5688 Jangan Lengah Polemik Moratorium Ngo Utusan Malaysia 09 06 2021


 
PETALING JAYA: Kerajaan digesa mengambil tindakan proaktif dan tanpa lengah menghentikan polemik moratorium bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan B40 dan M40 dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ini.
Koordinator Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam, Ahmad Yazid Othman berkata, kerajaan perlu tegas mengarahkan pihak pemberi pinjaman seperti bank, peminjam berlesen, syarikat kredit dan koperasi memberikan moratorium secara automatik selama enam bulan kepada golongan tersebut.
Ujarnya, moratorium automatik amat diperlukan oleh rakyat berikutan kerajaan tidak mampu memberikan bantuan tunai yang setimpal dengan kos kerugian yang ditanggung mereka.
“Bantuan yang diberikan setakat ini jauh lebih rendah daripada Garis Kemiskinan Kebangsaan. Kebanyakan rakyat yang terbeban dengan hutang pinjaman sewaktu krisis wabak Covid-19 ini, moratorium automatik amat penting seperti perkara ‘hidup atau mati’ untuk menampung kehidupan harian.
“Pemberian moratorium automatik bukan sahaja dapat membantu mereka menjalani kehidupan, malah mampu menghindarkan mereka daripada terjebak dengan hutang ah long dan masalah sosial yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersama yang turut disokong lebih 20 NGO antaranya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM), Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Persatuan Jihad Ekonomi Muslim Bersatu (Jietu) serta Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema).
Ahmad Yazid menegaskan, pihaknya menyeru kerajaan menggunakan segala kuasa yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam situasi darurat ini termasuk mengguna pakai Ordinan Darurat bagi menangani krisis ekonomi dan kesihatan ini dengan berkesan.
“Rakyat memberikan kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan untuk melaksanakan amanah tersebut demi kepentingan rakyat dan kami sedang memerhatikan setiap tindakan yang diambil sama ada benar-benar menggambarkan keprihatinan terhadap kumpulan majoriti rakyat yang terkesan atau tidak,” ujarnya.
Terdahulu, pelbagai pihak menuntut pemberian moratorium automatik seperti yang dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu bagi mengurangkan beban rakyat dan bukannya bersasar seperti yang diumumkan baru-baru ini.
Ini ekoran keuntungan sihat industri perbankan yang mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM32.3 bilion pada 2019 dan RM23 bilion pada 2020.
Minggu lalu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan kerajaan bakal menanggung kos pampasan tidak diperlukan sama sekali kepada institusi perbankan sekiranya bertekad mahu moratorium pukal dilaksanakan kepada semua peminjam bank.
Katanya, tindakan memaksa pihak bank melakukan moratorium secara pukal pada waktu ini bermakna kerajaan mungkin akan menanggung kos pampasan untuk sesuatu yang jelas tidak diperlukan sama sekali dan lebih rela menyalurkan sumber ini (kos pampasan bank bagi melaksanakan moratorium pukal) untuk membantu rakyat dan perniagaan yang lebih memerlukannya. – UTUSAN ONLINE


Artikel oleh: Utusan Malaysia
JANGAN LENGAH POLEMIK MORATORIUM - NGO
https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/06/jangan-lengah-polemik-moratorium-ngo/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/06/5688-jangan-lengah-polemik-moratorium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5693 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette 11 06 2021

5693 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette 11 06 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Perikatan Nasional didesak untuk memberikan moratorium automatik selama enam bulan kepada semua rakyat di negara ini Desakan itu diberikan 125 buah badan bukan kerajaan memandangkan kepada kesukaran meneruskan perniaga...
5694 Mgnews 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette Tv 11 06 2021

5694 Mgnews 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette Tv 11 06 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 449 hits
Kerajaan Perikatan Nasional didesak untuk memberikan moratorium selama enam bulan kepada semua rakyat Desakan itu diberikan 125 buah badan bukan kerajaan memandangkan kepada tekanan ekonomi yang kian menghimpit rakyat negara ini Artikel ole...
5689 Hentikan Polemik Laksana Segera Moratorium Automatik Jika Benar Kerajaan Prihatin Ismaweb 08 06 2021

5689 Hentikan Polemik Laksana Segera Moratorium Automatik Jika Benar Kerajaan Prihatin Ismaweb 08 06 2021

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 272 hits
BANGI 27 Syawal 1442H Selasa Gabungan pertubuhan bukan kerajaan lebih 20 NGO dan Kumpulan Pertubuhan Masyarakat Sivil Melayu dan Islam Kebangsaan hari ini menggesa kerajaan untuk menghentikan polemik moratorium dengan tindakan serta merta K...
5696 Ngo Dewan Perniagaan Wakili 5 Juta Ahli Desak Moratorium Menyeluruh Berita Harian 12 06 2021

5696 Ngo Dewan Perniagaan Wakili 5 Juta Ahli Desak Moratorium Menyeluruh Berita Harian 12 06 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 380 hits
Artikel oleh Berita HarianNGO DEWAN PERNIAGAAN WAKILI 5 JUTA AHLI DESAK MORATORIUM MENYELURUH
5690 Lockdown Moratorium Kenyataan Gabungan Melayu Islam Samudera My 08 06 2021

5690 Lockdown Moratorium Kenyataan Gabungan Melayu Islam Samudera My 08 06 2021

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 333 hits
KENYATAAN MEDIA8 Jun 20211 Merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz baru baru ini Gabungan NGO MELAYU ISLAM yang terdiri lebih daripada 20 NGO Gabungan NGO dan Kumpulan Masyarakat Melayu Islam Kebangsaan...
Utusan Borneo To Merge With Borneo Post Starting June 1 2021

Utusan Borneo To Merge With Borneo Post Starting June 1 2021

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 278 hits
Lichong KOTA KINABALU In line with current developments the Sabah edition of Utusan Borneo newspaper will emphasise and focus on online reporting thus strengthening its digital version from June 1 As such Utusan Borneo will be inserted in T...
Belum Ada Ngo Malaysia Dibenarkan Masuk Gaza

Belum Ada Ngo Malaysia Dibenarkan Masuk Gaza

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 274 hits
Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN MUHAMMAD NADIR AL NURI KAMARUZAMAN PETALING JAYA Belum ada sa tupun pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan misi bantuan kemanusiaan termasuk dari Malaysia dibenarkan memasuki Semenanjung Gaza Perkara itu disa...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua

Malam Ni Kita Makan Mee Kuah Tulang Cara Utaqa Sebab Akak Orang Utaqa Penang