hits
Hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bercakap lagi buat kesekian kalinya mengenai tarikh PRU15 Katanya walaupun tarikh paling lewat untuk diadakan PRU15 ialah Julai 2023 tetapi ia mungkin diadakan lebih awal daripada itu Walaupun ta...
Ppim Sokong Kerajaan Sekat Eksport 3 6 Juta Ekor Ayam Malaysia Gazette 23 05 2022

Ppim Sokong Kerajaan Sekat Eksport 3 6 Juta Ekor Ayam Malaysia Gazette 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Tindakan kerajaan menghentikan eksport 3 6 juta ekor ayam sebulan merupakan tindakan yang tepat Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkata langkah itu dilihat akan berjaya menangani krisis harga makanan di negara ini Susulan pen...
Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022

Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 211 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan mengawal selia perkhidmatan e hailling jika pengendali terus mendesak dengan memohon pelbagai kelonggaran Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata desakan itu termasu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba