Belum Ada Ngo Malaysia Dibenarkan Masuk Gaza


Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN MUHAMMAD NADIR AL-NURI KAMARUZAMAN PETALING JAYA: Belum ada sa­tupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan misi bantuan kemanusiaan termasuk dari Malaysia dibenarkan memasuki Semenanjung Gaza.
Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini berada di wilayah tersebut ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurut beliau, biarpun Semenanjung Gaza berada dalam keadaan baik dan tenang serta tiada serangan susulan oleh tentera rejim Zionis, kebanyakan NGO bersama bantuan masih ‘terperap’ di Kaherah, Mesir.
“NGO tidak boleh masuk di­sebabkan oleh sekatan daripada kerajaan Mesir dengan alasan keselamatan di Sinai dan sebagainya. Itu juga adalah satu-satunya jalan untuk masuk melalui sempadan Rafah di selatan Gaza.
“Sekiranya di utara, ada sempadan Erez, tetapi orang Malaysia tidak dibenarkan masuk ke­rana perlu melalui Israel dan kita tidak mempunyai hubu­ngan diplomatik dengan mereka,” katanya.
Muhammad Nadir berkata, kebanyakan NGO sedang berusaha untuk memasuki Gaza bagi menyampaikan bantuan khususnya pembangunan semula wilayah Palestin yang teruk dibedil roket tentera rejim.
“Jadi insya-Allah mereka se­dang berusaha menyiapkan usaha tersebut dan mudah-mudahan mereka dapat masuk dan menghantar sumbangan secara terus kepada penduduk di bumi Gaza,” katanya.
Beliau memberitahu, Semenanjung Gaza ketika ini masih berada di bawah pemantauan berterusan oleh tentera rejim menggunakan quadcopter iaitu dron pengintip tanpa pemandu.
“Baru-baru ini kita mendapat berita terdapat pengintip Israel yang masuk. Namun mereka menggunakan quadcopter yang dihantar ke Gaza untuk memantau serangan yang telah mereka lakukan tetapi ia bukanlah serangan.
“Bagaimanapun, secara asas­nya serangan sudah terhenti di Gaza, dan Alhamdulillah ke­adaan tenang cumanya pendu­duk bersusah payah untuk mem­betulkan semula apa yang telah dimusnahkan oleh Zionis,” katanya.
Menurut beliau, terdapat tiga kementerian di Palestin yang terlibat dalam membaik pulih semula iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kementerian Pembangunan Masyarakat manakala yang menguruskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah Kementerian Luar Negeri.
“Kita sudah berhubung de­ngan keempat-empat kementerian bagi mengetahui apa yang mereka perlukan.
“Pertama sekali adalah bantuan kecemasan untuk mereka yang rumahnya musnah sepenuhnya iaitu sekitar 2,000 orang. Kedua adalah membaik pulih rumah bagi penduduk yang rumahnya musnah separa yang mana jumlah mereka itu melebihi 13,000 buah rumah dan perlu dibaiki sekitar RM10,000 bagi sebuah rumah.
“Seterusnya bantuan anak-anak yatim yang terdiri daripada 211 orang,” ujarnya. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/belum-ada-ngo-malaysia-dibenarkan-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ebit Lew Selamat Tapi Belum Pasti Dapat Masuk Ke Gaza

Ebit Lew Selamat Tapi Belum Pasti Dapat Masuk Ke Gaza

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 232 hits
Pendakwah terkenal Ebit Lew KUALA LUMPUR Pendakwah popular Ustaz Ebit Lew yang mengetuai misi kemanusiaan rakyat Palestin sejak 25 Mei lalu disahkan dalam keadaan selamat di Mesir ketika ini Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berk...
Berita Video Rentasan 899 Kini Pesawat Abang Besar Malaysia Pula Dibenarkan Masuk

Berita Video Rentasan 899 Kini Pesawat Abang Besar Malaysia Pula Dibenarkan Masuk

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 253 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8991 NATIJAH PENGKHIANATAN YANG BERTERUSAN 2 TANAH LEMBAGA GETAH MALAYSIA DIREMBAT 3 OTAK SIAPA DI LUTUT 4 TIADA ICU BUAT PESAKIT KRONIK TIADA HARAPAN SEMBUH
Bukan Mudah Nak Masuk Penjara Terbesar Dunia Rakan Ngo Percaya Ebit Lew Selamat

Bukan Mudah Nak Masuk Penjara Terbesar Dunia Rakan Ngo Percaya Ebit Lew Selamat

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 442 hits
Bukan mudah nak masuk penjara terbesar dunia Rakan NGO percaya Ebit Lew selamat kongsi pengalaman pernah 36 kali cuba masuk Gaza tapi tak lepasSani bersama arwah Abdul Aziz ketika masuk ke Gaza pada 2018 MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam ...
As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 226 hits
Tindakan tersebut menambah senarai aktiviti China ganggu kestabilan wilayah lain Pesawat Ilyushin Il 76 adalah antara pesawat China yang dikesan TUDM semalam Gambar TUDM Komander Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat mengecam penerbangan p...
5693 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette 11 06 2021

5693 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette 11 06 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Perikatan Nasional didesak untuk memberikan moratorium automatik selama enam bulan kepada semua rakyat di negara ini Desakan itu diberikan 125 buah badan bukan kerajaan memandangkan kepada kesukaran meneruskan perniaga...
5694 Mgnews 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette Tv 11 06 2021

5694 Mgnews 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette Tv 11 06 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 435 hits
Kerajaan Perikatan Nasional didesak untuk memberikan moratorium selama enam bulan kepada semua rakyat Desakan itu diberikan 125 buah badan bukan kerajaan memandangkan kepada tekanan ekonomi yang kian menghimpit rakyat negara ini Artikel ole...
Sembang Lebih Rupanya Pesawat Israel Dapat Kelulusan Masuk Malaysia

Sembang Lebih Rupanya Pesawat Israel Dapat Kelulusan Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 238 hits
w faudzin Walaun di bawah ni menyalak suruh boikot KFC la McD la macam2 la nak boikot kononnya marah sgt kat Israel Rupa2nya kjaan tebuk atap tanpa Dap yang menteri pengangkutannya adalah MCA dan dalam kabinet ramai pak2 lebai Israel selamb...
5688 Jangan Lengah Polemik Moratorium Ngo Utusan Malaysia 09 06 2021

5688 Jangan Lengah Polemik Moratorium Ngo Utusan Malaysia 09 06 2021

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 189 hits
PETALING JAYA Kerajaan digesa mengambil tindakan proaktif dan tanpa lengah menghentikan polemik moratorium bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan B40 dan M40 dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ini Koordinator Gabung...
Siapa Halang Ebit Liew Masuk Gaza

Siapa Halang Ebit Liew Masuk Gaza

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 406 hits
Kita perlu ketahui watak penting dalam konflik Palestin IsraelBERDASARKAN maklumat daripada sahabat sahabat saya di Malaysia dan di Palestin sehingga tengah malam Isnin 30 Mei 2021 pendakwah dikasihi ramai Ustaz Ebit Liew dikatakan masih be...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation