Siapa Halang Ebit Liew Masuk Gaza


Kita perlu ketahui watak penting dalam konflik Palestin-IsraelBERDASARKAN maklumat daripada sahabat-sahabat saya di Malaysia dan di Palestin, sehingga tengah malam Isnin, 30 Mei 2021, pendakwah dikasihi ramai Ustaz Ebit Liew (UEL) dikatakan masih belum berjaya masuk ke Gaza.

UEL yang sudah membeli bertan-tan barangan untuk diagihkan kepada penduduk Gaza, dikatakan masih ‘tersangkut’ di Mesir. Ada yang mengatakan beliau masih d Kaherah dan ada juga mengatakan beliau kini di sempadan Mesir-Palestin.

Jika benar berita itu, ia pastinya sesuatu yang menyedihkan dan mengecewakan kita semua. Persoalannya, kenapa UEL tidak dibenarkan masuk ke Gaza?

Tujuannya untuk menolong orang Palestin di Gaza yang kini hidup susah selepas 11 hari wilayah itu dibedil Israel, baru-baru ini.

Orang Palestin di Gaza beragama Islam, UEL Islam, Mesir pun negara Islam. Jadi, apa masalahnya? UEL bukannya perlu memasuki wilayah Israel untuk sampai ke Gaza.
Dia sudah berada di Kaherah, Mesir. Jadi, dia hanya perlu melepasi pemeriksaan di pintu sempadan Mesir-Gaza iaitu di Rafah. Tapi, kenapa tak boleh? Apa yang susah sangat?

Jika sahabat masih tiada jawapan kepada soalan ini, maaf saya tidak akan menerangkannya dengan panjang lebar di sini. Hakikatnya, saya sengaja membangkitkan persoalan itu untuk anda sendiri mencari jawapannya.

Tidak sempurna pemahaman dan keprihatinan kita kepada Palestin jika kita masih tak tahu kenapa UEL dihalang masuk Gaza untuk menyempurnakan misi kemanusiaannya.

Untuk membantu saudara kita di Palestin, sebaik-baiknya kita perlu ada ilmu dan memahami sejarah serta situasi mereka.

Jangan kita hanya lantang mengutuk Israel tapi tak pernah nak tengok peta, di mana Gaza, di mana Israel dan di mana Baitulmaqdis yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam.

Kita perlu tahu siapa watak-watak penting dalam konflik Palestin-Israel ini, sama ada yang jelas beraksi di pentas utama, atau yang ligat main wayang di belakang tabir.

Kita kena faham apa itu Hamas, apa itu Fatah. Siapa Mahmud Abas, siapa Ismail Haniyeh dan siapa pula Allahyarham Assyahid Dr Morsyi serta bagaimana pula watak penggantinya untuk menerajui Mesir kini iaitu Fatah Alsisi.

Kalau anda jujur menyayangi dan prihatin kepada nasib rakyat Palestin, tanyalah ‘Profesor Google’ untuk mengenali dan memahami nama-nama yang saya sebutkan itu serta bagaimana mereka mempengaruhi landskap konflik Palestin-Israel, khususnya dalam tempoh kira-kira sedekad lalu.

Kita juga wajib tahu mengapa Gaza dilabelkan “penjara terbuka” terbesar di dunia. Dan kita juga perlu sedar, gencatan senjata yang dipersetujui bersama baru-baru ini, bukanlah bermakna Palestin kini aman damai.

Sedarilah, ketegangan masih memuncak di Tebing Barat. Tentera dan polis Zionis Israel kini sedang menggila menahan orang awam termasuk kanak-kanak, perempuan dan juga wartawan.

Sebab itu, daripada satu sudut pandang saya melihat peristiwa UEL belum tiba di Gaza, ada hikmah tersendiri. Mungkin begitu ketentuan Allah SWT supaya rakyat Malaysia mula mengkaji dan menggali maklumat penting mengenai Palestin dan Israel.

Akhir kalam, jangan berhenti berdoa supaya UEL akhirnya berjaya menjejakkan kaki di bumi Gaza dan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang beliau bawa atas nama rakyat Malaysia.

Oleh: Tuan Mohd Asri Tuan Hussein
          Bekas Pengarang Kumpulan Harian Metro
Siapa Halang Ebit Liew Masuk Gaza?Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2021/06/siapa-halang-ebit-liew-masuk-gaza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ebit Lew Selamat Tapi Belum Pasti Dapat Masuk Ke Gaza

Ebit Lew Selamat Tapi Belum Pasti Dapat Masuk Ke Gaza

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 244 hits
Pendakwah terkenal Ebit Lew KUALA LUMPUR Pendakwah popular Ustaz Ebit Lew yang mengetuai misi kemanusiaan rakyat Palestin sejak 25 Mei lalu disahkan dalam keadaan selamat di Mesir ketika ini Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berk...
Allah Hu Akhbar Ustaz Ebit Luew Ke Misi Bantuan Ke Gaza Alhamdulilah Semoga Di Permudahkan

Allah Hu Akhbar Ustaz Ebit Luew Ke Misi Bantuan Ke Gaza Alhamdulilah Semoga Di Permudahkan

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 400 hits
Pohon doakan ya Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya Ya Allah bantulah misi kami ini ya Allah Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah Terima kasih Dato Seri Hishammuddin dan Wisma Putra kerana ...
Hiburan Hulur Sumbangan Untuk Rakyat Palestin Ebit Lew Terbang Ke Gaza

Hiburan Hulur Sumbangan Untuk Rakyat Palestin Ebit Lew Terbang Ke Gaza

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 250 hits
Pendakwah selebriti terkenal Ebit Lew dilaporkan telah berangkat ke luar negara berikutan misi kemanusiaan yang disertainya untuk memberi sumbangan kepada rakyat Palestin Perkara tersebut dimaklum Ebit Lew menerusi sebuah hantaran terbaru d...
Ebit Lew Berlepas Bersama Misi Kemanusiaan Ke Gaza

Ebit Lew Berlepas Bersama Misi Kemanusiaan Ke Gaza

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 383 hits
MALAYSIA KINITanpa publisiti yang banyak untuk mengumpul dana pendakwah dan usahawan berpengaruh Ebit Lew berlepas ke luar negara dengan membawa misi kemanusiaan buat Gaza Palestin Tidak banyak maklumat mengenai misi itu didedahkan setakat ...
8 Kuliner Indonesia Ini Pernah Masuk Daftar Makanan Terenak Di Dunia Terkenal Sampai Mancanegara

8 Kuliner Indonesia Ini Pernah Masuk Daftar Makanan Terenak Di Dunia Terkenal Sampai Mancanegara

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 351 hits
Nggak cuma rendang yang dinobatkan makanan terenak di dunia ada kuliner Indonesia lainnya Udah tahu belum
Berapa Kali Dah Masuk Dapur Dulu Cari Nasi Kenduri Kini Izreen Azminda Mengidam Nasi Kandar

Berapa Kali Dah Masuk Dapur Dulu Cari Nasi Kenduri Kini Izreen Azminda Mengidam Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 435 hits
Pengalaman mengandung setiap anak sememangnya berbeza beza Ada kandungan yang mudah tanpa alahan tidak kurang juga berdepan pelbagai komplikasi pada kandungan seterusnya Bagi pelakon Izreen Azminda selain kenaikan berat badannya sebanyak 15...
Soal Hidup Mati Di Kedah Pesakit Tiada Harapan Sembuh Tak Masuk Icu

Soal Hidup Mati Di Kedah Pesakit Tiada Harapan Sembuh Tak Masuk Icu

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 258 hits
Malaysiakini Pesakit di Kedah yang menderita penyakit kronik dan tiada harapan untuk sembuh tidak lagi akan ditempatkan di unit rawatan rapi kerana katil ICU yang semakin berkurangan Keadaan ini melibatkan pesakit Covid 19 dan juga bukan pe...
Tukang Cuci Sekolah Diberkas Pecah Masuk Apartment

Tukang Cuci Sekolah Diberkas Pecah Masuk Apartment

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 163 hits
Oleh NOOR HASLIZA NUSI SOFFIAN SANTONG GEORGETOWN Tindakan licik seorang pemuda memecah masuk sebuah kediaman di apartment Taman Pekaka Glugor secara bersendirian sejak Februari lalu akhir tersungkur apabila dia diberkas polis semalam Suspe...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah